.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, August 26, 2012

Stay The Same


Lagu ‘Stay The Same’ ini merupakan antara lagu terawal yang aku gunakan dalam PPB3K ini. Lagu ini sentiasa mengingatkan aku kepada konsep ‘Stick Person’ yang telah diperkenalkan oleh Col Izaidin kira-kira 20 tahun yang lalu. Masih aku ingat lagi, ketika itu aku benar-benar merasakan bahawa  my life will never be the same again!

Masih aku ingat satu hujung minggu itu, bertempat di PJ Hilton, Col Izaidin telah share his wisdom dengan aku dari jam 7 pagi hingga 12 malam  Selama 2 hari itu aku telah di bombard dengan idea-idea yang cukup merangsang fikiran aku. Benar-benar aku rasakan aku telah dilahirkan semula. Dilahirkan dengan kesedaran bahawa aku dilahirkan untuk berjaya!   

Sebelum aku terima idea-idea ini, aku selalu rasa bahawa aku serba tak boleh, serba tak berkeyakinan. Walau aku tahu, jauh dalam diri aku ini, wujud satu kuasa untuk aku menjadi somebody. Tetapi hingga ketika itu, aku tidak tahu bagaimana mahu meledakkannya. Tapi itu semuanya diubah bilamana aku mulai faham konsep ‘Stick Person’ ini. Secara tiba-tiba, aku rasakan dunia ini mampu aku takluki!

Memang hebat perasaan aku ketika itu. Dan semamangnya aku tidak toleh ke belakang lagi. Aku menjadi seorang pemburu matlamat. Aku tetap dengan apa yang aku mahukan walau seluruh dunia mengatakan itu tidak mampu aku capai. Perghhhhhhhhhhhh ... memang hidup menjadi lain. Terus terang aku katakan, lirik lagu ’Stay The Same’ ini memang benar-benar menjadi pegangan aku. Sentiasa menguja semangat aku.

Aku tidak ingin menjadi orang lain. Aku hanya mahu menjadi diri aku yang sebenarnya. Bilamana aku mulai menyayangi diri aku, itu tanda bahawa aku mampu pergi jauh dalam hidup ini. Tidak ada apa yang perlu aku pertikaikan mengenai binaan diri aku. Aku sememangnya ciptaan Tuhan yang terhebat!

Aku sememangnya mampu capai segala hajat aku dengan syarat aku tumpukan fikiran aku, perasaan aku, hati aku dan tindakan aku hanya pada matlamat aku. Aku tidak gusar untuk capai matlamat aku dengan syarat aku hubungkan apa yang aku mahukan itu dengan keredahaan Tuhan! Aku akan tetap menyakini diri sendiri. Itu prasyarat untuk aku pergi jauh dalam hidup ini, untuk aku benar-benar bebas dari rantaian hidup dan untuk aku benar-benar hidup!

Sememang senikata lagu ini power! Apa kata kita selami lirik lagu Stay The Same ini berdasarkan kepada video dibawah ini? Dengan izin Tuhan, hidup kita pasti menjadi lebih Sejahtera Bahagia Kaya!


video

Friday, August 24, 2012

Value Proposition


Dulu, aku selalu bertanya mengapa sesetengah usahawan boleh berjaya berbanding usahawan yang lain walhal barangan atau perkhidmatan mereka sama sahaja. Atas itu, aku cuba memahami situasi ini dengan memerhatikan para usahawan dalam memperniagakan barangan/perkhidmatan mereka.


Jika ada orang berniaga nasi lemak, sudah pasti kita akan terbayang satu peniaga nasi lemak kegemaran kita. Nasi lemaknya sedap dan jika kita ingin makan naksi lemak, pasti kita teringin memakan nasi lemaknya. Adakah kita makan nasi lemak itu sebab sedapnya? Layanannnya? Lokasinya? Atau apa? Walhal ada beratus-ratus penjual nasi lemak yang lain?

Perkara ini jga turut benar juga untuk setiap jenis perniagaan. Apa rahsia yang menyebabkan usahawan sebegini punya X-Factor? Apakah satu perkara unik yang dilakukan oleh mereka yang tidak dilakukan oleh usahawan lain yang menyebabkan para pelanggan sentiasa menggunakan barangan/perkhidmatan mereka?  

Usahawan-usahawan yang punya X-Factor ini amat memahami bahawa para pelanggan datang kepada mereka untuk membeli barangan/perkhidmatan mereka untuk mendapatkan nilai barangan/perkhidmatan yang ditawarkan dan BUKAN membeli barangan/ perkhidmatan mereka. Cuba kita fahami apa makna ayat sebelum ini. Anda faham?

Usahawan-usahawan yang punya X-Factor ini sangat memahami apa nilai yang mahu dibeli oleh pelanggan mereka lalu menyediakan nilai ini dalam barangan atau perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, katakan di satu tempat itu ada ramai peniaga yang menjual goreng pisang dan katakan pelanggan-pelanggan untuk goreng pisang ini suka goreng pisang yang tidak terlalu masak pisangnya. Usahawan yang punya X-Factor ini memahami sangat hal ini lalu menyediakan goreng pisangnya yang mempunyai nilai sedemikian. (Pisang yang tidak terlalu masak). Maka itulah X-Factor penjual goreng pisang tersebut berbanding penjual goreng pisang yang lain.


Tidak kira apa juga perniagaan kita, penting sangat kita menilai apakah nilai yang mahu kita tawarkan kepada pelanggan kita. Dalam Bahasa Inggeris, nilai yang ditawarkan disebut sebagai Value Proposition (VP). Untuk mengenalpasti VP perniagaan kita, amat penting kita mempertimbangkan soalan-soalan berikut;   
 
What value do we deliver to the customer?
Which one of our customer’s problems are we helping to solve?
Which bundles of products and services are we offering to each Customer Segments?
Which customer needs are we satisfying?

Manakala VP barangan/perkhidmatan perlu diterjemahkan dalam satu atau lebih ciri-ciri berikut;

Newness
Performance
Customization
“Getting the Job Done”
Design
Brand/Status
Price
Cost Reduction
Risk Reduction
Accessibility
Convenience/Usability

Jika kita tidak peka dengan VP yang mahu kita tawarkan bagi barangan/perkhidmatan kita kepada para pelanggan, sudahnya pasti kita tidak fokus kepada pelanggan dan kita akan banyak membuang masa, kos dan tenaga.

Sudahnya aku bertanya kepada diri aku sendiri apakah VP perkhidmatan yang aku tawarkan kepada masyarakat melalui PPB3K itu? Lama aku mengkajinya dan sudahnya aku tetapkan VP khidmat aku berbunyi sebegini …


PPB3K is a ‘productivity plumber’. PPB3K locates leaks and clogs in an organization to make needed repairs and keep profits flowing!”

Tuesday, August 21, 2012

Abundance Mentality


An abundance mentality is more than having a positive mental attitude, although a positive mental attitude is very important. When you have a positive mental attitude, you look at how things can be done rather than why they can't be done. You believe that "where there's a will, there's a way." You look at possibilities and opportunities rather than obstacles and problems. This mindset is important for success in any endeavor.


An abundance mentality will take you beyond a positive mental attitude. It will eliminate small thinking and offset negative energy. It can mean the difference between success and failure, excellence and mediocrity, and prosperity and despair.

People with an abundance mentality believe the following:
  • "The more I sell, the more there is to sell."
  • "The more I give, the more there is to give."
  • "The more I know, the more there is to know."
  • "People are great. They will help me reach my goals."
  • "If I need money, I'll find the money."
  • "If I need people, I'll find the people."
  • "If I need ideas, the ideas will come."


People with an abundance mentality believe there are enough resources available to accomplish their goals. They also believe that their success doesn't mean failure for others. On the contrary, the more successful they are, the more others are affected in a positive way. They can be happy when friends and associates prosper. They can enter every business transaction with a "win/win" attitude. They win when their clients win.

Learn more about abundance mentality from Anda Dilahirkan Berjaya!

Saturday, August 18, 2012

Bahagia


Saya mahu berkongsi satu tulisan seorang sahabat baik saya, Prof Dr Sazali Abdul Karim disini. Harap tuan puan mendapat faedah dari tulisan beliau ini seperti mana telah saya nikmati. Mari sama-sama kita renungi dan fikirkan tulisan beliau ini ... 

Ada yang menyatakan bahagia itu relatif sifatnya. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat, benda lain pula dirasakannya sebagai bahagia. Pada yang miskin, kaya itu dirasakan bahagia. Tapi yang kaya merasakan kaya itu bukan bahagia. Tidak percaya? Baca senarai panjang orang kaya, ternama dan popular membunuh diri atau sakit jiwa. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia.

Masalahnya bukan tidak mampu mencapai bahagia tetapi ramai yang tidak mengetahui apakah erti bahagia sebenarnya. Begitu kata ahli-ahli hikmah bila ditanyakan:


"Mengapa ramai manusia yang tidak bahagia?"

Jadi teraba-rabalah manusia mencari bahagia.
Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui. Anehnya, manusia kerap bercakap tentang bahagia - rumah tangga yang bahagia, pasangan yang bahagia atau diri yang bahagia. Bercakap tanpa tahu makna?

Kerap kali orang menyangka orang lain lebih bahagia daripadanya. "Rumput diseberang sana kelihatan lebih hijau," begitu maksud pepatah Inggeris. Ini menyebabkan kita sentiasa tidak puas. Hidup dilihat sebagai satu perbandingan dari sebuah pertandingan. Bukan satu kesyukuran yang harus dikongsikan. Jadi, apa makna bahagia sebenarnya?

Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan. Ketenangan itu letaknya di hati. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa juga ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang sabar. Hati yang tenang dipenuhi rasa qanaah, tawakal, redha dan sifat mahmudah. Hati yang sedemikianlah dinamakan hati yang sejahtera - qalbun salim. Hati yang mesti dimiliki walaupun cuma sedetik, sebelum kita menemui Ilahi.

Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain... Hanya ingat pada Allah. Begitu maksud yang diungkapkan dalam al-Quran. Rumah tangga yang tenang, ialah bila setiap anggotanya ingatkan Allah. Apa maksud ingatkan Allah? Cukupkah dengan ucapan dan sebutan subhanallah, alhamdulillah dan kalimat-kalimat zikir yang lain? Belum. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingat yang menjunam di lubuk hati, terluah pada ucapan lidah dan terzahir dalam tindakan dan perlakuan.


Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak mengeluh, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya terasa "Aku telah dipilih," "Aku hamba Allah, aku layak diuji". Kata ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput satu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya peminjam. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah - Pemilik segalanya.

Jadi, untuk meringankan beban hati menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah. Hendaklah dikenal bahawa Allah lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tidak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu sesuatu yang tidak baik. Iktikad (keyakinan) kita, bahawa semua ketentuan Allah itu baik - pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat.

Hati tidak dapat tidak, mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung qadar dengan sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah (ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka! Maha Suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba Nya, hati yang tenang akan berbisik;

"Ya Allah... Aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tetapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini. Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."



Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin akan merasakan diabaikan. Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit akan terasa dipinggirkan. Allah meletakkan bahagia pada HATI yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua manusia.


Bahagia itu bukan relatif dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah sesuatu yang mutlak, yang perlu dicapai oleh setiap insan. Redho & syukur, perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan. Ingat, kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan, tetapi ia ada di sepanjang jalan! Not only a destiny, but a journey! Kata bijak pandai, orang yang bahagia tidak sempat bertanya 'apakah aku bahagia?'.

"Bila kita nak membahagiakan orang, kita sendiri perlu bahagia. Kita akan bahagia bila melihat orang lain bahagia. Kesimpulannya, bahagiakan diri sebelum membahagiakan orang lain." 

Itulah dia tulisan beliau. Hebat! Moga kita sama-sama dapat faedah darinya. 


Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

Tuesday, August 14, 2012

How to build trust to empower relations


During my recent training on Management, the course of discussion slightly moved to the subject of building trust. Our trainer (my mentor as well) draw our attention to some important aspects of building trust. Since the idea of writing this article was originated during the training so I dedicate this article to my teacher, Col Izi, as he sowed the seed in my brain to produce this article.


So, before we go in to the details on how to develop trust, let us understand what trust is.

Trust is the permanent certainty and confident expectation from someone for something. Lack of trust might lead to shattered relations so trust is the most critical ingredient for strong relationship; the relation which can either be between Husband-Wife, Boss-Employee, Father-Son, Brother-Sister, supplier-customer and so on. Here are some recommended behaviours which you need to demonstrate in order to develop trust:

1 - Being Responsible: ensure you are performing your day-to-day responsibilities and meeting the short-term and long term expectations by your dependants.

2 - Listen: Listen, Listen, Listen. God has given you two ears and one tongue so you listen more and speak less. Effective Listening is a skill; develop this habit. Google it today and learn.

3 - Being Truthful: Be honest and fair. Don't deceive someone. Remember the fact that building trust is tough but it takes seconds to have scratches-in-the-jewel which usually is very hard to recover.


