.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, August 26, 2012

Stay The Same


Lagu ‘Stay The Same’ ini merupakan antara lagu terawal yang aku gunakan dalam PPB3K ini. Lagu ini sentiasa mengingatkan aku kepada konsep ‘Stick Person’ yang telah diperkenalkan oleh Col Izaidin kira-kira 20 tahun yang lalu. Masih aku ingat lagi, ketika itu aku benar-benar merasakan bahawa  my life will never be the same again!

Masih aku ingat satu hujung minggu itu, bertempat di PJ Hilton, Col Izaidin telah share his wisdom dengan aku dari jam 7 pagi hingga 12 malam  Selama 2 hari itu aku telah di bombard dengan idea-idea yang cukup merangsang fikiran aku. Benar-benar aku rasakan aku telah dilahirkan semula. Dilahirkan dengan kesedaran bahawa aku dilahirkan untuk berjaya!   

Sebelum aku terima idea-idea ini, aku selalu rasa bahawa aku serba tak boleh, serba tak berkeyakinan. Walau aku tahu, jauh dalam diri aku ini, wujud satu kuasa untuk aku menjadi somebody. Tetapi hingga ketika itu, aku tidak tahu bagaimana mahu meledakkannya. Tapi itu semuanya diubah bilamana aku mulai faham konsep ‘Stick Person’ ini. Secara tiba-tiba, aku rasakan dunia ini mampu aku takluki!

Memang hebat perasaan aku ketika itu. Dan semamangnya aku tidak toleh ke belakang lagi. Aku menjadi seorang pemburu matlamat. Aku tetap dengan apa yang aku mahukan walau seluruh dunia mengatakan itu tidak mampu aku capai. Perghhhhhhhhhhhh ... memang hidup menjadi lain. Terus terang aku katakan, lirik lagu ’Stay The Same’ ini memang benar-benar menjadi pegangan aku. Sentiasa menguja semangat aku.

Aku tidak ingin menjadi orang lain. Aku hanya mahu menjadi diri aku yang sebenarnya. Bilamana aku mulai menyayangi diri aku, itu tanda bahawa aku mampu pergi jauh dalam hidup ini. Tidak ada apa yang perlu aku pertikaikan mengenai binaan diri aku. Aku sememangnya ciptaan Tuhan yang terhebat!

Aku sememangnya mampu capai segala hajat aku dengan syarat aku tumpukan fikiran aku, perasaan aku, hati aku dan tindakan aku hanya pada matlamat aku. Aku tidak gusar untuk capai matlamat aku dengan syarat aku hubungkan apa yang aku mahukan itu dengan keredahaan Tuhan! Aku akan tetap menyakini diri sendiri. Itu prasyarat untuk aku pergi jauh dalam hidup ini, untuk aku benar-benar bebas dari rantaian hidup dan untuk aku benar-benar hidup!

Sememang senikata lagu ini power! Apa kata kita selami lirik lagu Stay The Same ini berdasarkan kepada video dibawah ini? Dengan izin Tuhan, hidup kita pasti menjadi lebih Sejahtera Bahagia Kaya!



No comments:

Post a Comment