.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, October 23, 2012

Seminar Pendidikan Ahli Koperasi TNB


Sabtu dan Ahad lepas, aku telah diberi peluang untuk berkongsi idea mengenai ‘Business Model Canvas’ dengan lebih kurang 40 orang ahli Koperasi TNB sempena Seminar Pendidikan Ahli Koperasi TNB untuk Selangor/Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung di Mahkota Hotel, Melaka. Sebenarnya aku diminta menceritakan bagaimana perlu merealisasikan tema seminar ini iaitu Berdaya Maju dan Komited. Namun aku lihat, Business Model Canvas adalah merupakan alat yang paling sesuai bagi mereaslisasi tema ini.


Aku sebelum ini tidak begitu kenal apa makna koperasi dan peranan koperasi ini. Yang selalu bermain dalam fikiran aku ialah koperasi merupakan tempat mahu meminjam duit. Memang cetek ilmu aku dalam hal koperasi ini. Namun hasil perbincangan dengan En Zulkefle, yang merupakan Pengurus Kanan di Koperasi TNB ini benar-benar membuka mata aku. Memang murni sungguh idea koperasi ini. 



Aku cuba ’goggle’ apa sebenarnya makna koperasi dan ini yang aku 
jumpa;


“A cooperative ("coop"), co-operative ("co-op"), or coöperative ("coöp") is an autonomous association of persons who voluntarily cooperate for their mutual social, economic, and cultural benefit. Cooperatives include non-profit community organizations and businesses that are owned and managed by the people who use its services (a consumer cooperative) and/or by the people who work there (a worker cooperative) or by the people who live there (a housing cooperative)”. 




Memang hebat idea koperasi ini. Hasil selama 2 hari menyertai seminar ini, banyak ilmu baru dan ‘new networking’ dapat aku bina. Aku sebenarnya sudah ‘jatuh cinta’ dengan idea koperasi ini. Yang pastinya, aku akan cepat-cepat untuk menyertai koperasi TNB. 




Perkara utama yang membuatkan aku ‘jatuh cinta’ dengan idea koperasi ini ialah ianya membenarkan kita menyumbang secara bersama bagi membantu kelompok manusia yang besar. Bayangkan jika kita harus membantu satu kelompok manusia secara individu, pasti keupayaan kita terbatas. Mungkin ‘tagline’ yang sesuai untuk satu-satu koperasi itu ialah, ‘Together we able to give more!” Ini pasti merupakan satu innovasi terhadap ‘The Law of Giving and Receiving”. 




Berbalik kepada para peserta seminar ini, pertamanya, aku harap melalui cerita ‘Business Model Canvas’ ini, mereka mampu mengenalpasti dan lebih peka dengan apakah nilai yang boleh ditawarkan (Value Proposition - VP) kepada para prospek ahli baru koperasi TNB ini. 




Kedua, mereka lebih peka samada tugas yang mereka lakukan (Key Activities – KA) itu menjurus kepada pembinaan dan penyampaian ‘Value Proposition – VP’ kepada para pelanggan (Customer Segment – CS). Ketiga, mereka lebih peka kepada apakah jenis saluran yang paling sesuai (Channel – CH) bagi menghubungkan VP dan CS).



Aku harap ketiga-tiga perkara pokok ini akan diamati dan dilaksanakan secara berterusan oleh mereka bagi mencapai hajat mereka itu. Aku yakin jika ini dilaksanakan, tak hairan keanggotaan ahli koperasi ini mampu mencapai lebih 90% keahlian anggota kerja TNB.


Koperasi TNB - ‘Together we able to give more!”

No comments:

Post a Comment