.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, June 16, 2012

15 Soalan untuk PPB3K – Bahagian Keempat




14. Apakah individu dalam syarikat lebih besar atau penting dari syarikat? Adakah ia satu conflict? Atau hanya penyatuan perlu dicari antara individu dan syarikat supaya "alignment" arah tuju sama?

 Berlakunya fenomena seperti soalan saudara ini adalah kerana sebab asas yang tidak ditangani.Apakah sebab asas itu? Sebab asas itu ialah individu-individu dalam organisasi itu tidak jelas hubungkait antara setiap individu dengan organisasi yang dianggotainya.

Setiap individu dalam organisasi amat penting. Mereka semua punya peranan dan tanggunjawab yang unik yang perlu dimainkan bagi mencapai matlamat organisasi. Jika salah seorang gagal memainkan peranannya, maka tempanglah organisasi tersebut.

Sudah semestinya wujud konflik bilamana seseorang individu itu merasakan dirinya lebih ‘besar’ dari organisasinya. Penyatuan antara individu-individu dan organisasi akan mudah tercapai jika setiap individu dalam organisasi tersebut memahami dan melaksanakan apa yang disampaikan dalam PPB3K.




15. Apakah bukti2 yang dapat diberikan untuk mengukuhkan message dari PPB3K?

Salah satu bukti utama yang dapat diketengahkan sebagai penerimaan kepada message yang dibawa oleh PPB3K  ialah di Tenaga Nasional Berhad.

Sebagaimana sedia maklum, TNB sebagai antara organisasi terunggul dan penting di negara ini, sudah pasti mengambil berat mengenai pembangunan kompetensi anggota kerjanya secara holistic (core and support competencies) bagi memastikan anggota kerjanya mampu melaksana segala tugas. Tugas mereka ini cukup penting dan ini sesuai dengan slogan TNB yang berbunyi ’keep the lights on’. Ini amat kritikal bagi pembangunan negara.

Bertolak dari latarbelakang di atas, sudah pasti TNB amat kritikal dalam pemilihan program untuk anggota kerja mereka. Dalam kata lain, TNB tidak sewenang-wenangnya menerima program yang ditawarkan oleh pasaran. PPB3K telah diterimapakai dalam TNB selepas TNB melihat PPB3K menyediakan satu pendekatan yang praktikal bagi menangani keperluan anggota kerjanya. Seperti katanya Dato Azman, CEO TNB yang baru, “Mior, please continue. Don’t Stop!”

Ketika ini, modul-modul PPB3K sedang digunapakai dalam berbagai inisiatif latihan dan pengurusan perubahan di TNB.  Antara inisiatif dalam TNB yang menggunapakai modul-modul PPB3K ialah;

Program ‘Sustainability’ - Bahagian Penghantaran
Program ‘Young Executive Development’ - Bahagian Penghantaran
Program ‘Unit Business Intervention’ – Bahagian Penghantaran
Program ‘Packaging Expertise’ – Bahagian Penghantaran
Program ‘Team Development’ – Bahagian Hal-Ehwal Korporat
Program ‘Young Executive Development’ - Bahagian Penjanaan
Program ‘Self Development’ – Bahagian Pembahagian
Program ‘Pemerkasaan Diri’ – Pasukan Hoki TNB
Program Pembangunan Diri & Kepimpinan – ILSAS, TNB
Program 'Capacity Building' - ILSAS, TNB
Pembangunan Pelajar tajaan Yayasan Tenaga Nasional.

Sudahnya, secara logik, jika organisasi besar seperti TNB mendapat faedah dari PPB3K ini, sudah pasti organisasi lain juga boleh menerima faedah yang sama!

Nota: Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Bro Razib Dawood kerana sudi meluangkan masa menyediakan 15 soalan dalam siri soal jawab PPB3K ini. Saya harap dengan terbitnya siri soal jawab PPB3K ini, tuan puan lebih jelas dengan apa yang mahu disampaikan oleh PPB3K dan seterusnya sudi menggunakan PPB3K dalam organisasi tuan puan bagi mencapai apa saja matlamat yang disasarkan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment