.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, July 20, 2012

SUB di AM Perak


Minggu lepas, aku telah diminta untuk memfasilitatorkan ‘Sedia Untuk Berjaya’ (SUB) untuk sebahagian anggota kerja dari Asset Maintenance Perak (AM Perak), Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad bertempat di Coral Fishing Chalet, Lumut, Perak. Terperanjat aku melihat pembangunan di tempat ini. Hebat sekali. Jauh berbeza dari apa yang aku ingat mengenai Lumut semasa kali terakhir aku datang ke Lumut ini. Aku boleh rasa akan ’vibration’ yang cukup baik mengenai tempat ini. Dalam masa terdekat ini, aku tanam hajat untuk bawa famili aku datang bercuti ke sini.


Maklumat awal yang aku terima mengenai AM Perak ini ialah mereka dilihat sebagai satu kumpulan yang bermasalah dari segi kerjasama dan ini dibuktikan oleh prestasi mereka yang kurang memberangsangkan berbanding dengan rakan sejawat mereka dari negeri-negeri lain.

Namun, tanggapan awal ini sememangnya salah. Dari latihan dalam SUB ini, jelas kelihatan nilai setia kawan mereka cukup tinggi. Mereka merupakan satu kumpulan yang senang bertolak ansur dan mutu kerjasama mereka cukup hebat. Jadi di mana silapnya?

Dari sessi ’Teddy Talk’ atau ’Doraemon Talk’ yang diseliakan oleh Bro Rod malam pertama SUB ini, jelas kelihatan wujud satu masalah dengan kepimpinan AM Perak ini. Kepimpinan AM Perak ini sebenarnya tidak mampu mempengaruhi agar anggota kerja AM Perak ini melaksanakan pelan bisnes dengan berkesan. Apalah maknanya kepimpinan jika tidak mampu mempengaruhi? Bukankah takrif kepimpinan itu sendiri ialah keupayaan untuk mempangaruhi?


Memang senang kita menunding jari kepada kepimpinan yang sedia ada. Tapi itu tidak akan menyelesaikan masalah. ’Root Cause’ permasalahan kepimpinan AM Perak ini bukan terhenti kepada kepimpinan yang sedia ada tetapi sebenarnya jauh lebih dalam dari itu.

Apa yang aku nampak ialah pembinaan kepimpinan ini bukan bermula dari bermulanya seseorang pemimpin itu mula memimpin satu-satu unit bisnes seperti AM Perak ini tetapi harus bermula dari peringkat seseorang pemimpin itu mula memasuki alam kerjayanya lagi.

Satu bentuk ilmu asas yang bersifat menyeluruh, bersepadu dan bersistematik harus diberikan kepada mereka semua. Jika tidak, akan tempanglah kepimpinan itu. Kesannya? Itulah segala macam apa yang dialami oleh AM Perak ketika ini.


Ilmu asas ini ada terkandung dalam Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan) – PPB3K. PPB3K mampu memberi satu corak pendedahan seperti apa yang dihasratkan dalam perenggan di atas. Aku amat berharap para peneraju organisasi berpeluang untuk mengetahui mengenai PPB3K ini. Aku berkeyakinan mereka akan ’excited’ dengan segala idea yang ada dalam PPB3K ini. 

Baru-baru ini, aku telah membaca sebuah buku bertajuk ’Human Governance’ tulisan Professor Dato' Dr Aziuddin Ahmad dan Dr Arfah Salleh dari Universiti Putra Malaysia. Dalam buku itu mereka telah menyarankan agar semua manusia berpegang kepada ’Human Governance’ kerana ’Human Governance’ membawa manusia pulang semula kepada nilai-nilai murni dalam melaksana sebarang usaha kerana ianya akan membawa kepada pembinaan ’excellence’ dalam tindak tanduk manusia itu untuk mencapai sebarang hasil. 

Dan tidak hanya berpegang kepada 'Corporate Governance'  (Corporate Governance merupakan lawan kepada amalan ’Human Governance’) yang amat berpegang kuat kepada amalan ’compliance’ sahaja yang tidak mungkin membawa kepada ’excellence’ dalam pencapaian sebarang hasil. Kesan ini memang amat ketara dalam organisasi ketika ini bilamana dilihat manusia-manusia seakan menjadi ’robot’ sahaja. 



Inilah masalah yang dialami oleh AM Perak kerana terlalu menekankan soal ’compliance’ (Quantitative Measures - Corporate Governance) tanpa mengimbanginya dengan penekanan kepada soal nilai manusia (Qualitative Measures - Human Governance). Mind you, inilah juga yang dialami oleh semua organisasi masakini! 

Meremang bulu roma aku bila aku bertemu dengan ’realisation’ ini. Aku sedar PPB3K boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah bagi pembinaan ’Human Governance’ disamping menggunapakai hal-hal positif yang ada dalam ’Corporate Governance’ itu sendiri kerana PPB3K menekankan soal pembangunan secara holistik untuk diri maupun organisasi.

No comments:

Post a Comment