.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, April 1, 2012

Hati Sakit


Semenjak dua tiga minggu yang lepas, mood aku memang tak berapa baik. Aku tak tahu mengapa aku jadi begini. Macam orang hilang confident. Suddenly, aku lihat sekeliling aku dengan lensa negativity. Aku rasakan apa yang aku buat selama ini tiada makna. Aku rasa semua ini hanya aku syok sendiri. Akibatnya, aku rasa nak demam tapi tak demam. Aku rasa sakit badan. Sakit segala-galanya. Kepala aku jadi berat betul. Apa jadi dengan aku?

Namun thank you pada seorang sahabat aku ini. Kata beliau tak payah nak terasa apa-apa. You have done so many good things. Jika ada orang yang tidak setuju atau tidak mahu dengan apa yang aku tawarkan, it doesn’t matter. Just learn from the situation and move on! Semangat balik aku jadinya. Apa pun aku nak juga cerita apa yang buat aku down . Biar hilang karat-karat ini dari pemikiran aku. Ini ceritanya ...
.
Aku rasa semuanya bermula apabila aku bertemu seorang pegawai di sebuah organisasi ini bagi membincangkan apa yang ada dalam PPB3K itu. Mulanya aku benar-benar bersemangat untuk berkongsi idea-idea dalam PPB3K ini memandangkan beliau ingin tahu adakah wujud satu kaedah untuk mentransformasi organisasi. Ini adalah kerana beliau melihat ramai anggota kerja organisasi beliau semacam tidak bersemangat bekerja, terlalu berkira, tidak mahu beri yang terbaik, bermasalah dalam kerja berkumpulan dan lain-lain lagi penyakit dalam organisasi.

Baru lebih kurang 10 minit aku bercerita, tiba-tiba beliau lalu memotong cakap aku. Beliau terus saja menyatakan beliau telah faham segalanya walhal aku belum sampai kepada isi cerita aku. Pelik aku. Beliau lantas membuat rumusan menyatakan beliau telah faham segalanya dan terus bertanya pada aku samada aku ada soalan untuk beliau. Terpempan aku melihat gelagat beliau.
.
Aku terpempan sebab macam mana beliau boleh berperangai sebegini? Yang jelasnya, beliau telah mempamirkan siapa beliau sebenarnya kepada aku dan kawan aku. Nampak betul beliau susah untuk memberi peluang kepada dirinya untuk mendengar apa yang dikatakan oleh orang lain. Sudahnya rugi besar dia!. Aku dan sahabat aku hanya saling berpandangan dengan penuh makna. Selepas sessi itu, kawan aku dengan nada berseloroh mengatakan bahawa orang macam beliau ini dihormati orang bukan disebabkan peribadi beliau tetapi pangkat beliau. Hilang pangkat, hilanglah hormat orang pada beliau. Aku senyum saja tetapi hati aku sakit betul.

Dan sememangnya ramai orang aku berjumpa berperangai sedemikian. Kalau guna bahasa kasar inilah dia golongan ’bodoh sombong’. Mereka sebenarnya amat bermasaalah tetapi tidak punya ’humility’ untuk belajar atau mencari penyelesaian kepada masalah mereka.
.
Tambah kronik lagi ialah golongan inilah yang banyak menerajui program latihan sesuatu organisasi. Kerja melaksana program latihan anggota kerja teramat penting. Disinilah bermulanya jatuh bangun sesuatu organisasi. Kesan kegagalan ini mungkin tidak dirasakan dalam masa yang singkat tetapi banyak organisasi yang telah menerima kesan buruknya selepas beberapa waktu. Dulu aku tidak berapa sedar tetapi setelah beberapa lama berkecimpungan dalam bidang latihan ini, aku mula nampak kesan-kesan ini.

Berbeza dengan organisasi-organisasi besar di dunia ini, sistem latihan organisasi besar ini cukup tip top. Mula dari masuk ke dalam organisasi hingga sampai ke hujung tugas seseorang itu dalam organisasi tersebut, satu sistem latihan yang sistematik dan berterusan telah siap sedia untuk diikuti oleh anggota kerja tersebut. Mereka melaksana latihan jauh sekali dari setakat untuk menghabiskan budget latihan. Inilah antara punca utama mengapa organisasi ini menjadi hebat. Kita bagaimana?
.
To quote kata-kata akhir pegawai itu sebelum aku berpisah dengan beliau petang itu, ”I nak cari program yang seronok-seronok. Biar para peserta merasakan program ini tempat mereka melepaskan letih. Saya tak suka ada teori-teori. Perlu ingat, program ini akan disertai orang-orang besar. Jangan bagi mereka terasa macam kita nak mengajar mereka pulak”. Terkedu aku dibuatnya. Fikir aku, ini nak buat latihan atau nak buat majlis suka-suka? Kalau macam ini punya cara fikir, no wonder lah aku tengok organisasi beliau dari dulu hingga sekarang masih di takuk lama. Really an insult to my intelligent!

No comments:

Post a Comment