.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, April 28, 2012

Pelajaran dari PB2


Rabu lepas, tamat perlaksanaan modul Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2) untuk anggota kerja AMD, Bahagian Penghantaran, TNB. Walaupun aku sendiri yang memfasilitator PB2 ini, tetapi I must say, aku sendiri banyak belajar dari PB2 kali ini.


PB2 kali ini telah disusun berdasarkan kepada empat soalan asas. Jika dalam Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) telah menjawab empat soalan asas kehidupan seorang individu, (Siapa Saya?, Dimana Saya?, Kemana Saya? dan Bagaimana Saya?) PB2 pula menjawab soalan-soalan Siapa itu Organisasi?, Dimana Organisasi?, Kemana Organisasi dan Bagaimana Organisasi?. ADB bercakap mengenai individu manakala PB2 bercakap mengenai organisasi. Bila disusun sebegini, aku dapat rasakan pendekatan untuk membangunkan sesuatu organisasi itu lebih jelas, tersusun dan praktikal.


Jika sebelum ini PB2 banyak memberi penekanan kepada kaedah merancang perlaksanaan strategi dan review strategi tetapi kali ini, buat julung-julung kalinya PB2 kali ini memperkenalkan kaedah bagaimana merancang strategi berdasarkan kepada penggunaan alat ’Business Model Generation Canvas’. Sudahnya PB2 kali ini memang mengandungi cerita lengkap untuk melaksanakan pengurusan strategi iaitu;

Kaedah Perancangan Strategi
Kaedah Perancangan Perlaksanaan Strategi
Kaedah Review Strategi.

Aku juga dapat melihat melalui perlaksanaan PB2 kali ini, ianya juga boleh dijadikan sebagai satu sessi pembangunan kerja berpasukan. Banyak aktiviti dalam PB2 ini sebenarnya dengan secara langsung membina semangat kerja berpasukan. Ada dua sebab utama mengapa aku katakan sessi ini menjadi sessi pembangunan kerja berpasukan.


Pertama, semua anggota kerja AMD ini telah disatukan fikiran mereka agar fokus membantu AMD mencapai matlamat utama AMD iaitu mencapai kepuasan pelanggan. Melalui sessi mengenalpasti keperluan pelanggan (empathy map), pembinaan kefahaman mengenai visi, misi dan polisi pelanggan membantu menyatukan tumpuan mereka.


Kedua, melalui sessi perbincangan perancangan strategi, perancangan perlaksanaan strategi dan review strategi, para anggota kerja ini dapat melihat gambaran besar dengan jelas peranan setiap dari mereka bagi mencapai kejayaan AMD. Mereka juga nampak bahawa setiap dari mereka amat penting bagi menjamin kejayaan AMD tidak kira dimana mereka berada dalam AMD ini. Bila mereka jelas mengenai perkara ini, barulah wujud keinginan untuk turut serta untuk membantu AMD mencapai matlamatnya.


Melalui PB2 ini juga aku dapat melihat dengan jelas bahawa PB2 telah menyediakan satu kaedah yang cukup mudah dan sistematik untuk mengembelingkan segala sumber yang ada dalam AMD ini bagi mencapai segala matlamat AMD.
  

Akhir sekali, aku mulai jelas bahawa resepi kejayaan pelaksanaan apa yang disyorkan oleh PB2 bagi membangunkan AMD ini terletak kepada satu amalan yang perlu diamalkan oleh setiap dari mereka. Apa dia? Mereka perlu melihat dan menjadikan kesalahan dan kesilapan yang terjadi semasa melaksanakan aktiviti pengurusan strategi ini sebagai peluang untuk belajar dan penambahbaikan dan BUKAN sebagai peluang untuk menyalahkan orang lain. Untuk itu, mereka perlu semak dan amal apa yang telah disarankan dalam ADB sebelum ini. 


Itu antara lain, beberapa perkara utama yang dapat aku pelajari dari PB2 ini. Aku tak tahu apa yang difikirkan dan dirasai oleh anggota kerja AMD ini selepas hadir PB2 ini. Dalam masa tiga hari mereka mengikuti PB2 ini, mungkin mereka merasakan subjek ini agak berat tetapi itu biasalah sebab banyak perkara dalam PB2 ini merupakan perkara baru bagi mereka. Seperti belajar matematik, kita akan lebih faham apa yang ada dalam PB2 ini bilamana kita buat semua ’homework’ yang telah ditinggalkan oleh PB2.

Yakinlah nothing is impossible. After all, Impossible is I-m-possible!

No comments:

Post a Comment