.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, September 13, 2012

Expense vs Investment


Satu petang beberapa minggu lepas, aku mendengar satu ucapan dari pemimpin tertinggi sebuah organisasi ini. Tetapi sebelum ucapan beliau itu, para hadirin telah diminta untuk mengemukakan apakah yang mereka perlukan untuk memberi yang terbaik bagi organisasi tersebut. Aku rasa sedikit curiga dengan permintaan ini. Adakah ini merupakan satu kebetulan atau ‘by design’.


Para hadirin telah diminta untuk mempersembahkan apa yang mereka perlukan. Aku makin bertambah gusar kerana rata-rata apa yang diperlukan itu banyak merupakan keperluan peribadi. Memang keperluan peribadi itu perlu tetapi jika keperluan peribadi itu tidak mengambil kira apa yang sedang dilalui oleh organisasi tersebut dalam mengharungi segala macam ‘tsunami’ di luar sana, sudah pasti para hadirin itu sedang mengukir keruntuhan masing-masing.

Bukan itu sahaja, apa yang berlaku dalam aktiviti ini jelas berlawanan dengan satu hukum Tuhan iaitu Hukum Memberi dan Menerima yang menyatakan bahawa jika kita mahu menerima sesuatu, kita perlu memberi dahulu. Bukanlah aku mahu menyatakan bahawa aku ini baik atau yang setaranya, tetapi pengalaman menunjukkan jika kita melakukan sesuatu berlawanan dengan Hukum Tuhan itu, pasti kita akan menerima padahnya. Hanya masa saja yang menentukan bila padah itu akan kita terima!

Memang aku cukup cuak dan semacam sesuatu akan disentuh oleh pemimpin ini dalam ucapannya. Jadi, sememangnya ucapan pemimpin ini aku tunggu.


Beliau bermula dengan bertanyakan soalan samada apa yang diperlukan oleh para hadirin itu merupakan satu expense atau investment kepada organisasi dalam membawa organisasi itu mencapai matlamat organisasi. Bagi beliau, jika ianya satu investment, organisasi perlu melayani permintaan ini.

Beliau telah membuat analogi organsasi sebagai sebuah kebun, pelabur dalam organisasi itu sebagai tuan punya kebun tersebut dan anggota kerja organisasi tersebut sebagai pekerja kebun tersebut.

Tuan kebun itu akan memastikan keperluan pekerja kebun itu sekurang-kurangnya berada pada tahap yang sama dengan tukang-tukang kebun di kebun yang lain bagi memastikan mereka tidak akan lari ke kebun lain. Tuan kebun itu juga memahami adalah lebih baik berpakat dengan pekerja kebun dalam membina keuntungan bagi kebun tersebut kerana tuan kebun itu sedar mereka tidak mampu melakukan semuanya. Tuan kebun ini amat jelas bahawa dalam banyak-banyak investment yang perlu dilakukan terhadap kebun itu, investment terhadap tukang kebun itulah yang paling baik kerana tukang kebun itulah yang memakmurkan kebun tersebut. Very interesting concept!


Aku amat tertarik dengan ucapan pemimpin ini kerana ucapannya jelas melambangkan abundant mentalitynya. Dan sememangnya ucapan beliau memberi aku satu pelajaran agar melihat segala apa yang perlu dilaksanakan itu sebagai sebuah expense atau investment. Siapa yang menentukan ianya expense atau investment? Diri kita sendiri! Apa juga pilihan kita, pastikan kita sanggup bertanggungjawab (responsible) dan dipertanggungjawabkan (accountable). Jika tidak, kita hanya hidup dalam dunia khayalan.  

No comments:

Post a Comment