.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, January 18, 2013

Kawan - Satu Pemberian.


Saya masih ingat, ada seorang senior saya semasa saya mula bekerja dahulu menekankan bahawa dalam kita membina karier, kita seharusnya mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan kawan (networking). Tiga perkara ini jika ada dalam diri kita akan memudahkan kita senang dalam hidup ini. Masih fresh kata-kata beliau ini dalam fikiran saya.

Namun artikel ini ingin memfokuskan kepada erti kawan dalam hidup kita. Kadang-kadang saya fikir, selepas apa yang berlaku dalam hidup saya ini, seharusnya saya perlu lebih memberi penekanan untuk membina dan menjaga kawan yang ada. Bukan apa, ramai disekeliling saya merasakan saya punya ramai kawan tetapi hakikatnya tidak begitu. Kadang-kadang datang rasa menyesal kerana tidak memberi penekanan untuk membina kawan ini.

Saya fikir, kalau mahu menyesal, sampai bila? Selagi saya masih hidup, saya masih punya masa. Kita hanya tidak akan ada masa bila kita meninggalkan dunia ini. Saya perlu usaha untuk mempertingkatkan kawan-kawan yang ada. Untuk itu, saya perlu mulakan hasrat ini dengan memperbetulkan cara pandang saya terhadap apa erti kawan.

Apa cara pandang yang mahu saya pegang?

Nak jadi cerita, satu ketika itu, semasa saya memandu kereta di Lebuh Raya Persekutuan, saya terdengar satu lagu di radio. Saya perhatikan makna lirik lagu tersebut dan sememangnya lirik lagu itu penuh makna bila dikaitkan dengan cara pandang terhadap seorang kawan. Saya sukakan lagu tersebut tetapi saya tidak tahu apa nama lagu itu. Saya teringatkan apps ‘Sound Hound’ dalam smart phone saya tu, dan cepat-cepat saya ‘Sound Hound’ lagu tersebut.

‘Sound Hound’ kata lagu tersebut bernama 'Gift of a Friend’. Saya senyum sendirian. Dipendekkan cerita, saya telah menjadikan lagu tersebut satu presentation seperti apa yang dipaparkan dalam presentation dibawah ini. Mulai sekarang, saya akan cuba pandang kawan-kawan saya seperti apa yang dinyatakan dalam lirik lagu ini. Mari sama-sama kita perhatikan dan amalkan lirik lagu ini ...  

video

No comments:

Post a Comment