.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, May 30, 2012

SUB di Cytec


Pagi ini, Ajid called me. Seperti yang aku agak, dia nak tahu apa outcomes dari program dua hari ‘Sedia Untuk Berjaya’ (SUB) yang telah di adakan untuk satu syarikat bernama ‘Cytec’ bertempat di Royale Bintang Hotel, Seremban. Aku hanya senyum sendirian. Aku katakan pada dia, ‘Fantastico!’
  

Memang hebat. Bukan aku syok sendiri tetapi itulah yang dikatakan oleh para hadirin SUB ini. Sememangnya aku cukup puas hati. Hilang segala letih-letih aku. Aku teringat kata-kata En Zul, boss ‘Cytec’ itu semasa sessi penamat SUB ini. “Dah lama, saya merancang untuk melaksana program ini, namun masa dan keadaan tidak mengizinkan. Namun hati saya tetap menyuruh saya melaksanakan juga program ini. Baru sekarang kita mampu laksanakan. Dan memang tidak salah kata suara hati saya. Sememangnya program SUB ini memenuhi harapan saya dan sesuai sangat untuk kerja  kita”. Kata-kata beliau itu disambut tepukan gemuruh dari hadirin. Meremang bulu roma aku.


Apapun, aku fikir, aku hanya cuba beri yang terbaik. Bak kata seorang sahabat, apa yang kita lakukan perlu kita laksanakan dengan sesempurna mungkin. Aku rasa itu yang telah aku lakukan. Samada para hadirin ini akan mendapat menafaat atau sebaliknya, aku serahkan kepada Tuhan. Sebab itu semua di luar bidang kuasa aku. Bila aku berpandangan begini, aku rasa lebih tenteram. Kalau baik, aku ucapkan semuanya milik Tuhan. Kalau sebaliknya, aku serahkan kepada Tuhan dan mohon bimbingan Beliau untuk memperbaiki keadaan itu. Mmm ... aman rasa hati aku berpandangan begini.


Secara peribadi, aku banyak belajar dari sessi SUB ini. Namun yang paling bermakna kepada aku ialah mengenai masa. Masa yang pada kita hakikatnya semakin berkurangan. Hari ini lebih pendek masa yang kita ada berbanding semalam. Dan jika hari esok masih ada, hari esok lebih pendek masa yang kita ada berbanding hari ini. Rugi benar jika kita tidak berupaya menafaatkan setiap masa yang berlalu di depan kita.


Seperkara lain ialah mengenai konsep mendengar. Dalam sessi ’reflection’, salah satu topik yang dibincangkan ialah mengenai keupayaan mendengar. Untungnya bagi mereka yang rela mendengar ialah bilamana kita mendengar, kita punya peluang untuk belajar. Sebaliknya, jika kita asyik bercakap, mana mungkin kita mampu belajar? Simple yet powerful!


Seperkara lagi, semasa aku breakfast pagi tadi, seorang sahabat berkongsi cerita mengenai bahasa yang digunakan oleh YM Tunku Abdul Rahman. YM Tunku ada menyatakan, ” Syukur pada Tuhan, kita berupaya mencapai kemerdekaan dari British. Ianya adalah berkat dari bijaklaksana kita.” Sahabat aku ini katakan agar perhatikan kata-kata Y.M. Tunku itu. YM Tunku menggunakan perkataan bijaklaksana dan BUKAN bijaksana. Bijaklaksana bermaksud bijak merancang dan laksana hingga tercapai hajat. Manakala bijaksana pula membawa makna seolah bijak itu jauh dari kita. Kami sama-sama ketawa sambil aku terbayang rajah ’stick person’ itu. Aku harap ’stick person’ ini mampu membantu para anggota kerja Cytec itu agar mereka  bijaklaksana segala tugas-tugas mereka.


Ramai di kalangan hadirin SUB ini merupakan otai-otai (Old Timers). Yang seronoknya bila ramai otai ialah SUB ini akan lebih meriah kerana otai-otai ini sebenarnya penuh dengan pengalaman. Hanyanya pengalaman mereka ini tidak tersusun. Jadi bila mereka mengikuti SUB ini, dengan sendirinya mereka dapat melihat segala pengalaman mereka dengan lebih tersusun dan sudahnya mudah bagi mereka mengatur gerak langkah bagi bina masa depan yang lebih sejahtera-bahagia-kaya!


Akhir kata, aku terkedu seketika bila teingatkan seorang otai dalam SUB ini. Pada pandangan aku, beliau ini memang ’hardcore’. Pada permulaan sessi SUB ini, beliau semacam suka menggangu perjalanan SUB ini dengan kata-kata ’nakal’ beliau dan diikuti dengan derai ketawa para hadirin yang lain. Aku tak kisah itu semua sebab aku yakin dalam diam-diam, beliau pasti sedang memikirkan segala apa yang aku kongsikan. Aku lihat makin lama SUB ini berjalan, aku lihat tumpuan beliau makin tinggi dan berani aku katakan bila masuk hari kedua, beliau merupakan antara para hadirin yang paling memberi tumpuan. Sudahnya sebelum pulang, beliau datang kepada aku dan memberi aku ’salam semut’ sambil berbisik kepada aku. ”Sudah banyak program saya hadiri tetapi program ini memng lain dari yang lain. Terima kasih” kata beliau dengan penuh sebak.


Thank you Cytec! Thank you for all the knowledge and the beautiful memories ...

2 comments:

  1. syukran...Alhamdulillah.. program yang sungguh bermanafaat

    ReplyDelete
  2. Ameen. Moga Tuhan berkati segala usaha kita ini.

    ReplyDelete