.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, August 2, 2012

'How Deep is Yor Love'


Subuh semalam, semasa memandu menuju ke pejabat, saya mengelamun memikirkan apa yang perlu dipertingkatkan bagi segala idea yang ada dalam Kami Berjaya Part 1 (KB1). KB1 membicarakan soal psikologi bagaimana membina pasukan yang berdaya tinggi.

Semasa aku mengelamun itu, terlintas untuk aku mendengar radio. Aku ‘on’ radio. Entah apa mimpi aku subuh itu, tiba-tiba aku terdengar lagu ’Bee Gees’ yang dah lama aku tak dengar. Nama lagu itu ialah ’How Deep is Your Love’. Aku  beri perhatian pada lirik lagu tersebut. Tak sangka lirik lagu ini punya cerita mengenai teamwork. Dan sememangnya cerita dalam lagu ini berkait rapat dengan satu idea mengenai teamwork yang pernah aku bicarakan dengan seorang sahabat ini. Aku hampir terlupa idea ini. Sudah pasti idea ini perlu aku masukkan ke dalam KB1


Ramai orang ketika ini mengimpikan satu tahap kerjasama dengan rakan-rakan mereka agar mampu mencapai segala macam matlamat yang diimpikan. Ramai juga orang yang sama mengeluh kerana tidak mendapat kerjasama yang diharapkan. Banyak program diadakan bagi membantu mencapai tahap kerjasama yang diimpikan. Namun, program-program ini mampu menjana tahap kerjasama yang diharapkan sekadar 1-2 minggu. Selepas itu, mereka pulang semula pada tahap kerjasama yang rendah. Apakah ’root cause’ kepada fenomena ini?

Itulah, kata sahabat saya yang seorang ini, hal ini berlaku kerana ramai orang hanya menunding jari ke arah orang lain bila berlakunya masalah kerjasama ini. Walhal ’root cause’ permasalahan ini terletak pada diri mereka sendiri. Mereka lupa bahawa untuk mendapat kerjasama dari orang lain, mereka harus amalkan dahulu nilai-nilai murni seperti mendahulukan orang lain, prihatin, bersangka baik, menghormati, berempati, mengasihani dan lain-lain lagi. Ini sesuai dengan satu hadith Rasulullah s.a.w.;

”Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri atau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri.”

Hadith ini rupa-rupanya antara lain mengesahkan perlu seseorang itu mengasihani rakan-rakannya sebagai langkah pertama untuk membina tahap kerjasama yang diimpikan. Bayangkan jika setiap anggota satu kumpulan itu mengutamakan nilai-nilai ini dalam perhubungan di antara mereka, sudah pasti kerjasama pada tahap tinggi terbina dengan sendirinya. Perkara ini asas namun ramai orang tidak mengetahuinya. Walau jika mereka mengetahuinya, mereka selalu berharap agar orang lain yang mengamalkannya dahulu.

Ditambah pula dengan sikap ramai manusia sekarang yang bersifat individualistik, maka makin jauhlah mereka daripada membina tahap kerjasama yang tinggi itu. Apa kata tuan puan amalkan idea di atas. Saya yakin ianya praktikal dan tuan puan akan mampu memperolehi hasil kerjasama yang tinggi itu.

Berbalik kepada lagu
’How Deep is Your Love’ itu tadi. Saya rasa rugi jika tidak saya abadikan lagu ini dalam satu bentuk video untu saya gunakan dalam KB1. Lirik lagu itu jelas menceritakan bagaimana dahaganya seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain agar memberi segala nilai baik itu kepada beliau. Itulah rupa manusia sekarang. Masing-masing dahagakan nilai-nilai baik ini.

Apa kata kita perhatikan lirik lagu ini dan mari kita amalkan nilai-nilai ini dengan segera.



No comments:

Post a Comment