.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, November 27, 2012

Packaging Expertise


Selepas meeting petang itu, aku ditanya oleh seorang jurutera muda dari selatan tanahair, ‘En Mior, bagaimana harus saya menangani boss saya yang terlalu tegas dan susah untuk saya berkomunikasi dengannya?’

Aku tersenyum dengan soalan anak muda ini. Bukan apa, soalan ini memang kena pada dahi aku sendiri. Aku ambil masa seketika untuk aku respon kepada soalannya. Aku katakan pada beliau bahawa aku tidak mahu respon atas soalan itu secara teori tetapi lebih baik aku share saja experience sebenar aku yang hampir sama dengan persoalan  beliau.

Aku katakan pada beliau bahawa memang payah punya boss sedemikian dan aku katakan juga aku simpati dengan apa yang dialaminya. Aku tanyakan pada beliau sama ada beliau berupaya untuk mengubah perangai bossnya itu. Dengan teragak-agak dia menggelengkan kepalanya. Aku katakan memang benar sangkaan beliau itu kerana bukan dalam bidang kuasanya untuk mengubah perangai bossnya itu.

Sudahnya aku tanya lagi, apakah yang berada dalam bidang kuasanya untuk menghadapi situasi ini? Beliau nampak blur. Aku katakan pada beliau, jangan khuatir jika beliau tidak dapat menjawab soalan aku itu. Aku katakan pada beliau bahawa disini aku mahu berkongsi pengalaman aku. Aku memberitahu beliau bahawa satu ketika dulu, aku juga menghadapi cabaran yang sama seperti beliau. 

Ini cerita yang aku sampaikan kepada beliau. Puas aku memikirkan pada masa itu bagaimana harus aku menangani cabaran tersebut. Fikir punya fikir, sudahnya aku membuat keputusan bahawa sememangnya aku tidak berupaya mengubah boss aku itu tetapi pada masa yang sama aku fikir aku semestinya tidak berhak membuang masa aku di tempat kerja.

Aku bertekad untuk membawa pulang dari kerja aku itu bukan setakat gaji sahaja tetapi juga pengetahuan dan kemahiran dalam kerja aku itu. Diringkaskan cerita, aku mulai merancang apa ilmu dan kemahiran yang mahu aku bina untuk diri aku berdasarkan bidang kerja aku itu. Gambaran asas apa yang aku rancang ialah seperti rajah di bawah;


Pertama sekali aku harus mengenalpasti apa ilmu dan kemahiran yang mahu aku kutip. Selepas mengenalpasti apa yang aku mahukan, aku lantas bekerja keras untuk mengumpul segala ilmu dan kemahiran tersebut.

Segala ilmu dan kemahiran yang aku kumpulkan itu kemudian aku longgokkan di atas meja. Aku tanyakan pada diri aku apa patut aku buat dengan ilmu dan kemahiran ini? Aku tanyakan juga bagaimana aku harus beri nilai kepada ilmu dan kemahiran ini? Dalam kata lain bagaimana segala ilmu dan kemahiran ini dikehendaki oleh orang lain.

Lalu timbul satu idea bahawa aku harus ’package’kan ilmu dan kemahiran ini. Idea ini dinamakan ’Packaging Expertise’. Aku boleh ’package’kan ilmu dan kemahiran ini ke dalam bentuk satu seminar, produk, servis, perundingan atau sijil. Bila ini dilaksanakan, barulah orang nampak nilai ilmu dan kemahiran ini.

Ilmu yang telah di’package’kan ini kemudian harus di’present’ kepada mereka yang bakal memerlukan  ’expertise’ ini. Selepas membuat ’presentation’ ini aku pastikan cuba ’identify’ apakah yang boleh aku perbaiki lagi ’expertise’ yang telah di’package’kan itu. Aku laksanakan ’work-compile-present’ seterusnya. Aku ulangi kitaran ’identify-work-compile-present’ ini beberapa pusingan lagi hingga aku benar-benar puas dengan ’expertise’ yang di’package’kan ini.


Bila aku sebokkan diri aku sebegini, fikiran aku tidaklah sangat terkesan dengan perangai boss aku itu. Sudahnya apa yang berlaku ialah boss aku dan aku sudah tidak lagi bekerja di tempat yang sama dan paling yang menggembirakan aku ialah aku mula dikenali sebagai seorang pakar dalam bidang ilmu dan kemahiran itu.

Aku lihat muka jurutera muda itu mulai berseri. Dia tak habis-habis mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada aku. Sebelum berpisah petang itu, aku sempat katakan pada beliau agar terus amal apa yang aku kongsikan itu dan tak perlu toleh kebelakang lagi.

Azan Maghrib berkumandang dan tak aku sangka masa bergerak begitu pantas. Aku tunaikan Maghrib dulu sebelum aku tinggalkan training center itu. Hati aku puas kerana dapat berkongsi sesuatu petang itu. Benarlah kata-kata Mat Salleh yang aku temui baru-baru ini yang berbunyi ... ”What is my life if I am no longer useful to others”.

No comments:

Post a Comment