.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, May 1, 2012

Anda Mampu?


Aku sedar ramai daripada para peserta yang hadir program-program aku yang lepas semacam mengeluh kerana tidak melaksana apa yang telah disyorkan dalam program-program aku itu yang aku panggil ‘kerjarumah sepanjang hayat’. Apa masalah dengan mereka? Nak kata mereka dah tahu ilmu, aku rasa mereka dah tahu. After all apa yang aku kongsi dalam program itu bukannya susah nak faham. Jadi, kenapa mereka semacam tidak ada kekuatan untuk melaksanakan perkara ini?

Salah satu sebab mengapa mereka tidak mempunyai kekuatan adalah kerana mereka lupa tentang kekuatan ‘BUAT SEKARANG’  apa yang patut mereka lakukan. The moment mereka menyatakan bahawa ‘NANTILAH … AKU TENGAH SEBOK NI’, inilah permulaan kepada masalah di atas. Seperti katanya ‘THE LAW OF DIMINISHING INTENT’, jika kita bertangguh walau sekalipun, hukum ini akan mula menyusup dalam hidup. Makin lama, makin lemah niat kita untuk melaksana apa yang patut kita lakukan.

Disebabkan sifat fikiran kita ini teramat bijak dan fikiran kita sesekali tidak mahu melihat diri kita disakiti, bila kita bertangguh dan tidak mencapai apa yang patut kita capai, fikiran kita mula mencari berbagai alasan yang cuba membuatkan kita rasa selesa mengapa kita tidak melaksana apa yang patut kita laksanakan. Elakkan NANTI dalam hidup kita kerana bak kata seorang sahabat aku Hj. K, N.A.N.T.I. itu memberi makna ’Not Applicable, Not True Indeed’!

Soalnya sekarang mengapa mereka tidak mampu ’BUAT SEKARANG’? Bila aku renung lebih dalam fenomena ini, aku mulai sedar bahawa ramai orang bila melihat sesuatu yang diminta dilakukan itu sebagai TANGGUNGJAWAB dan sememangnya itu merupakan satu TANGGUNGJAWAB. Dari perkataan TANGGUNGJAWAB ini pun, mana ada manusia suka TANGGUNG sebarang tugas itu dan tambah pula selepas itu mereka perlu JAWAB jika berlaku sebarang masalah dalam tugas tersebut. Jadi macam mana nak lihat TANGGUNGJAWAB bukan sesuatu yang membebankan tetapi sesuatu yang mengujakan?

Dalam banyak perkara sesuatu tugas itu akan kita lihat sebagai TANGGUNGJAWAB bila kita melihatnya sebagai tugas yang perlu kita selesaikan sebab kita telah komited kepada seseorang untuk menyiapkannya. Sebaliknya jika kita lihat tugas itu sebagai something yang kita MAHU, dengan sendirinya itu menjadi our joy. Fikirkan. Inilah cara paling mudah untuk membina ISA dalam diri kita. Hj K menyatakan ISA membawa maksud ’Instant Switching Attitude’. Sudahnya semak semula apa juga tugas yang ada di depan kita itu. Samada ianya TANGGUNGJAWAB atau MAHU. Pilihan di Tangan Aku!

Cerita pasal TANGGUNGJAWAB dan MAHU ini mengingatkan aku kepada seorang sahabat, Prof Dr Sazali yang mana satu hari beliau telah diminta oleh bossnya agar mendapatkan pengiktirafan IR. Bossnya memaksa beliau hingga menjadikan mendapatkan pengiktirafan IR sebagai salah satu KPI utama beliau. Sahabat aku ini pada mulanya memberontak sebab itu bukan yang beliau mahukan kerana berpendapat pengiktirafan IR itu tidak membawa apa-apa erti bagi masa depan beliau.

Selepas hati sahabat aku ini sejuk dan mula boleh berfikir dengan tenang, datang satu idea kepada beliau. Fikir beliau, apa kata untuk mendapatkan pengiktirafan IR ini dijadikan tujuan beliau dan bukan sebab boss beliau yang mahukan. Something magic happened. Dengan senang beliau mendapat pengiktirafan IR peringkat kebangsaan. Di pendekkan cerita, disebabkan beliau MAHU, beliau telah berusaha hingga mendapat pengiktirafan IR peringkat antarabangsa! Boss beliau mendapat tahu mengenai hal ini lalu mengatakan kepada Dr Sazali bahawa beliau hanya mahukan Dr Sazali mendapat peringkat kebangsaan sahaja. Dr Sazali dengan cool menyatakan kepada boss beliau itu bahawa memang bossnya tidak menyuruh begitu tetapi beliau sendiri yang MAHU untuk mendapatkan pengiktirafan IR peringkat antarabangsa!

Akhir sekali, jika mereka masih tidak mempunyai kekuatan untuk melaksana apa yang dinyatakan dalam program-program aku ini, mungkin sebab berikut perlu diberi perhatian. Apa dia? Kemungkinan besar disebabkan kekacauan hati (fikiran bawah sedar) kita. Mungkin ada yang merasakan hati mereka OK sebab mereka tidak melaksanakan sebarang kerosakan seperti merompak, bergaduh, buruk sangka atau mendatangkan musibah pada orang lain. Perlu diingatkan bahawa tanda kekacauan hati kita itu banyak. Ramai dari kita tidak sedar. Antara yang lainnya ialah  kita rasa tidak bersemangat, kita tidak jelas priority kita, kita suka bertangguh, kita senang negatif dan sebagainya.

Apa patut kita buat untuk hilangkan kekacauan hati ini? Kita perlu mulakan dengan belajar tentang hati. Apa sebab hati kacau? Apa yang menyuburkan hati? Apa pendekatan untuk menyuburkan hati? Dimana nak dapatkan ilmu ini semua? Not to worry. Semuanya ada dalam My Heart, salah satu program dalam keluarga PPB3K. Uztaz Hairudin akan menceritakan secara terperinci dan bagaimana mengambil tindakan terhadap persoalan-persoalan ini. May God bless all of us. Ameen.    

Renungkan video di bawah ini ...



No comments:

Post a Comment