.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, October 27, 2012

Why + How


Antara sedar tak sedar, perhatikan tajuk artikel kali ini, Why + How. Apa yang bermain dalam pemikiran tuan puan bila dihadapkan dengan tajuk sebegini? Sebenarnya bermacam perkara yang boleh kita huraikan dan semuanya bergantung kepada cara pandang kita. Berikut antara huraian untuk renungan bersama.


Ada sekolompok manusia, hidup mereka hanya memfokuskan kepada kenapa (The Why) perlu laksanakan sesuatu perkara itu  tanpa memberi fokus kepada bagaimana (The How) untuk merealisasi perkara tersebut. Satu contoh jelas mengenai situasi ini ialah apa yang banyak berlaku di kedai-kedai kopi. Kesannya?  Tuan puan fikirkan ...

Ada sekolompok manusia yang lain, hidup mereka hanya memfokuskan kepada bagaimana (The How) mahu melaksanakan sesuatu tanpa memikirkan terlebih dahulu mengapa (The Why) mereka harus melakukan sesuatu itu terlebih dahulu. Satu contoh kelompok manusia sebegini dapat kita lihat banyak dalam organisasi-organisasi besar yang mana anggota kerjanya hanya mengikut saja apa yang diarahkan oleh ketua mereka. Mereka langsung tidak cuba memahami mengapa sesuatu itu perlu dilaksanakan. Kesannya? Tuan puan fikirkan ...

Namun ada sekelompok manusia pula langsung tidak memikirkan soal ’The Why’ dan ’The How’ apabila melaksanakan sebarang aktiviti mereka. Wujudkah manusia sebegini? Macam tak wujudkan? Tapi kalau anda tanya saya, kelompok manusia ini ramai. Inilah mereka yang hanya duduk berpeluk tubuh tanpa mahu melakukan sesuatu. Mereka hanya mengharapkan segala kehendak mereka datang bergolek. Kesannya? Tuan puan fikirkan ...

Akhir sekali, wujud sekolompok manusia ini yang memang memfokuskan kepada ’The Why’ dan ’The How’ apabila mereka melaksanakan sebarang akiviti mereka. Orang melihat kelompok manusia sebegini sebagai orang yang sejahtera, bahagia dan kaya. Mereka inilah yang kita takrifkan sebagai ‘The Mover and The Shaker of the world’.


Itu sebab dalam Islam, kita harus menitikberatkan soal Tauhid (The Why) dan Syariat (The How) dalam menjalankan sebarang aktiviti di atas muka bumi ini. Baka kata seorang sahabat, ramai orang Islam jadi sesat kerana tidak mngimbangi kehendak Tauhid dan Syariat bilamana melaksanakan sebarang aktiviti-aktiviti kita. Tuan puan fikirkan …

Kesimpulannya, berdasarkan kepada empat kuadran dibawah ini, cuba tuan puan fikirkan apakah kesannya untuk setiap kuadran. Sengaja saya tidak memberi jawapan saya kerana jawapan untuk setiap kuadran ini berbeza-beza bergantung kepada cara pandang tuan puan. ;)



No comments:

Post a Comment