4 - Keeping Promise: your promise is your commitment with someone to do something, so don't break at any cost. In case you couldn't meet your promise, there is always a door for dialogue for re-consideration of things. In case of dialogues be fair, be truthful and be open. Confess the short comings on your end.

5 - Consistent behaviour: the ever changing attitude is an indication of your non-predictive personality which is an anti-trust drive. So be consistent in what you speak and what you do.

6 - Apologizing behaviour: Sorry is the best medicine in healing relationship complications. In fact, Sorry and Thanks are the two golden words which my son has refreshed for me. Use them often and you will see massive improvements in your daily life.

What are your suggestions to develop Trust?

This is a short story on Trust for us to ponder.


Once a boy went to a shop with his mother. The shop keeper looked at the small cute child and showed him a bottle with sweets.

And said "Dear Child, you can take the sweets."

But the child didn't take. The shop keeper was surprised. Such a small child he is and why is he not taking the sweets from the bottle. Again he said take the sweets.

Now the mother also heard that and said, "Take the sweets dear". Yet he didn't take. The shopkeeper seeing the child not taking the sweets. He himself took the sweets and gave to the child. The child was happy to get two hands full of sweets.

While returning home the Mother asked the child. "Why didn't you take the sweets, when the shop keeper told you to take?"

Can you guess the response? Child replies, "Mom! My hands are very small and if I take the sweets I can only take few. But now you see when uncle gave with his big hands, how many more sweets I got?"


Moral: When we take we may get little but when God gives.He gives us more beyond our expectations. More than what we can think of. In God we trust!

Saturday, August 11, 2012

Psychology 101



If you start with a cage containing five monkeys and inside the cage, hang a banana on a string from the top and then you place a set of stairs under the banana, before long a monkey will go to the stairs and climb toward the banana.


As soon as he touches the stairs, you spray all the other monkeys with cold water.

After a while another monkey makes an attempt with same result, all the other monkeys are sprayed with cold water. Pretty soon when another monkey tries to climb the stairs, the other monkeys will try to prevent it.

Now, put the cold water away.


Remove one monkey from the cage and replace it with a new one. The new monkey sees the banana and attempts to climb the stairs. To his shock, all of the other monkeys beat the crap out of him. After another attempt and attack, he knows that if he tries to climb the stairs he will be assaulted.

Next, remove another of the original five monkeys, replacing it with a new one.

The newcomer goes to the stairs and is attacked. The previous newcomer takes part in the punishment … with enthusiasm, because he is now part of the "team".

Then, replace a third original monkey with a new one, followed by the fourth, then the fifth. Every time the newest monkey takes to the stairs he is attacked.

Now, the monkeys that are beating him up have no idea why they were not permitted to climb the stairs. Neither do they know why they are participating in the beating of the newest monkey.

Finally, having replaced all of the original monkeys, none of the remaining monkeys will have ever been sprayed with cold water. Nevertheless, not one of the monkeys will try to climb the stairway for the banana.

Why? you ask.

Because in their minds ... that is the way it has always been!


This is how management of an organization operates ... and this is why, from time to time, ALL of the monkeys need to be REPLACED AT THE SAME TIME

Wednesday, August 8, 2012

Vibrant Workforce, Productivity Revolution (Part 2 of 2)


Wujudkah satu program asas bagi melaksanakan pengurusan perubahan yang sesuai dengan iklim dalam TNB itu sendiri?

Bagi menyahut keperluan persoalan di atas, satu program asas pengurusan perubahan yang bernama Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan) atau ringkasnya PPB3K diwujudkan. PPB3K telah disediakan dengan mengambil kira tiga perkara asas yang harus ditekankan kepada anggota kerja di atas. Pendekatan PPB3K merangkumi latihan dalam bilik seminar serta bimbingan di tempat kerja. Pendekatan PPB3K ini ialah seperti berikut;


Ketujuh-tujuh modul dalam PPB3K ini bila dilaksanakan secara sistematik dan berterusan akan menjadi pelan asas pengurusan perubahan bagi meningkatkan kemajuan organisasi berpandukan satu rangka kerja organisasi yang bernama Rangka Kerja Malcolm Baldrige – 3K (MB3K) atau AKP di dalam TNB seperti dibawah;


