.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, April 19, 2012

Surah Yasin



Surah ini diwahyukan di Makkah sebelum penghijrahan Rasulullah S.A.W. ke Madinah. Surah ini memberi penekanan antaranya kepentingan meneruskan usaha da’wah (mengajak manusia agar patuh kepada perintah Tuhan). Ini kerana walaupun manusia itu jauh daripada kebenaran, ada kalanya hati mereka masih segar dan akan menyahut seruan da’wah pada suatu masa tertentu. Seorang penda’wah tidak sepatutnya berputus asa daripada berda’wah kepada manusia.

Surah juga memperkatakan mengenai mereka yang tidak mahu beriman, kemudian menceritakan mengenai kisah penduduk sebuah bandar yang diutuskan 3 orang nabi untuk berda’wah kepada mereka, tetapi penduduk bandar itu mendustai ketiga-tiga orang nabi itu. Namun begitu, perutusan ketiga-tiga orang nabi itu, tidak menghalang seorang lelaki Mu’min datang dari hujung bandar dan membantu para nabi itu menasihati kaumnya.

Ini menunjukkan bahawa tugas penyampaian da’wah bukannya dibebankan ke atas bahu nabi sahaja bahkan setiap Mu’min perlu menggembeling tenaga melaksanakan tugas yang mulia ini. Kemungkinan terdapat manusia yang tidak diharapkan lagi bahawa mereka akan menyahut da’wah, tetapi kita hendaklah beroptimis bahawa selagi mereka mempunyai hati yang hidup, maka mereka masih berkemungkinan akan beriman. Seterusnya sesiapa yang beriman, pasti akan selamat. Manakala sesiapa yang berterusan dalam kedegilan dan tidak mahu menundukkan diri kepada Allah S.W.T. pasti akan menerima akibat buruknya.

Sebagaimana setiap sesuatu itu mempunyai kesudahan, maka kesudahan surah ini ialah memperkatakan mengenai kematian dan kesudahan alam. Ini digambarkan melalui beberapa fenomena alam seperti matahari dan bulan yang berakhir dengan terbenam kedua-duanya.

Apa kata kata kita ikuti bacaan dan makna surah Yasin dalam video di bawah ini ...




Surah Yasin - Ayat 1 - 25





Surah Yasin - Ayat 26-55




Surah Yasin - Ayat 56-83

No comments:

Post a Comment