.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, December 24, 2012

'Scribes'


Pagi itu, sedang aku jalan-jalan dengan Safia di bandar Dunedin, Safia mengajak aku melawati satu kedai buku bernama ’Scribes’. “Abah, Kakak nak say good bye to kawan kakak, Billy. Dia banyak bantu kakak untuk dapatkan bahan rujukan study kakak.” Aku tanpa banyak soal aku ikut saja. Lagi pun, memang aku suka sangat dengan kedai-kedai buku second hand di sini. Banyak buku-buku yang best-best.


Bila kami masuk saja ke dalam ’Scribes’, Billy menyambut kami dengan penuh mesra. Nasib kami baik kerana Billy ditakdirkan bekerja hari itu kerana sepatutnya beliau bercuti hari itu. Memang nampak both Safia dan Billy happy sangat dapat bertemu. Tambah pula, ini merupakan pertemuan terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia.


Dari Safia, aku dapat tahu bahawa Billy merupakan seorang ’book collector’. Dia sangat cinta pada buku. Dia mengumpul buku-buku yang jarang ditemui orang lagi. Aku dapat lihat bagaimana dia menghargai buku yang ada didekelilingnya. Billy memberitahu aku bahawa dia bekerja part time di kedai buku ini dan hanya meminta tuan punya ’Scribes’ ini membayar gaji beliau dalam bentuk buku-buku yang disukai oleh beliau di ’Scribes’ ini. Pelik aku.


Aku sempat bertanya pada Billy darimana ’Scribes’ mendapat bekalan buku-buku yang menarik ini. Billy menyatakan bahawa wujudnya budaya yang tinggi di kalangan orang Dunedin yang suka menjual buku lama mereka untuk mendapatkan buku-buku baru. Now, baru aku tahu mengapa wujud agak banyak kedai-kedai buku second hand di Dunedin ini.


Tapi itulah dasar orang yang pentingkan ilmu. Buku menjadi teman setia beliau. Aku lihat di Dunedin ini, ramai orang yang macam Billy. Itu sebab masyarakat mereka maju. Mereka sukakan buku bukan dibuat-buat. Mereka really enjoy bersama buku. Pada lawatan singkat ke ’Scribes’ ini juga aku sempat membeli beberapa buku yang sudah lama aku cari. Harga buku? Memang berbaloi walaupun selepas tukaran wang New Zealand ke wang Malaysia dibuat. Syukur sangat-sangat!


Aku lihat Billy ni memang macam walking dictionary. Sebut saja apa saja tajuk buku, dia boleh locate buku itu dalam kedai ini. Dan jika buku itu tidak ada dalam kedai ini, dia terus saja mengatakan buku itu tidak ada. Hebat … memang hebat. Aku begitu teruja dengan gelagat beliau.


Pertemuan singkat dengan Billy memang meninggalkan satu pengalaman yang cukup mengujakan buat diri aku sendiri. Really make my day. Aku teringatkan buku-buku yang ada di rumah aku. Aku berhajat untuk turn rumah aku itu jadi library. Aku rasa anak-anak aku sure suka idea ini sebab mereka pun sama-sama hargai buku. Ini sure fun. Perghhhh …


Sebelum berpisah pagi itu, Billy telah menghadiahkan satu buku yang dicari Safia. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Billy. Aku minta dia hubungi kami jika dia happen to be in Malaysia. Aku berhajat sangat untuk beri beliau ‘Malaysian Hospitality’



Memandangkan ini merupakan artikel terakhir untuk blog ini bagi tahun 2012 ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Moga tahun 2012 ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan moga tahun 2013 nanti lebih baik dari tahun 2012 ini. Tuhan rahmati kita semua!

No comments:

Post a Comment