.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, December 23, 2012

Aku pun manusia juga ...


Satu subuh, aku menaiki sebuah teksi untuk ke KLIA. Aku perlu awal kerana filght aku ke JB bertolak jam 6.45 pagi itu. Tepat jam 5.30 pagi, teksi tersebut sampai depan rumah aku.


Aku dapati pemandu teksi ini begitu peramah. Kami saling memperkenalkan diri dan kami dengan mudah klik. Jauh dalam hati, aku tabik pemandu teksi ini. Walau aku dalam keadaan sedar tak sedar sebab mengantuk dia masih lagi dapat menarik minat aku untuk berbual dengan dia walau hajat awal aku tadi aku mahu lelap sekejap dalam perjalanan ke KLIA ini. Kami saling berkongsi cerita walau pertama kali bertemu.

Dia begitu tertarik bila aku katakan pada dia bahawa aku telah mewujudkan PPB3K. Aku kata pada dia jika nak tahu lebih lanjut sila lawati laman www.miorazli.com. Dia kata dia akan buka laman itu pagi nanti bila dia berhenti bersarapan pada pagi itu.

Namun, satu persoalan yang ditanya oleh beliau benar-benar buat aku tersedar dari tidur-tidur ayam aku pagi tu. Soalnya, kenapa yer walau dirinya selalu menjadi penasihat atau councellor kepada rakan-rakan beliau yang lain tetapi dia masih tidak berupaya menyelesai masalah peribadinya. Macam dia kata, masalah orang boleh tolong selesai. Masalah sendiri tak boleh. Kenapa yer?

Aku terdiam sebentar. Memang apa yang dipersoalkan oleh beliau  itu ada kebenarannya. Macam aku jugak. Kekadang aku rasa lemas jugak bila orang sekeliling merasakan aku ini macam tiada masalah atau macam bagus sahaja. Mungkin mereka berpandangan sebegitu kerana melihat gelagat aku yang asyik memfasilitator PPB3K ini di sana sini. Ada ketika-ketika tertentu terutama saat-saat ’down’, aku memerlukan seseorang memberi ’pep talk’ pada aku. Kenapa? Sebab aku bukan malaikat. Aku seorang manusia!

Berbalik kepada soalan pemandu teksi itu, aku patut berterima kasih kepadanya. Beliau telah ’trigger’ satu soalan yang cukup relevan. Buat seketika aku rasa blur. Tetapi setelah mengambil kira fikir aku di perenggan atas, aku senyum sendirian lantas menjawab soalan pemandu teksi itu ...

’Encik, fikir saya, jangan kita sangka sebab kita selalu menasihati orang atau membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka, kita tidak memerlukan bantuan orang lain untuk menangani masalah kita sendiri. Saya fikir, silap besar jika kita berpandangan begitu. Kita pun manusia dan sememangnya sebagai manusia, kita memerlukan orang lain membantu ’melihat’ masalah kita sebagaimana orang lain memerlukan bantuan kita ’melihat’ masalah mereka’. 

Aku lihat pemandu teksi itu berkerut dahinya dan perlahan-lahan dia tersenyum. Aku agak apa yang aku utarakan itu ’make sense’ pada beliau. ’Eh betullah. Kenapa saya tidak terfikir begitu ye?’ kata beliau dengan sungguh-sungguh. Hilang rasa ngantuk aku. Rasa segar menyelinap diri aku. Wajah KLIA dalam subuh itu mulai kelihatan.


Pemandu teksi itu beriya-iya mahu tahu lebih lanjut mengenai seminar PPB3K ini. Aku katakan pada beliau agar mengikuti laman www.miorazli.com dari masa ke semasa untuk mengetahui sebarang perkembangan seminar-seminar aku. Aku puas. Sebelum berpisah, kami bersalaman dalam satu genggaman yang cukup kukuh. Thank God. Another lesson from this university called University of Life!!!

No comments:

Post a Comment