.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, October 9, 2012

Business Model Canvas @ McD.


Lepas subuh hari Ahad lepas, aku dah tak boleh tidur. Senyap sepi rumah aku pagi itu kerana semua tidur semula selepas subuh tadi. Biasalah, hari minggu, waktu-waktu gini memang waktu nak recover letih satu minggu. Tapi yang nyata, aku dah tak boleh nak lelapkan mata lagi. So aku call Ajid ajak minum pagi, sahabat aku semenjak zaman tadika lagi itu. Dia kata ok sebab dia pun macam aku, tengah memikir nak pergi minum kat mana pagi itu.. So bergegaslah aku ke rumah dia.

Dalam kereta aku tanya Ajid nak minum kat mana. Dia kata jom pekena McDonald Section 2. Aku kata ok. Lagi pun aku dan dia dah lama tak pekena coffee McD tu. Ajid dan aku suka sangat coffee kat situ sebab rasa ’nutty’nya and not to mention boleh refill berapa kali pun ikut suka. This really my ideal way on how to spend my Sunday morning. J

Semasa kami sedang menikmati breakfast pagi tu, baru aku tersedar, Ajid baru saja beli smart phone. Interesting smart phone! (Sengaja disini aku tak bagi tahu jenama smart phone tu sebab company phone tu tak bayar aku market phone mereka). Paling aku suka mengenai phone ini ialah bagaimana mudahnya ambil video. Bukan itu saja, tetapi quality videonya memang not bad at all.

So Ajid telah beri satu idea. “Li, why not you explain bagaimana nak guna Business Model Canvas and let me take your video presenting the Canvas”. Bagus jugak idea Ajid. Boleh aku asah skill story the Canvas dalam masa sesingkat mungkin. Tapi yang paling penting, aku berpeluang story the Canvas ini dalam keadaan paling santai.

So inilah hasilnya. (By the way, hope you guys tak kisah dengan loghat Perak I masa I story the Canvas ini. Whenever Ajid dan I communicate in private, we love to communicate in our mother tongue. Sometimes we just play quiz siapa yang paling banyak tahu vocab dalam loghat Perak. Saja jer, nak having fun).

video

So, what do you think of the video? You faham Business Model Canvas tu?     

2 comments: