.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, November 7, 2012

Pertemuan Singkat di Melaka.


Semasa dalam perjalanan pulang ke KL baru-baru ini, aku telah ‘stopover’ di Melaka. Walaupun sekejap, tetapi ’stopover’ ini benar-benar meninggalkan satu kenangan yang cukup menyenangkan.


Semuanya gara-gara apabila pagi itu kami sekeluarga (myself, my wife and my son) nak pergi breakfast. Kami bincang-bincang ke mana harus kami pergi untuk makan pagi. Bincang punya bincang, sudahnya my wife kata, apa kata we all semua pergi ke satu cafe di tepi sungai melaka itu. Aku terus terbayang cafe yang dimaksudkan oleh wife aku tu. Aku senyum. Me and my son lantas menyetujuinya. Memang dah lama kami tak kesitu. Of course kami ingin pergi ke situ sebab suasananya cukup santai dan membahagiakan.


Puas jugak kami pusing Bandar Melaka mencari lokasi cafe ini. Setelah 2-3 round pusing Bandar Melaka, baru kami terjumpa cafe ini. Memang rezeki sungguh sebab tempat parking untuk ke cafe ini hanya tinggal satu sahaja lagi yang kosong. Aku terkenang Hukum Getaran dan Tarikan (The Law of Vobration and Attraction). Memang sah Hukum Tuhan yang satu ini sedang berlaku! Tempat parking tersebut semakin mengecil kerana betul-betul di sebelah area parking itu telah menjadi satu tapak kajian arkeologi selepas penemuan satu tapak bangunan zaman Portugis atau Belanda.


Kami berjalan menyusuri tepi sungai Melaka hingga kami tiba ke café ini. Memang kami excited dengan café ini. Keadaannya yang agak rustic dan santai benar-benar mengujakan kami. Tambah pula dengan gelagat tuan punya café ini yang cukup mesra benar-benar buat aku cukup seronok. Aku suka lihat gelagat tuan punya café ini. Jelas terbayang, dia memang enjoy sungguh buat bisnes café ini. 


Aku dapat tahu nama beliau ialah En Azhar Noah. Kata beliau, dia baru saja mengambil alih ‘Cafe Dutch Harbour’ ini lebih kurang 7 bulan. Dulu owner cafe ini seorang Mat Salleh. Makanan yang disaji memang menarik dan harganya memang cukup berpatututan. (Aku terperanjat jugalah bila aku tengok bilnya tidak sampai 3 angka memandangkan makanan dan minuman yang kami pesan. Kalau tempat lain memang gerenti jumlah bilnya dah tiga angka).


Menurut beliau, cafe ini merupakan extension business beliau iaitu penghasilan dan pembekalan daging burger. Menurut beliau, perniagaan tersebut punya lebih kurang 20 orang anggota kerja. Very interesting person! Dalam pertemuan yang singkat itu, beliau juga turut memperkenalkan jiran cafe beliau iaitu Saudara Fauzi yang menjalankan perniagaannya, ‘Poji Antiques’. Selepas makan, sempatlah aku ‘window shopping’ kat kedai beliau. Dari Bro Fauzi, aku dapat few ideas mengenai perniagaan barangan antik. Memang interesting.


Aku menerangkan apa yang aku usahakan kepada mereka berdua dan aku tertarik dengan soalan En Azhar kepada aku, ‘Bagaimana yer untuk menangani one of my staff ini yang always have problem with my other staff but kerjanya bagus ?’ Aku senyum lalu beri pandangan aku, ‘I believe staff sebegini harus dibimbing untuk identify matlamat beliau di tempat kerja dan the moment dia sedar apa matlamat beliau, pasti dia akan cuba bekerjasama dengan rakannya yang lain kerana itu akan memudahkan beliau capai matlamat beliau. Now that will be a good reason for him or her to work with others. Or else, he or she will continue with his or her tantrum!’


Aku nampak En Azhar wish to discuss more about the issue tetapi memandangkan kesuntukan masa, we have to end up our discussion. Dia berjanji untuk lawati laman blog ini. Dalam perjalanan pulang petang itu, dalam diam-diam aku harap, satu masa aku dapat membantu beliau menangani soal produktiviti organisasi beliau.

Nak jadi cerita, aku ternampak tagline satu syarikat di badan lori tangki ini yang berbunyi, ‘Driven by Our Customers’ Hebat tagline ini. Cukup fokus dan mudah. Sudahnya aku begitukah? Cepat-cepat aku minta my wife snap photo lori tangki ini. Aku akan memastikan photo lori ini dimasukkan dalam Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2)!

No comments:

Post a Comment