.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, September 21, 2012

Program 'Saya Bekerja, Saya Usahawan'


Bagaimana kita mahu mengajak anggota kerja kita agar sama-sama membawa organisasi kita ke satu tahap yang kita mahukan?

Persoalan ini boleh ditangani dengan membawa cara pandang anggota kerja kita melihat diri mereka sebagai seorang usahawan. Dan jika ditanya kepada ramai orang, rata-rata mengimpikan mereka menjadi usahawan. Apa kata kita syorkan kepada mereka bahawa mereka mampu menjadi usahawan dalam kerja mereka? Satu syor yang saya rasa akan menguntungkan organisasi dan anggota kerja itu.


Untuk melihat diri mereka sebagai seorang usahawan, mereka perlu mengenali apakah jawapan kepada persoalan-persoalan berikut;

Golongan pelanggan mana yang mahu saya beri khidmat?
Apakah nilai yang boleh diberi kepada pelanggan saya?
Apa saluran untuk mencapai nilai ini kepada pelanggan saya?
Apakah cara menambat hati pelanggan saya?
Apa dan bagaimana saya untung?
Apa sumber yang saya perlukan untuk membina nilai di atas?
Apa aktiviti yang perlu saya lakukan untuk membina nilai di atas?
Siapakah yang boleh membantu saya membina nilai di atas?
Berapa kos untuk menyampai nilai ini kepada pelanggan saya?
Setiap anggota kerja yang mampu menjawab soalan di atas berdasarkan kepada tugas masing-masing akan mampu bertindak sebagai seorang usahawan. Senang bercakap mengenai ini tetapi bagaimana ‘approach’ kita?


Untuk itu, mereka akan diperkenalkan kepada satu alat yang dinamakan ‘Business Model Generation Canvas (BMGC). Segala persoalan di atas akan diceritakan dan dikaitkan berdasarkan kepada satu gambaran visual dan menyeluruh. Ini akan memudahkan anggota kerja itu melihat lebih jelas peranan mereka. BMGC akan digunakan dalam keadaan satu pasukan dan perseorangan.

Berdasarkan kepada penerangan di atas, kandungan program ini akan dimulakan dengan topik-topik berikut:

Anda seorang usahawan?
Apa itu ’Business Model’
Mengapa ’Business Model’ penting?
Penerangan mengenai Business Model
Contoh perlaksanaan Business Model
Latihan penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
Persembahan Business Model oleh kumpulan.

Dalam penggunaan BMGC ini, selalu dilihat mereka tidak mampu mengenalpasti keperluan pelanggan dengan terperinci. Sudahnya nilai yang dicadangkan kepada pelanggan itu tidak benar-benar menepati kehendak pelanggan. Ini pasti merugikan. Satu alat yang diberi nama Peta Empati akan digunakan bagi benar-benar mengenalpasti keperluan pelanggan. Peta Empati ini akan membawa anggota kerja melihat keperluan yang diperlukan oleh pelanggan berdasarkan kepada mata pelanggan dan BUKAN dari mata anggota kerja itu. (Satu kesilapan yang lumrah dalam perniagaan!) Bagi membantu pengunaan Peta Empati, kita perlu jelas bagaimana pelanggan kita berfikir dan bertindak. Untuk itu, satu penerangan tentang manusia berdasarkan konsep ’Stick Person’ perlu dilaksanakan.

Seterusnya bagi membantu menggunakan BMGC ini, anggota kerja perlu menjadi kreatif. Satu kaedah kreatif akan dikongsi dengan anggota kerja. Harapannya, anggota kerja mampu berfikir ’out of the box’.

Bagi mengoptima segala sumber, satu strategi yang dinamakan ’Blue Ocean’ akan diperkenalkan. Strategi ’Blue Ocean’ ini menekankan soal bagaimana kita mampu mengurangkan kos dan pada masa yang sama boleh meningkatkan nilai yang kita boleh beri kepada pelanggan.

Mungkin ada yang merasakan apa yang dinyatakan di atas agak sukar. Percayalah. Semua ini akan disampai dalam satu kaedah yang cukup mudah difahami oleh semua lapisan anggota kerja.

Berdasarkan kepada makulumat di atas, kandungan program ini seterusnya adalah seperti berikut:

Anda seorang usahawan?
Apa itu ’Business Model’
Mengapa ’Business Model’ penting?
Penerangan mengenai Business Model
Contoh perlaksanaan Business Model
Latihan penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
Persembahan Business Model oleh kumpulan.
Apa itu Peta Empati?
Apa itu Stick Person?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja – Peta Empati
Bagaimana saya kreatif?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Kaedah Kreativiti
Apa itu Strategi ’Blue Ocean’
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Strategi ’Blue Ocean’

Program ini seterusnya akan menerangkan bagaimana mengguna BMGC untuk diri anggota kerja sendiri. Penerangan ini akan membawa anggota kerja mengenalpasti makna kewujudan diri mereka dalam organisasi. Bila mereka jelas dengan makna mengapa mereka wujud dalam organisasi, dengan sendirinya produktiviti akan meningkat.

