.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, April 11, 2012

Membina Nilai Budaya Kerja Tinggi


Semenjak dua tiga tahun ini, kelihatan banyak organisasi mahu melaksanakan penerapan nilai budaya kerja tinggi (High Work Culture). Terutamanya melalui usaha ‘re-branding’ organisasi masing-masing.
.
Baru-baru ini aku terlibat dalam satu perbincangan bagi menerapkan nilai-nilai yang telah dikenalpasti bagi membawa organisasi ini ke satu peringkat yang dimahukan oleh pengurusan tertinggi organisasi ini. Aku agak terkejut juga apabila melihat perbelanjaan yang memakan jutaan ringgit ini. Cukup tinggi bagi usaha penerapan nilai ini. Dalam diam aku bertanya kepada diri aku samada perbelajaan sebegini besar mampu membawa perubahan yang diimpikan?

‘Concern’ yang aku rasakan itu rupa-rupanya dikongsi bersama oleh salah seorang pengurusan tertinggi organisasi ini bila beliau bertanyakan kepada hadirin dengan satu persoalan, “I don’t mind of the cost but are we really sure this effort will help us to internalize the values?”. Aku lihat para hadirin sedikit terkedu bila ditanya soalan tersebut.

Sebenarnya soalan ‘cepumas’ ini amat kritikal. Banyak organisasi telah melaksanakan program penerapan ini yang melibatkan belanja yang amat besar tetapi hasilnya tidak kemana. Ada antara presentation mengenai penerapan ini cukup ’extensive’ lengkap dengan kayu ukur untuk mengukur tahap penerapan nilai-nilai ini. Tetapi pada akulah, itu hanya nampak elok on paper tetapi amat tidak praktikal dari segi perlaksanaannya.
.
Perbincangan pada pagi itu mula membincangkan apakah kaedah paling praktikal dan aku mesti katakan hasil perbincangan itu cukup relevan untuk penerapan nilai ini di kalangan anggota kerja organisasi ini. Kaedah yang dikenalpasti itu merangkumi langkah-langkah berikut;

Langkah 1
Kenalpasti apakah matlamat yang mahu dicapai untuk satu-satu unit bisnes itu. Matlamat itu pula mestilah boleh diukur pencapaiannya. Pada langkah 1 ini, perlu jelas bahawa kejayaan penerapan nilai-nilai ini sebenarnya berkadar terus dengan pencapaian matlamat yang dikenalpasti. Penetapan matlamat ini perlu melibatkan pemimpin unit bisnes tersebut.

Langkah 2
Adakah ’lawatan turun padang’ dan ’minum teh tarik’ oleh sesuatu pemimpin unit bisnes tersebut terhadap kawasan ’jajahan’ pemimpin tersebut. ’Lawatan turun padang’ merangkumi aktiviti dimana pemimpin mesti melihat sendiri apakah yang dilalui oleh anak buah mereka dalam kerjaya seharian mereka. Manakala ’minum teh tarik’ ialah sessi dimana pemimpin unit bisnes itu sendiri bertukar fikiran dalam satu suasana yang cukup santai.
.
Langkah 3
Adakan satu sessi dimana semua pemimpin untuk unit bisnes-unit bisnes ini dapat berbincang bersama mengenai pengalaman mereka dalam langkah 2 di atas. Pada pandangan mereka yang terlibat dalam perbincangan ini, banyak perkara yang membuka mata akan dapat dikenalpasti kerana selama ini pemimpin hanya mendapat maklumbalas dari lapuran-lapuran dan bukan melihatnya sendiri apa yang telah berlaku di tempat kerja.

Langkah 4
Kemudiannya pemimpin-pemimpin harus ’brainstorm’ bersama-sama bagaimana nilai-nilai yang telah dikenalpasti itu dapat membantu mencapai matlamat yang telah dikenalpati (langkah 1) berdasarkan suasana yang mereka alami (langkah 3). Diakhir sessi ini, perlu dikenalpasti pendekatan yang paling sesuai untuk menerapkan nilai-nilai bagi unit bisnes masing-masing. Pendekatan ini perlu unik untuk setiap unit bisnes kerana cabaran yang dihadapi oleh setiap unit bisnes adalah berbeza.

Langkah 5
Pemimpin unit bisnes perlu sendiri menjadi ’champion’ dalam melaksanakan sessi penerapan nilai-nilai untuk anggota kerja unit bisnes masing-masing. Perlaksanaan ini boleh menggunapakai berbagai pendekatan seperti sessi ceramah, perbincangan, sessi teh tarik, one to one dan sebagainya asalkan kaedah itu mujarab bagi mencapai maksud usaha penerapan ini.
.
Langkah 6
Laksanakan penilaian samada usaha penerapan dan pengamalan nilai-nilai ini membawa kepada pencapaian matlamat yang telah dikenalpati (langkah 1). Jika tiada wujud pencapaian, carikan jalan untuk menambahbaik uisaha penerapan nilai-nilai ini. Jika wujud pencapaian, carikan jalan untuk ’sustain’ usaha penerapan nilai-nilai ini.

Itulah antara lain 6 langkah utama dalam penerapan nilai-nilai ini. Jelas dari langkah-langkah ini bahawa penglibatan pemimpin amat kritikal bagi menentukan kejayaan penerapan ini. Ini sebenarnya bukan satu perkara baru kerana sememangnya tidak dapat kita nafikan seorang pemimpin itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap anak buahnya.

No comments:

Post a Comment