.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, June 7, 2012

15 Soalan untuk PPB3K – Bahagian Pertama




1. Apakah yang membuatkan tuan boleh terdetik untuk memulakan idea PPB3K dan seterusnya mendalaminya?

PPB3K bermula berdasarkan satu kesedaran bahawa diri kita ini amat berharga dan tujuan hidup kita di dunia ini amat penting sesuai dengan apa yang diperintah oleh Tuhan. Namun ramai yang tidak punya kesedaran ini. Tambah pula, masa yang ada pada tangan kita amat pendek walaupun kita menyangka kita punya masa yang panjang. Seharusnya, setiap detik masa itu dipergunakan sebaik mungkin bagi mencapai tujuan hidup ini.

PPB3K menyediakan satu kaedah yang sistematik dan berterusan bagi menangani keperluan di atas. Kaedah ini meliputi tiga kesedaran asas yang perlu ada pada setiap manusia bagi membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya iaitu Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Tambah pula, PPB3K ini telah disediakan dengan menitikberatkan hubungan seorang manusia itu dengan Penciptanya dan hubungan seorang manusia itu dengan manusia lain.


2. Apakah yang memberikan tuan kepuasan semenjak menceburinya?

Kepuasan utama yang saya perolehi ialah bilamana ilmu dan kaedah yang ada dalam PPB3K ini menyebabkan seseorang atau organisasi itu berubah ke arah kehidupan yang lebih produktif. This is the feeling which money cannot buy!

Selain itu, saya sangat puas hati kerana telah dapat menyiapkan PPB3K ini seperti mana yang ada sekarang kerana saya yakin PPB3K merupakan satu kumpulan ilmu asas yang amat diperlukan oleh semua manusia bagi membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya. Jika dulu PPB3K ini merupakan satu khayalan tetapi kini PPB3K telah menjadi satu realiti. Saya harap PPB3K akan menjadi satu sumber bagi memperkayakan lagi kumpulan ilmu dalam bidang pembangunan manusia dan organisasi.




3. Daripada mulanya idea sehingga sekarang, apakah tanda2 atau apa yang tuan telah nampak betapa pentingnya program macam PPB3K ni?

Tanda penting yang jelas saya nampak ialah bilamana satu ilmu yang meliputi ke tiga-tiga kesedaran ini (Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan) ada pada seseorang itu, maka akan timbul satu tahap kesedaran tinggi dimana wujudnya cara pandang terhadap kehidupan ini yang bersifat menyeluruh (holistic). Beliau menjadi seorang yang berpandangan jauh tetapi pada masa yang sama beliau amat peka dengan apa yang perlu dilaksanakan sekarang.


4. Apa hobby tuan? Apa passion tuan?

Hobi dan passion saya merupakan perkara yang sama. Hobi dan passion saya ialah mengenali siapa itu manusia dan organisasi. Seterusnya mengetahui bagaimanakah seseorang manusia atau organisasi itu mampu mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan. Saya yakin jika kita punya ilmu dan pengalaman ini, sudah pasti kita menjadi hebat dan campaklah kita kemana pun, kita tetap hebat!

Segala ilmu dan pengalaman mengenai apa yang telah saya perolehi inilah yang telah disusun hingga terhasilnya PPB3K.


5. Daripada pengalaman yang banyak tuan tempohi, suka duka dalam hidup dan kerjaya, apa yang tuan ingin kongsikan dalam kontek PPB3K?

Perkara pokok yang mahu saya kongsikan ialah setiap manusia itu perlu kenal diri sendiri. Sungguh, untuk kenal diri itu boleh dibuat dalam berbagai kaedah. Namun, kaedah yang dikongsi dalam PPB3K ini merupakan satu kaedah yang cukup mudah dan praktikal. Kenal diri melalui PPB3K akan dibuat berdasarkan satu rajah yang mewakilli diri seorang manusia. Seterusnya melalui rajah tersebut, manusia boleh mengetahui bagaimana diri beliau beroperasi dalam mengeluarkan hasil dalam hidupnya.

Selepas kenal diri, seorang manusia itu perlu cemerlang dalam tiga kesedaran iaitu dalam Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Tiga kesedaran ini amat penting bagi seseorang manusia cemerlang dalam tiga perkara iaitu dalam mengejar matlamat, dalam bekerja dalam satu pasukan dan dalam memimpin sebuah pasukan. Bukankah ini perkara-perkara amat penting bagi kehidupan seorang manusia?

No comments:

Post a Comment