.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, November 20, 2012

'Intensity' Pengamalan Ilmu


Suatu tengahari, aku bertemu dengan seorang Uztaz. Beliau baru aku kenali melalui seorang rakan baik aku. Uztaz ini merupakan seorang yang luas pandangannya.

Pada pandangan aku, faktor yang memungkinkan hal ini berlaku ialah kerana beliau ini banyak berjalan melihat dunia dan pelajaran agamanya pun bukan bersifat  ’conventional’. Seronok dapat berbincang dengan Uztaz ini. Beliau mampu membawa aku memandang sesuatu perkara itu dari sudut pandangan yang jarang dipandang oleh masyarakat umum.   


Tenghari itu, selepas kami memesan kopi dan kuih pau, kami berbual sebentar sebelum kami mula duduk berbincang mengenai maksud utama kami berjumpa tengahari itu. Kami berjumpa sebab mahu membincangkan apakah dan bagaimanakah PPB3K berguna kepada masayarakat.

Sebenarnya, dalam perjalanan aku untuk berjumpa Uztaz, kepala aku ligat memikirkan apakah kaedah yang paling baik untuk mengetengahkan PPB3K ini. Sebelum ini pun, pernah sekali itu aku cuba memperkenalkan PPB3K, namun aku telah ditolak mentah-mentah tapi dengan cara terhormat.

Bagaimana? Kata mereka, ”Apa yang you tawarkan ini sounds good but anyway jika kami memerlukan khidmat you, kami akan hubungi you” tanpa mahu memandang tepat pada aku. Aku senyum. Itulah makna ditolak mentah-mentah tapi caranya terhormat. J Soalnya apakah kelainan yang ada pada PPB3K ini? Jawapannya tidak aku ketemui sehingga aku berjumpa Uztaz ini.


Dalam perbincangan dengan Uztaz, aku katakan pada beliau bahawa banyak yang berprasangka bahawa apa yang ada dalam PPB3K ini adalah merupakan sesuatu yang telah biasa dilalui atau yang telah biasa di syorkan kepada pasaran perlatihan. Namun aku menyatakan secara tidak sengaja bahawa PPB3K menyediakan satu ’intensity’ terhadap pengamalan ilmu yang ada didalamnya.

'Intensity' terhadap pengamalan ilmu amat penting kerana lagi kuat kita mengamal sesuatu ilmu itu, lagi dekat kita kepada pencapaian matlamat kita. Ramai di kalangan kita mempunyai 'intensity' pengalamalan ilmu yang cukup rendah. Dalam kata lain, ramai dari kita setakat tahu ilmu tersebut tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkannya. Tahu tapi tak buat!. Sudahnya pening kepala!  

'Intensity' terhadap pengamalan ilmu dicapai dalam PPB3K dengan melaksanakan penekanan dari sudut berbeza (melalui ’Stick Person’) dan penekanan secara berulang-ulang terhadap sesuatu ilmu yang disampai. Kaedahnya unik tapi praktikal. Aku dapat rasakan Uztaz teruja dengan kata-kata aku ini.


Have ’Intensity’ Will Travel! 

No comments:

Post a Comment