.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, June 9, 2012

15 Soalan untuk PPB3K – Bahagian Kedua




6. Apa pula dalam kontek keluarga? Pelajar?

Obviously, ke tiga-tiga perkara di atas (mengejar matlamat, bekerja dalam satu pasukan dan memimpin sebuah pasukan) amat penting bagi sebuah institusi keluarga. Bayangkan bila semua anggota sebuah keluarga ini mempunyai ilmu dan mengamal ketiga-tiga kesedaran ini, dengan izin Tuhan keluarga itu akan mampu membina sebuah keluarga yang berwawasan, saling sokong menyokong dan berpegang kuat kepada nilai-nilai murni yang sejajar dengan perintah Tuhan.

Perkara yang sama akan dialami oleh seorang pelajar bilamana mempunyai ilmu dan mengamal ketiga-tiga kesedaran ini. Pelajar itu akan jelas dengan apa yang mahu dicapai hidup ini terutama dalam kerjaya beliau nanti. Bila ini jelas, maka beliau akan nampak mengapa pelajaran beliau amat penting kerana pelajaran itu akan menjadi jambatan bagi mencapai matlamat kerjaya beliau. Di samping itu, pelajar itu akan menjadi seorang yang ’all rounder’ kerana beliau mahir dalam bekerja dalam seseuatu pasukan serta mahir dalam memimpin satu-satu pasukan. Bukankah ini perkara-perkara yang mahu dibina dalam diri seorang pelajar masakini?


7. Bagaimana dengan feedback dari peserta2 yang telah mengikuti program so far?

Secara peribadi, saya bangunkan PPB3K di atas niat saya bagi membantu seorang manusia itu jelas dengan tujuan hidupnya di dunia ini. Namun, saya juga jelas bahawa untuk mengubah seseorang itu merupakan luar kuasa saya dan apa yang saya hanya boleh lakukan ialah setakat cuba mempengaruhi seseorang manusia itu berubah. Saya hanya menumpukan kepada usaha untuk beri yang terbaik. Selainnya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa.

Apa pun, sehingga kini, rata-rata feedback dari para peserta amat memberangsangkan. Segala puji bagi Tuhan!  



8. Apa "value propositions" product PPB3K?

PPB3K ini menyediakan satu pengalaman yang cukup rapat dengan kehidupan atau ’intimacy’ bagi seseorang yang mengikuti PPB3K ini. Bermulanya ’intimacy’ ini untuk mereka ialah dengan berkongsi idea bahawa diri mereka cukup istimewa dan kita perlu melihat diri mereka dan setiap manusia lain itu sebagai ’manusia’ dan bukan ’benda’.

Bertolak dari situ, ’intimacy’ ini akan diteruskan dengan membawa mereka mengenali keupayaan mereka dalam tiga kesedaran iaitu Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup ’intimate’ dan amat berguna bagi membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya.

Bila ini berlaku pada setiap manusia dalam sebuah organisasi, sudahnya organisasi itu barulah dkatakan berjaya melaksana transformasi bagi menghasilkan matlamat yang telah ditetapkan secara berterusan. Inilah dia 'value proposition' yang disediakan.


9. Bagaimana tuan boleh convince orang2 yang skeptikal tentang program2 seperti ini?

Mmm … interesting question. Cuba kita lihat cerita kita di masa lalu. Ramai pemimpin organisasi mengambil masa terlalu lama atau masih tidak berupaya membina produktiviti dan mengajak anggota kerja mereka melaksanakan transformasi organisasi bagi membina organisasi yang cemerlang. Ramai pemimpin-pemimpin ini sebenarnya nampak keperluan program-program seperti ini untuk memacu anggota kerja mereka, namun disebabkan mereka selalu melaksana program ini secara tidak sistematik dan tidak berterusan, sudahnya mereka hilang kepercayaan dengan program seumpama ini.

Untuk semata-mata menyalahkan pemimpin dalam soal ini tidak boleh juga sebab tidak terdapat satu program dalam pasaran yang bersifat asas dan menyeluruh untuk menangani keperluan ini.

Menyedari hakikat inilah PPB3K diwujudkan. PPB3K menekankan soal-soal asas dan menyeluruh mengenai pembangunan manusia dan organisasi. Tambah pula PPB3K dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia di samping menggunakan contoh-contoh tempatan akan memudahkan kita memahami segala konsep PPB3K ini dengan lebih mudah.

Mungkin ada yang menyatakan bagi melaksanakan keseluruhan program ini mengambil masa yang lama. Namun, masa perlaksanaan PPB3K ini sebenarnya jauh lebih singkat daripada masa yang telah kita sia-siakan selama ini bagi menangani isu produktiviti anggota kerja dan transformasi organisasi ini.

Fikirkan ...

No comments:

Post a Comment