Berdasarkan Rangka Kerja MB3K (AKP) ini kita dapat saksikan kesemua sumber yang ada dalam sesuatu Unit Bisnes digembeling untuk fokus bagi mencapai matlamat utama Unit Bisnes iaitu ’Mencapai Kepuasan Pelanggan-Pelanggan Organisasi’ yang sebenarnya juga merupakan tujuan utama mengapa Unit Bisnes itu diwujudkan.  Pelan cadangan perlaksanaan PPB3K ialah seperti yang tertera di bawah;


Pelan perlaksanaan PPB3K ini juga akan mempengaruhi anggota kerja untuk seronok bekerja (vibrant) dan sudahnya meningkatkan penglibatan (engagement) dalam kerja. Ini secara langsung akan meningkatkan produkiviti anggota kerja yang pasti mendatangkan keuntungan kepada TNB seperti yang digambarkan oleh persamaan di bawah;


Salah satu keunikan PPB3K ialah kesemua modul dalam PPB3K ini akan menggunakan satu gambaran diri yang bernama ’Stick Person’ bagi menerangkan bagaimana diri seseorang anggota kerja itu beroperasi dalam usaha mencapai hasil yang diingini. Sebagai contoh, bayangkan jika kita tidak punya gambaran sebuah kereta dan sememangnya mustahil untuk kita menggunakan kereta tersebut atau memperbaiki kerosakan kereta tersebut. Dengan menggunakan gambaran 'Stick Person’ ini segala masalah dan cabaran yang dihadapi mampu di tangani dengan lebih jelas dan berkesan.


Bilamana semua perkara ini terlaksana, dengan sendirinya empat (4) teras utama Vibrant Workforce, Productivity Revolution iaitu

Membina Kepercayaan & Perhubungan
(Building Trust & Relationship) 

Membina Keupayaan
(Building Capacity)

Membina Pencapaian
(Building Performance)

Membina Pertumbuhan
(Building Growth)

mampu direalisasikan!

PPB3K merupakan satu program pengurusan perubahan dalam Bahasa Malaysia yang asas, praktikal dan berkesan. PPB3K sendiri telah mengalami banyak perubahan bagi memastikan pelanggan-pelanggan PPB3K berpuas hati. Diyakini inilah program pengurusan perubahan yang amat diperlukan oleh TNB bagi mencapai hasrat Vibrant Workforce, Productivity Revolution.

Dalam kata lain, diyakini PPB3K ini amat diperlukan oleh semua anggota kerja TNB bagi mempersiapkan diri bagi menyahut cabaran yang telah dilontarkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Azman Mohd.kepada semua anggota kerja yang berbunyi;

’What is stopping you from giving your best to TNB?’

Sunday, August 5, 2012

Vibrant Workforce, Productivity Revolution (Part 1 of 2)


Bagi menghadapi masa depan yang serba mencabar, Yang Berbahagia Dato’ Ir. Azman Mohd., Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, telah melahirkan hasrat kepada semua anggota kerja TNB melalui mesej yang terkandung dalam Vibrant Workforce, Productivity Revolution. Mesej ini mudah sahaja untuk difahami. Sekiranya seluruh anggota kerja TNB vibrant, dengan sendirinya satu revolusi dari segi produktiviti boleh dilipatgandakan. Tepat dan mampat!

Vibrant membawa Produktiviti!

Beliau juga telah menyatakan bahawa bagi menjayakan hasrat ini, empat (4) teras utama akan menjadi panduan iaitu:

Membina Kepercayaan & Perhubungan 
(Building Trust & Relationship)

Membina Keupayaan 
(Building Capacity)

Membina Pencapaian 
(Building Performance)

Membina Pertumbuhan 
(Building Growth)
Jika kita lihat dari kenyataan di atas, jelas sekali bahawa ‘root cause’ bagi pencapaian di atas ialah bagaimana kita harus mewujudkan anggota kerja yang vibrant? Satu jenis tindakan yang bersistematik, bersepadu dan berterusan harus diwujudkan bagi mempastikan keadaan ini berlaku.

Berdasarkan ‘Two Factor Theory’ oleh Herzberg, cabaran di atas mampu ditangani bilamana TNB mengambil tindakan terhadap dua perkara berikut secara bersistematik, bersepadu dan berterusan;

Soal ‘Hygiene’ - Soal ‘Outside In Approach’ (Extrinsic) 
Soal ‘Motivators’ - Soal ‘Inside Out Approach’ (Intrinsic) 

Kedua-dua soal di atas perlu diambil tindakan kerana bilamana kedua-dua soal ini berjaya di ambil tindakan, kesan yang akan diterima ialah anggota kerja TNB sebenarnya akan mampu mencapai status ‘world class’. Kegagalan mencapai salah satu dari soal di atas akan melumpuhkan usaha ke arah pencapaian status ‘world class’ itu sendiri.