Disini juga akan diterangkan bagaimana matlamat peribadi yang dikenalpasti melalui SWOT dapat dihubungkan dengan keperluan pelanggan.

Anda seorang usahawan?
Apa itu ’Business Model’
Mengapa ’Business Model’ penting?
Penerangan mengenai Business Model
Contoh perlaksanaan Business Model
Latihan penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
Persembahan Business Model oleh kumpulan.
Apa itu Peta Empati?
Apa itu Stick Person?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja – Peta Empati
Bagaimana saya kreatif?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Kaedah Kreativiti
Apa itu Strategi ’Blue Ocean’
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Strategi ’Blue Ocean’
Penerangan penggunaan BMGC untuk individu
Contoh BMGC individu
Latihan penyediaan BMGC untuk diri.
Sumber Diri - Matlamat Peribadi (melalui SWOT)
Menghubungkan matlamat peribadi dengan keperluan pelanggan.

Bagi membawa para anggota kerja agar mampu menyumbang pada peringkat yang lebih tinggi, satu sessi renungan tentang hidup akan dilakukan. Renungan ini berkisar mengenai kefahaman bahawa hidup ini sangat singkat dan segalanya merupakan pinjaman menyebabkan kita perlu peka untuk beri yang terbaik dalam hidup ini.

Seterusnya, berdasarkan kepada BMGC, antara aktiviti utama yang perlu ditekankan ialah soal kerjasama dan kepimpinan. Berdasarkan kepada beberapa permainan. Satu ’experiential learning’ boleh dicapai.

Program ini akan ditamatkan dengan meminta setiap kumpulan mempersembahkan BMGC kumpulan kerja masing-masing kepada pengurusan.

Kandungan program ini seterusnya merangkumi topik-topik berikut;

Anda seorang usahawan?
Apa itu ’Business Model’
Mengapa ’Business Model’ penting?
Penerangan mengenai Business Model
Contoh perlaksanaan Business Model
Latihan penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
Persembahan Business Model oleh kumpulan.
Apa itu Peta Empati?
Apa itu Stick Person?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja – Peta Empati
Bagaimana saya kreatif?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Kaedah Kreativiti
Apa itu Strategi ’Blue Ocean’
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Strategi ’Blue Ocean’
Penerangan penggunaan BMGC untuk individu
Contoh BMGC individu
Latihan penyediaan BMGC untuk diri.
Sumber Diri - Matlamat Peribadi (melalui SWOT)
Menghubungkan matlamat peribadi dengan keperluan pelanggan.
Satu renugan tentang hidup
Permainan Kerja Berkumpulan
Permainan Kepimpinan
Penyediaan persembahan kepada Pengurusan
Persembahan kepada Pengurusan.

Akhir kata, selepas menghadiri program ini, saya yakin para anggota kerja akan mampu melihat kerja masing-masing melalui satu paradigma yang lebih positif yang pastinya akan memangkinkan tindakan yang lebih positif di tempat kerja. 


Sudahnya, kandungan lengkap program bertajuk ‘Saya Bekerja, Saya Usahawan!’ selama 3 hari ini yang disyorkan untuk anggota kerja tuan/puan ialah seperti berikut;

  1. Anda seorang usahawan?
  2. Apa itu ’Business Model’
  3. Mengapa ’Business Model’ penting?
  4. Penerangan mengenai Business Model
  5. Contoh perlaksanaan Business Model
  6. Latihan penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
  7. Persembahan Business Model oleh kumpulan.
  8. Apa itu Peta Empati?
  9. Apa itu Stick Person?
  10. Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja – Peta Empati
  11. Bagaimana saya kreatif?
  12. Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Kaedah Kreativiti
  13. Apa itu Strategi ’Blue Ocean’
  14. Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Strategi ’Blue Ocean’
  15. Penerangan penggunaan BMGC untuk individu
  16. Contoh BMGC individu
  17. Latihan penyediaan BMGC untuk diri.
  18. Sumber Diri - Matlamat Peribadi (melalui SWOT)
  19. Menghubungkan matlamat peribadi dengan keperluan pelanggan.
  20. Satu renugan tentang hidup
  21. Permainan Kerja Berkumpulan
  22. Permainan Kepimpinan
  23. Penyediaan persembahan kepada Pengurusan
  24. Persembahan kepada Pengurusan.
Untuk keterangan lanjut, hubungi saya di www.miorazli.com atau talian 019-224-5079.

No comments:

Post a Comment