.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, April 2, 2012

Antara Dahan Revisited

Hujung minggu lepas, aku pergi ke Antara Dahan, dusun yang terletak dekat pekan Serendah itu. Masa tu hujan turun renyai-renyai. Best sangat suasana masa itu. Sungguh fresh, sungguh damai dan cuaca agak sejuk. Mungkin masa tu, kalau aku cermin muka aku, sure nampak aku senyum lebar jer. Tak macam rupa aku dalam hutan batu di KL tu, moyok jer.
.


Antara Dahan ini sebenarnya besar maknanya kepada diri aku. Satu masa Antara Dahan ini merupakan matlamat aku. Masih aku ingat lagi ketika itu, kira-kira 15 tahun yang lepas, aku teringin sangat punya sekeping tanah yang berada tidak jauh dari KL. Aku juga mahukan agar tanah itu tidak terlalu kecil atau pun terlalu besar. Aku mahu agar tanah tersebut punya bentuk mukabumi yang pelbagai. Ada tempat yang berbukit dan tempat yang datar. Pendekkan cerita, menjelmalah Antara Dahan. Macam satu magis. It’s a nice story but it is true!
.
Kenapa aku ceritakan hal ini? Adakah aku mahu mendabik dada? Bukan-bukan-bukan. Aku bawak cerita ini semata-mata untuk mengaitkannya dengan satu masa, masa aku mula diperkenalkan dengan konsep ’stick person’ tersebut. Masa itu aku perlukan satu matlamat untuk menguji diri aku samada adakah aku mampu mencapai matlamat aku berdasarkan konsep ’stick person’ ini dan lain-lain kaedah yang sekarang ini ada terkumpul dalam modul Anda Dilahirkan Berjaya itu.
.
Masa aku mula-mula set matlamat aku itu, Tok Guru aku katakan pada aku, quit thinking that you can’t tapi fokuskan kepada bahawa aku benar-benar mahukan sekeping tanah itu walaupun keadaan aku masa itu memang tidak nampak logik untuk mempunyai sekeping tanah. Masa itu, aku teringat ada orang yang memperlekehkan matlamat aku itu. Kata mereka, apa guna punya tanah di tengah-tengah nowhere.
.
Tapi Tok Guru aku kata, tak payah nak pikir sangat apa orang kata, buat jer bodoh-bodoh and go after your goal. Tambah beliau, yang penting you know why you want that piece of land. Masih aku ingat, reason yang ada pada diri aku ialah aku perlukan tanah itu kerana aku mahu satu tanah yang aku boleh berlari hingga letih dan tidak macam rumah aku di tengah bandar sana yang hanya sekangkang kera. Reason begini yang drive aku. Memang aku quit thinking about mengapa aku tak boleh and aku just bulldoze untuk capai matlamat aku yang satu ni. Hasilnya? Antara Dahan!
.
Antara Dahan sebenarnya merupakan satu monument bahawa aku memang boleh capai matlamat jika aku mahu. Antara Dahan merupakan satu hasil kepada satu usaha-usaha yang aku tumpukan untuk capai matlamat aku. Itu sebab mengapa, bila mana saja aku menjejak kaki disini, satu macam perasaan teruja mulai menyelubungi aku. Meremang bulu roma aku. Mungkin ada yang mengatakan apalah sangat matlamat aku ini. Pergilah go after other goal yang lebih tinggi. Well, aku peduli apa, yang penting ini yang aku mahukan dan I know why I want it! Period.
.
Itu cerita dahulu. Apa pula yang perlu aku lakukan untuk masa depan? Aku mesti set dan cuba mencapai matlamat-matlamat aku yang lain. Aku semestinya tidak boleh berhenti disini saja. Jika aku berhenti, alamat aku masuk zon selesa (comfort zone). Itu tanda-tanda awal untuk aku merudum dalam hidup ini. Antara Dahan aku jadikan sebagai azimat atau sumber kekuatan aku untuk mencapai matlamat aku seterusnya. Terasa macam aku dalam satu pengembaraan. Rasa gementar tapi penuh dengan perasaan teruja.
.
Yes, aku mesti go after my next goal! Apa matlamat aku itu? Apa lagi kalau bukan membawa PPB3K agar diterima oleh organisasi di Malaysia ini sebagai alat untuk membina organisasi yang Sejahtera-Bahagia-Kaya! Aku rasa gementar? Yes! Aku rasa teruja? A big Yes!!! Untuk aku melangkah mencapai matlamat aku yang satu ini, aku jadikan lagu berikut sebagai pembakar semangat aku. Sama-sama kita hayati …



video

No comments:

Post a Comment