Dari apa yang dilihat pada ketika ini, TNB sebenarnya telah mampu menangani soal ’Hygiene’ ini iaitu menangani hal-hal yang bersangkutan seperti gaji, bonus, persekitaran kerja, proses kerja dan sebagainya.

Namun TNB, dilihat masih memerlukan satu pendekatan bagi menangani soal ‘Motivators’ secara  bersistematik, bersepadu dan berterusan. (Soal ‘Motivators bersangkutan soal pembinaan pembangunan diri, kerjasama, kepimpinan dan sebagainya).

Untuk itu, kertas kerja ini akan hanya menumpukan kepada soal ‘Motivators’ sahaja.

Bagi menwujudkan anggota kerja yang vibrant dari soal ‘Motivators’, tiga (3) perkara asas mengenai anggota kerja itu perlu ditekankan iaitu; 

Pandangan anggota kerja mengenai kerja

(Kesedaran Diri) 

Bagaimana anggota kerja bekerja dalam satu pasukan
(Kesedaran Kerja Berpasukan) 

Bagaimana anggota kerja memimpin organisasi
(Kesedaran Kepimpinan) 

Secara amnya, tiga perkara asas mengenai anggota kerja ini digambarkan berdasarkan kepada rajah dibawah;




Tiga perkara asas di atas perlu ditangani secara sistematik, bersepadu dan berterusan agar sudahnya semua anggota kerja dalam TNB itu rela menerima perubahan dan seterusnya berupaya mempengaruhi dan menyumbang dalam membawa TNB ke satu tahap yang lebih tinggi dari keadaan ketika ini. Inilah saat berlakunya revolusi produktiviti!

Masakini kelihatan seolah-olah TNB terlepas pandang atau tidak berupaya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memenuhi tuntutan ini. Ini bukan bermakna TNB tidak peka akan kepentingan dan kritikalnya aktiviti pengurusan perubahan ini tetapi mungkin TNB belum berjumpa formula bagaimana melaksana pengurusan perubahan ini pada kadar masa yang paling optima serta paling memberi impak kepada hasil yang diingini.

Tambah pula, aktiviti pengurusan perubahan ini biasanya bersifat penting tetapi tidak terdesak (kuadran II) menyebabkan aktiviti pengurusan perubahan ini selalu menjadi aktiviti nombor 2 dibelakang sebarang aktiviti penting dan tedesak (kuadran I). Sila rujuk rajah dibawah;


Jika TNB terus menerus berada dalam keadaan kuadran I dan terus bertangguh melaksanakan aktiviti pengurusan perubahan ini, TNB pasti akan terdedah kepada berbagai risiko yang menyebabkan TNB tidak berupaya menangani perubahan dan cabaran masa depan. Dalam kata lain, jika TNB berhasrat untuk kekal lama dalam industrinya, aktiviti pengurusan perubahan ini perlu dilaksanakan.

Wujudkah satu program asas bagi melaksanakan pengurusan perubahan yang sesuai dengan iklim dalam TNB itu sendiri?

Thursday, August 2, 2012

'How Deep is Yor Love'


Subuh semalam, semasa memandu menuju ke pejabat, saya mengelamun memikirkan apa yang perlu dipertingkatkan bagi segala idea yang ada dalam Kami Berjaya Part 1 (KB1). KB1 membicarakan soal psikologi bagaimana membina pasukan yang berdaya tinggi.

Semasa aku mengelamun itu, terlintas untuk aku mendengar radio. Aku ‘on’ radio. Entah apa mimpi aku subuh itu, tiba-tiba aku terdengar lagu ’Bee Gees’ yang dah lama aku tak dengar. Nama lagu itu ialah ’How Deep is Your Love’. Aku  beri perhatian pada lirik lagu tersebut. Tak sangka lirik lagu ini punya cerita mengenai teamwork. Dan sememangnya cerita dalam lagu ini berkait rapat dengan satu idea mengenai teamwork yang pernah aku bicarakan dengan seorang sahabat ini. Aku hampir terlupa idea ini. Sudah pasti idea ini perlu aku masukkan ke dalam KB1


Ramai orang ketika ini mengimpikan satu tahap kerjasama dengan rakan-rakan mereka agar mampu mencapai segala macam matlamat yang diimpikan. Ramai juga orang yang sama mengeluh kerana tidak mendapat kerjasama yang diharapkan. Banyak program diadakan bagi membantu mencapai tahap kerjasama yang diimpikan. Namun, program-program ini mampu menjana tahap kerjasama yang diharapkan sekadar 1-2 minggu. Selepas itu, mereka pulang semula pada tahap kerjasama yang rendah. Apakah ’root cause’ kepada fenomena ini?

