.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, April 5, 2012

Malaysian

Pertama kali aku tontoni video Janice and the Supertank yang dikongsi oleh anak aku dalam facebook baru-baru ini buat aku senyum. Interesting Video. Nanti, tontoni video ini di akhir aktikel ini.

Betul kata lirik lagu ini, dalam banyak perkara Malaysian ini memang unik. By nature, kita semua memang nice. Tak kira apa pun latarbelakang, Malaysian memang nice. Itu sebab mengapa ramai orang luar suka datang ke sini. Tetapi bila di provoke oleh pihak-pihak yang berkepentingan, kita mudah melatah Tetapi itu bukankah sifat semulajadi manusia? Memang Malaysian ini nice.

Aku harap Malaysian dapat terus harmoni seperti apa yang dipaparkan dalam video ini. Saling hormati, saling caring, saling sangka baik dan saling tolong menolong. Kita duduk dalam negara ini semuanya telah ditentukan oleh Tuhan. Bukan sebab kita pilih sendiri. Ini satu anugerah. Kenapa? Sebab Malaysia memang best. Semua ada! Apapun, kita semua yang akan memainkan peranan besar samada Malaysia ini akan terus menjadi tempat tinggal yang baik untuk kita dan untuk anak cucu kita.

Malaysian akan terus dicabar dan diduga dengan pelbagai perubahan. Itu sudah pasti. Moga Tuhan merahmati kita semua. Hayati kata-kata dalam video ini …



video

No comments:

Post a Comment