.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, June 13, 2012

15 Soalan untuk PPB3K – Bahagian Ketiga




10. Apa perancangan tuan untuk penambahbaikan program PPB3K

Bagi saya, dari dulu hingga kini, PPB3K tidak pernah siap 100%. Dari pengalaman, setiap kali saja saya terfikir bahawa sesuatu modul dalam PPB3K itu telah siap sepenuhnya, akan timbul berikutnya idea baru bagi menambahbaik modul tersebut. Atas sebab itu, saya telah ‘quit thinking’ bahawa PPB3K ini akan siap sepenuhnya.

Secara asasnya, rangka kerja (framework) PPB3K yang menekankan soal Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan itu tidak akan diubah. Itu tetap akan menjadi slogan PPB3K dalam soal bagaimana membangunkan manusia dan organisasi.

PPB3K akan sentiasa ditambahbaik sesuai dengan perkembangan ilmu manusia. Segala ilmu yang dikenalpasti baik itu akan di ‘adopt and adapt’ ke dalam PPB3K.

Disamping itu, penambahbaikan lain yang akan dilaksanakan ialah dengan mencari idea dan kaedah agar PPB3K menjadi satu program yang menekankan soal ‘experiential learning’. Untuk itu, PPB3K harus santai dalam penyampaiannya.  Agar penyampaiannya santai, saya akan menekankan soal ‘edutainment’ iaitu adunan pendidikan dan hiburan.

    
11. Apa idealism or ideal yang hendak disampaikan dalam PPB3K ini?

Perhatikan apa yang berlaku kepada ramai manusia sekarang. Hidup mereka kelihatan begitu sebok tetapi hasil yang diperolehi tidak seberapa. Sudahnya ramai yang rasa hidupnya tertekan. Hidup terasa bagai robot. Mereka tidak tahu bagaimana harus keluar dari cara hidup sedemikian. Sudahnya banyak yang terjebak kepada penyakit kronik dan gejala sosial.

Apa yang diperlukan oleh manusia-manusia sebegini ialah satu bentuk kesedaran asas. Melalui kesedaran asas ini nanti, mereka akan berupaya melihat diri mereka dalam hidup ini dan mula berupaya merencana agar sejahtera-bahagia-kaya dalam hidup ini.

Sudahnya, kesedaran asas inilah yang mahu disampaikan oleh PPB3K. Kesedaran asas yang akan disampaikan ialah kesedaran asas dalam Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan.




12. Bagaimana PPB3K dapat membantu transformasi diri individu?

Transformasi individu pada peringkat paling asas ialah individu tersebut perlu punya matlamat dalam hidupnya. Bilamana bermatlamat, seorang individu barulah mampu meletakkan  dirinya pada garisan yang betul bagi mentransformasi diri beliau.

PPB3K akan membantu secara khusus bagaimana seseorang individu itu menetapkan matlamat beliau. Bagi mencapai matlamat tersebut, penerangan khusus akan diberikan mengenai dirinya dan bagaimana dirinya beroperasi. Ini penting bagi mengoptima penggunaan dirinya. Seterusnya, pengoptimaan diri ini tidak mampu dicapai jika tidak difokuskan kepada satu matlamat. Pencapaian matlamat itu kelak akan dijadikan kayu ukur samada individu tersebut telah berjaya mengoptima penggunaan dirinya.

Bagi membantu menangani cabaran semasa menyusuri perjalanan dalam usaha capai matlamat itu kelak, PPB3K akan membekalkan ilmu bagaimana untuk memperkuatkan hati (hati bertindak sebagai ’raja’ dalam diri) dan meningkatkan kreativiti diri. Ini penting kerana dua perkara ini bertindak sebagai ’shield’ kepada diri dalam menghadapi sebarang cabaran.

Bagi memperlengkapkan individu tersebut, ilmu asas dalam bagaimana untuk bekerja dalam satu pasukan dan bagaimana memimpin satu pasukan akan dibekalkan. Dua ilmu asas ini amat penting kepada individu tersebut kerana hidup individu tersebut perlu sentiasa berhubungan dengan manusia lain terutama dalam usaha mencapai matlamat beliau itu. Keupayaan melaksana ilmu ini pasti menjadi tuas (leverage) untuk memudahkan dan mempercepatkan beliau mencapai matlamatnya.


13. Dari soalan no 12 diatas, bagaimana ia dapat pula membantu transformasi organisasi?

Itu mudah. Sebagaimana kita maklum, organisasi itu diwujudkan dan ditadbir oleh individu-individu. Dalam kata lain, jika individu-individu yang menganggotai organisasi tersebut hebat, dengan sendirinya organisasi itu akan jadi hebat dan sebaliknya jika indidu-individu dalam organisasi tersebut kucar kacir, maka organisasi tersebut akan ikut kucar kacir.

Sudahnya apa maksud perenggan di atas?

Jika kita mahu mentransformasi organisasi, laksanakan saja apa yang telah dinyatakan dalam soalan 12 di atas kepada setiap individu dalam organisasi tersebut. Hanyanya, pemimpin organisasi tersebut mesti peka untuk menghalakan segala matlamat-matlamat individu dalam organisasi itu agar sejajar dengan matlamat besar organisasi. 

Hebat Individu membawa kepada Hebat Organisasi!

No comments:

Post a Comment