Itulah, kata sahabat saya yang seorang ini, hal ini berlaku kerana ramai orang hanya menunding jari ke arah orang lain bila berlakunya masalah kerjasama ini. Walhal ’root cause’ permasalahan ini terletak pada diri mereka sendiri. Mereka lupa bahawa untuk mendapat kerjasama dari orang lain, mereka harus amalkan dahulu nilai-nilai murni seperti mendahulukan orang lain, prihatin, bersangka baik, menghormati, berempati, mengasihani dan lain-lain lagi. Ini sesuai dengan satu hadith Rasulullah s.a.w.;

”Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri atau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri.”

Hadith ini rupa-rupanya antara lain mengesahkan perlu seseorang itu mengasihani rakan-rakannya sebagai langkah pertama untuk membina tahap kerjasama yang diimpikan. Bayangkan jika setiap anggota satu kumpulan itu mengutamakan nilai-nilai ini dalam perhubungan di antara mereka, sudah pasti kerjasama pada tahap tinggi terbina dengan sendirinya. Perkara ini asas namun ramai orang tidak mengetahuinya. Walau jika mereka mengetahuinya, mereka selalu berharap agar orang lain yang mengamalkannya dahulu.

Ditambah pula dengan sikap ramai manusia sekarang yang bersifat individualistik, maka makin jauhlah mereka daripada membina tahap kerjasama yang tinggi itu. Apa kata tuan puan amalkan idea di atas. Saya yakin ianya praktikal dan tuan puan akan mampu memperolehi hasil kerjasama yang tinggi itu.

Berbalik kepada lagu
’How Deep is Your Love’ itu tadi. Saya rasa rugi jika tidak saya abadikan lagu ini dalam satu bentuk video untu saya gunakan dalam KB1. Lirik lagu itu jelas menceritakan bagaimana dahaganya seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain agar memberi segala nilai baik itu kepada beliau. Itulah rupa manusia sekarang. Masing-masing dahagakan nilai-nilai baik ini.

Apa kata kita perhatikan lirik lagu ini dan mari kita amalkan nilai-nilai ini dengan segera.


video

Wednesday, August 1, 2012

Wooden Bowl




A frail old man lived with his son, his daughter-in-law, and his four-year-old grandson, his eyes were blurry, his hands trembled, and his step faltered.

The family would eat together nightly at the dinner table, but the elderly grandfather's shaky hands and failing sight made eating rather difficult.

Peas rolled off his spoon, drooping to the floor. When he grasped his glass of milk, it often spilled clumsily at the tablecloth. With this happening almost every night, the son and daughter-in-law became irritated with the mess.

We must do something about grandfather, said the son.

I’ve had enough of his milk spilling, noisy eating and food on the floor, the daughter-in-law agreed.

So the couple set a small table at the corner.

There, grandfather ate alone while the rest of the family enjoyed their dinner at the dinner table, since grandfather had broken a dish or two, his food was served in wooden bowls.

Sometimes when the family glanced in grandfather’s direction, he had a tear in his eye as he ate alone.

Still, the only words the couple had for him were sharp admonitions when he dropped a fork or spilled food. The four-year-old watched it all in silence.

One evening, before supper, the father noticed his son playing with wood scraps on the floor, he asked the child sweetly: What are you making?

Just as sweetly, the boy replied, Oh, I’m making a little bowl for you and mum to eat your food from when I grow up. The four-year-old smiled and went back to work.

These words so struck the parents that they were speechless. Then tears streamed down their cheeks.

Though no words were spoken, both knew what must be done. That evening, the husband took grandfather's hand and gently led him back to the family table.

For the remainder of his days, grandfather ate every meal with the family.

And for some reason, neither husband nor wife seemed to care any longer when a fork was dropped, milk was spilled or the table cloth was soiled.