.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 12, 2013

Dipercayai (Trusted)


Jika kita perhatikan hidup ini, ada satu perkara yang membuatkan seseorang itu rasa bahagia. Rasa bahagia akan timbul bilamana orang lain atau diri kita sendiri ’trust’ dengan diri kita sendiri. Fikirkan apa yang dimaksudkan ini. Mungkin kita pernah saksikan orang yang tidak memandang berat hal ini tetapi dalam diam itulah yang menjadi keluh kesah mereka. Fikirkan ...


Trust dicapai bila kita ada kredibiliti di mata orang atau di mata kita sendiri. Kredibiliti itu apa? Kredibiliti boleh disukat dalam dua kriteria. Dua kriteria tersebut ialah dari segi karekter kita dan kompetensi kita.

Karekter disukat berdasarkan kepada integriti yang ada  pada diri kita dan niat yang kita ada. Manakala kompetensi pula disukat berdasarkan kepada keupayaan (capability) dan hasil (results) yang telah kita capai sebelum ini.

Mudahkan?

Jika kita perhatikan apa yang dijelaskan di atas mengenai kredibiliti ini, semestinya kredibiliti kita ini berbeza-beza bergantung kepada cabang hidup yang kita fokuskan. Sebagai contoh, mungkin dala mcabang hidup masayarakat, kita punya kredibiliti yang tinggi tetapi dalam cabang hidup kewangan peribadi kita punya kredibilti yang rendah. Fikirkan ...

Soalnya sekarang bagaimana kita harus mempertingkatkan kredebiliti kita dalam semua cabang hidup kita agar kita dipercayai (trusted) oleh orang lain atau diri kita sendiri?

Berdasarkan rajah di atas, bagi menwujudkan satu darjah integriti dan niat yang yang baik dalam diri kita, sebagai seorang Islam, kita perlu berpegang teguh kepada adanya hari pembalasan yang akan menimbang dan membalas segala amal kita. Jika kita lihat dunia ini, dunia ini tidak mungkin boleh berlaku adil seadilnya. Tetapi bilamana kita gabungkan cerita dunia ini dan cerita hari pembalasan, barulah kita nampak betapa adilnya hidup ini.

Kita sangka kita boleh terlepas di muka bumi ini tetapi yakinlah akan adanya hari pembalasan yang akan menimbang dan membalas apa yang kita terlepas dari hidup atas dunia ini. Dalam kata lain, lagi tinggi keyakinan kepada wujudnya hari pembalasan ini, lagi tinggi integiriti dan niat yang baik dalam diri kita.  

Bagi menwujudkan keupayaan (capability) dan hasil yang tinggi nilainya, kita perlu yakin bahawa setiap dari kita manusia ini adalah unik dan telah dianugerahkan oleh Tuhan pada kita semua kepandaian dan kemahiran yang tersendiri. Ada di kalangan kita yang punya kemahiran menjahit, memimpin, mengubati penyakit dan sebagainya. Jika seseorang manusia itu memfokuskan usaha beliau untuk mengenalpasti dan mempertingkatkan kepandaian dan kemahiran masing-masing, pasti dalam satu jangkamasa yang singkat kita mampu memepertingkatkan keupayaan dan menjana hasil yang sangat baik dalam hidup masing-masing. Fikirkan ...

Jadi, itulah dia rahsia membina kredibiliti diri dan seterusnya membina trust orang atau diri kita sendiri kepada diri kita sendiri. Bila kita dipercayai (being trusted), hidup kita jadi mudah dan bahagia. Cerita ini mudah tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

No comments:

Post a Comment