.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, August 8, 2012

Vibrant Workforce, Productivity Revolution (Part 2 of 2)


Wujudkah satu program asas bagi melaksanakan pengurusan perubahan yang sesuai dengan iklim dalam TNB itu sendiri?

Bagi menyahut keperluan persoalan di atas, satu program asas pengurusan perubahan yang bernama Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan) atau ringkasnya PPB3K diwujudkan. PPB3K telah disediakan dengan mengambil kira tiga perkara asas yang harus ditekankan kepada anggota kerja di atas. Pendekatan PPB3K merangkumi latihan dalam bilik seminar serta bimbingan di tempat kerja. Pendekatan PPB3K ini ialah seperti berikut;


Ketujuh-tujuh modul dalam PPB3K ini bila dilaksanakan secara sistematik dan berterusan akan menjadi pelan asas pengurusan perubahan bagi meningkatkan kemajuan organisasi berpandukan satu rangka kerja organisasi yang bernama Rangka Kerja Malcolm Baldrige – 3K (MB3K) atau AKP di dalam TNB seperti dibawah;


Berdasarkan Rangka Kerja MB3K (AKP) ini kita dapat saksikan kesemua sumber yang ada dalam sesuatu Unit Bisnes digembeling untuk fokus bagi mencapai matlamat utama Unit Bisnes iaitu ’Mencapai Kepuasan Pelanggan-Pelanggan Organisasi’ yang sebenarnya juga merupakan tujuan utama mengapa Unit Bisnes itu diwujudkan.  Pelan cadangan perlaksanaan PPB3K ialah seperti yang tertera di bawah;


Pelan perlaksanaan PPB3K ini juga akan mempengaruhi anggota kerja untuk seronok bekerja (vibrant) dan sudahnya meningkatkan penglibatan (engagement) dalam kerja. Ini secara langsung akan meningkatkan produkiviti anggota kerja yang pasti mendatangkan keuntungan kepada TNB seperti yang digambarkan oleh persamaan di bawah;


Salah satu keunikan PPB3K ialah kesemua modul dalam PPB3K ini akan menggunakan satu gambaran diri yang bernama ’Stick Person’ bagi menerangkan bagaimana diri seseorang anggota kerja itu beroperasi dalam usaha mencapai hasil yang diingini. Sebagai contoh, bayangkan jika kita tidak punya gambaran sebuah kereta dan sememangnya mustahil untuk kita menggunakan kereta tersebut atau memperbaiki kerosakan kereta tersebut. Dengan menggunakan gambaran 'Stick Person’ ini segala masalah dan cabaran yang dihadapi mampu di tangani dengan lebih jelas dan berkesan.


Bilamana semua perkara ini terlaksana, dengan sendirinya empat (4) teras utama Vibrant Workforce, Productivity Revolution iaitu

Membina Kepercayaan & Perhubungan
(Building Trust & Relationship) 

Membina Keupayaan
(Building Capacity)

Membina Pencapaian
(Building Performance)

Membina Pertumbuhan
(Building Growth)

mampu direalisasikan!

PPB3K merupakan satu program pengurusan perubahan dalam Bahasa Malaysia yang asas, praktikal dan berkesan. PPB3K sendiri telah mengalami banyak perubahan bagi memastikan pelanggan-pelanggan PPB3K berpuas hati. Diyakini inilah program pengurusan perubahan yang amat diperlukan oleh TNB bagi mencapai hasrat Vibrant Workforce, Productivity Revolution.

Dalam kata lain, diyakini PPB3K ini amat diperlukan oleh semua anggota kerja TNB bagi mempersiapkan diri bagi menyahut cabaran yang telah dilontarkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Azman Mohd.kepada semua anggota kerja yang berbunyi;

’What is stopping you from giving your best to TNB?’

No comments:

Post a Comment