.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, November 25, 2012

VWPR di Seri Pengantin, Janda Baik


Aku rasa benar-benar teruja bila dapat peluang untuk memfasilitatorkan program Sedia Untuk Berjaya (SUB) bagi sebilangan anggota kerja Connaught Bridge Power Station (CBPS) baru-baru ini (21-24 Nov 2012). Program ini diolaksanakan bagi menerap slogan Vibrant Workforce, Productivity Revolution di kalangan anggota kerja ini. Jarang-jarang aku dapat peluang sebegini. Ialah,  memfasilitator satu unit bisnes dari Bahagian Generation TNB. Memang ini satu peluang keemasan untuk aku melihat samada idea-idea yang aku bangunkan ini sesuai untuk satu Bahagian Utama dalam TNB ini.

Nak jadi cerita, 2 hari sebelum seminar ini berlangsung, aku terkena batuk dan demam yang agak kronik. Kalau ikut rasa badan, memang aku nak batalkan saja program ini tetapi dalam keadaan antara larat dan tak larat itu, aku gagahkan juga untuk laksana program ini. Hasilnya memang berbaloi!

Tuhan itu memang Maha Mengetahui, disebabkan aku memang ada masalah kesihatan ini, Dia telah datangkan 5 orang urusetia bagi membantu aku melaksanakan program ini. Kepada crew urusetia ini, aku memang teruja dengan layanan anda semua. You all memang hebat. Memang banyak ringannya melaksana program ini dengan bantuan anda semua. Moga Tuhan balas jasa baik you all!


Aku menjadi bersemangat dengan program ini kerana aku lihat pemimpin no 1 dan no 2 CBPS ini iaitu Bro Razip dan Bro Dol Malek begitu komited dengan program ini. Bukan itu sahaja, aku sedar VP mereka, Pak Din, dalam diam-diam memberi sokongan padu bagi perlaksanaan program ini. Sememangnya aku akan lebih teruja laksana program ini bilamana pemimpin mereka tunjukkan komitmen. Bukan apa, tanpa komitmen pemimpin, aku rasakan program sebegini hanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Aku harap para peserta ini ingat perkara asas bagaimana untuk membina empat perkara asas yang menyokong slogan di atas. Apa pun, aku perturunkan disini bagi memudahkan mereka mengingati perkara ini.

Vibrant Workforce:
Building Trust & Relationship - Kenal Diri berdasarkan konsep Stick Person
Building Capacity - Tetap dan usaha capai matlamat di tempat kerja

Productivity Revolution
Building Performance - Berjaya laksana Value Proposition masa kini
Building Growth - Berjaya laksana Value Proposition masa depan.

Berikut, saksikan video sedutan program SUB ini yang telah dsediakan oleh Crew Urusetia CBPS ini  ...


video


CBPS, you all memang best, memang hebat! 

2 comments:

  1. thank you bro azli kerana share your thought with us. totally suprise by the response of sjjc staff to the program. sjjc has been great before now we believe we can be better. hopefully we will be able to spread the vibration to all staff so that we can all vibrate at the same frequency(matlamat)....
    dolmalek.

    ReplyDelete