.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, November 10, 2012

BMC for Corporate Affair @ Colmar Tropicale


Kira-kira dua bulan lepas, orang-orang Corporate Affair, TNB telah menghubungi aku untuk menjemput aku memfasilitator salah satu slot dalam teambuilding mereka. Sehingga sehari sebelum perlaksanaan program ini, aku sedikit cuak samada aku punya masa dan kederat untuk laksana program ini. Bukan apa, sehari sebelum program ini berlangsung, aku rasa badan tak berapa sihat. Apapun, syukur pada Tuhan. Bila aku buat medical checkup, tak ada yang chronic. So bolehlah aku memfasilitator program ini.

Jadi beberapa pagi lepas, aku bertolak lepas subuh ke Bukit Tinggi. Seronok aku rasa bila mulai meninggal hiruk pikuk KL. Kawasan tanah tinggi dan hutan tebal yang saujana mata memandang benar-benar mententeramkan diri aku. Seronok dan rasa kagum melihat ciptaan Tuhan. Sambil memandu berseorangan pagi itu, fikiran aku juga ligat merancang bagaimana mahu laksana program ini.


Aku diberi tahu bahawa majoriti peserta program ini merupakan pemain hoki TNB. Aku pelik juga kenapa orang TNB ini tak begitu bangga dengan pasukan hoki mereka walhal performance pasukan hoki TNB ini memang not bad at all dalam liga hoki kebangsaan. Seharusnya pasukan hoki ini diberi lebih perhatian kerana pasukan hoki ini jika betul digunakan pada tempatnya mampu menjadi ikon kepada motto yang disaran oleh Dato CEO TNB sendiri iaitu ‘Vibrant Workforce, Productivity Revolution’. Bagaimana?

Melalui penggunaan Business Model Canvas (BMC) ini nanti, akan aku ceritakan bagaimana harus kita packagekan segala strategi, sumber dan tindakan agar difokuskan bagi mencapai hajat ini. Bukan itu sahaja, on personal level, aku harap mereka dapat mengenalpasti apa ilmu dan kemahiran yang mahu mereka bina dalam diri mereka lalu sudahnya di’package’kan untuk ditawarkan kepada orang-orang yang memerlukan khidmat mereka nanti.


Berbekalkan kepada pendekatan inilah aku laksanakan program ini. Memang langkah kanan sungguh! Aku dapat lihat mereka teruja dengan BMC ini dan mereka nampak dengan jelas menafaatnya. Masing-masing nampak jalan bagaimana untuk merekebentuk masadepan mereka samada secara individu maupun sebagai satu kumpulan. Syukur banyak-banyak pada Tuhan!

Sessi terakhir program ini, aku telah cabar mereka untuk datangkan perancangan bagaimana mahu jadikan pasukan hoki TNB ini mendapat sokongan hebat daripada anggota kerja TNB sendiri. (Anggota kerja TNB sebagai ’customer’ kepada pasukan hoki). Aku minta mereka lakarkan perancangan mereka dengan menggunakan BMC ini. Aku katakan juga kepada mereka bahawa apa yang mereka hasilkan nanti akan ditunjukkkan kepada pengurusan tertinggi TNB sebagai input mereka. Hasilnya? Walaupun dalam masa yang singkat, mereka mampu meghasilkan satu perancangan yang ’fresh’ dan patut diberi perhatian.


Aku senyum sendirian bilamana pengurus yang menyelia perlaksanaan teambuilding ini telah berbisik kepada aku bahawa Vice President mereka yang telah berkesempatan memerhati perjalanan program ini telah mengarahkan beliau agar BMC ini digunapakai dalam perancangan mereka di pejabat. Ertinya, cerita aku dan Corporate Affair ini ada sambungnya. I’m so happy kerana dapat beri sumbangan ini. Moga Tuhan beri aku lebih banyak kebaikan dan kenikmatan. Ameen!

1 comment:

  1. Tahniah tuan, teman numpang seronok!

    ReplyDelete