.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, September 7, 2012

Business Model Canvas Untuk SMOD



Semalam dan kelmarin telah berlangsung bengkel ‘Business Model Generation Canvas’ untuk para eksekutif ‘Strategic Management & Organizational Development’ (SMOD), Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad. 


Terima kasih kepada En Lim Tong Kang, Pengurus Besar SMOD kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memfasilitator workshop ini yang telah berlangsung di Pejabat TNB Distribution, Port Dickson. Terima kasih banyak-banyak pada Azali dan Roslan yang telah give great support untuk menjayakan workshop ini.


I must say, Mission Accomplished! Puas hati giler! I can see that everybody enjoy this session dan nampak dengan jelas kelebihan dan pengunaan canvas ini dalam kerja harian mereka. Selalunya aktiviti sessi pelan strategic ini agak membosankan tetapi tidak sesekali workshop ini. We really have fun! Bak kata, Mr Lim, workshop ini merupakan six star training and six star fun! Saya sendiri telah banyak belajar dari workshop ini kerana para participant ini sendiri telah memberi input dan pandangan yang tidak saya nampak sebelum ini.


Saya sedar, canvas ini hanya merupakan satu tool. Untuk menggunakan tool ini dengan berkesan, kita memerlukan kaedah kreatif  bagi menggunakannya. Untuk itu, kaedah kreatif yang digunakan ialah;

1)      Mengabung dua atau lebih idea sedia ada untuk membentuk satu idea baru.
2)      Melihat sesuatu itu dari sudut pandang yang berbeza.
3)      Mengaplikasi ’Abundant Mentality’

Tegasnya, dengan menggunakan kaedah kreativiti ini terhadap alat canvas ini, sesuatu 'Business Model’ itu dapat diwujudkan dengan lebih berkesan.


Apakah kebaikan & kelebihan ’Business Model Canvas’ ini?

1)      Dapat mengenalpasti harapan pelanggan
2)      Dapat melihat Business Model secara gambaran besar
3)      Menggunapakai pendekatan ’What-If’
4)      We have fun while doing serious matter
5)      Mengenalpasti ‘meaning of individual work’  
6)      Be creative
7)      Mengelakkan ‘silo mentality’
8)      Making thinking visible
9)      Create ‘Buy-In’ terhadap business model oleh anggota kerja.


Itu antara lain kebaikan dan kelebihan canvas ini. Kalau difikir lebih dalam, saya pasti ada lebih banyak kebaikan dan kelebihannya. Bagi TNB, saya yakin tool ini cukup mudah dan praktikal bagi memangkinkan pembinaan slogan 'Vibrant Workforce, Productivity Revolution'. 

Jika tuan puan nak rasa nikmat canvas ini, jom kita laksanakan workshop ini untuk unit bisnes tuan puan. This simply will be your best investment! 

No comments:

Post a Comment