.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, June 19, 2012

Bila Diri Disayangi


Hidup atas dunia ini bagai seorang pengembara. Dalam pengembaraan ini ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. Walau macam mana susah atau senang kita atas mukabumi ini, semuanya bersifat sementara. Hidup perlu diteruskan. Bagi pengembara ini, setiap ketika yang dilaluinya semuanya dengan hajat untuk mendapat keredhaan Tuhan. Apa makna hidup ini jika Tuhan tidak redha dengan kita?

Setiap ketika, pengembara akan melaksanakan apa saja tugas yang membawa kepada kebaikan sesempurna mungkin dan beliau berasa malu untuk melaksana sebarang keburukan. Sudahnya, bila beliau bertemu kepayahan, beliau sentiasa serahkan cabaran tersebut balik kepada Tuhan agar Tuhan bimbing beliau mencari penyelesaian yang terbaik. Sebaliknya, jika beliau bertemu senang, beliau ucapkan segala puji hanya untuk Tuhan tanpa jemu. Akibatnya hati beliau menjadi aman.

Sudahnya pengembara ini sentiasa sangka baik dengan Tuhan dan sentiasa mohon keredhaan Tuhan. Pengembara ini sangat yakin bahawa Tuhan amat menyanyangi beliau. Suara hati pengembara ini bolehlah digambarkan melalui lagu berikut. Hayati dan Nikmati ...



video

No comments:

Post a Comment