.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, July 17, 2012

Bagaimana Menjadi Diri Yang Sebenar?


Dalam satu training program yang dihadiri baru-baru ini, saya termenung seketika bilamana coach program tersebut, Saudara Gene Dunaway menyatakan bahawa, “You must take ownership of your choice!”. Tak pernah saya dengar kenyataan sebegini sebelum ini. Gene telah menghurai maksud ‘quote’ ini dan rugi rasanya jika saya tidak berkongsi di laman ini.


Bilamana kita berdepan dengan sebarang pilihan, kita punya dua pilihan. Samada kita mahu bertanggungjawab terhadap ’outcomes’ dari pilihan yang kita buat itu atau sebaliknya mahu mengelak dari bertanggungjawab terhadap ’outcomes’ tersebut.

Jika kita pilih untuk tidak mahu bertanggungjawab terhadap ’outcomes’ yang terjadi dari pilihan yang kita buat, selalunya kita akan cuba untuk memberi alasan. Sebagai contoh, katakan kita berjanji untuk menghadiri satu temujanji jam 10 pagi dan katakan kita hanya sampai jam 10.30 pagi. Bila ini terjadi, kita biasanya akan memberi alasan seperti jalan sesak, kereta rosak, dan sebagainya. Walau bagaimana ’valid’ sekalipun alasan kita, tanpa kita sedari ianya sebenarnya memberi kita satu ruang agar terlepas dari janji yang telah kita buat.


Bila ini terjadi, sebenarnya tanpa kita sedari, kita telah mengurangkan rasa percaya diri, keyakinan diri dan integriti diri kita sendiri. Jika ini dibiarkan berterusan, tanpa kita sedari, penyakit-penyakit tiada percaya diri, tiada keyakinan diri dan tiada integriti diri ini akan menjadi tabiat kita.

Bilamana penyakit ini berleluasa, itu sebab kita tidak punya keyakinan diri untuk mencapai matlamat-matlamat kita. Bayangkan. Segalanya bermula dengan hanya tidak menepati janji untuk satu temujanji! Bayangkan jika penyakit ini bila berleluasa dalam satu masyarakat atau satu negara. Boleh hancur masyarakat atau negara tersebut!


Sebaliknya katakan kita menepati janji temujanji jam 10 itu dan datang tepat pada waktunya. Apa terjadi kepada kita? Perkara sebaliknya berlaku iaitu rasa percaya diri, keyakinan diri dan integriti diri akan timbul. Tuan Puan sendiri boleh fikirkan kesan pada seseorang bilamana punya rasa percaya diri, keyakinan diri dan integriti diri.

Orang yang punya rasa percaya diri, keyakinan diri dan integriti diri ini sebenarnya baru mampu menjadi diri mereka yang sebenarnya (Authentic Self). Jika tidak, hidup seseorang individu itu umpama satu lakunan sahaja. Bila hidup dalam lakunan, mana mungkin individu tersebut mampu bertemu bahagia? Hidup di penuhi gelisah walau punya segala keperluan material yang hebat.


Mereka yang sentiasa mampu menjadi diri mereka sebenarnya (Authentic Self) dalam hidup ini sentiasa menitik berat 3 nilai utama dalam hidup harian mereka. Mereka sentiasa …

Berkata Benar (Honest)
Komited (Committed)
Segera Bertindak (Act at Once).

Memang hidup menjadi indah dan nampak peluang dimana-mana. Apakah pilihan yang mahu saya buat?

Pilihan Di Tangan Saya! 

No comments:

Post a Comment