.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, February 12, 2013

Muhassabah Diri


Tahun ini, jika dizinkan Tuhan, aku bakal melangkah masuk ke umur 50 tahun. Setengah abad. Bukan satu jangkamasa umur yang singkat bagi hidup seorang manusia. Apa pun, segala puji puji bagi Tuhan kerana pilih aku untuk berjalan di atas mukabumi ini.

Sepanjang hidup ini, satu pelajaran yang penting dapat aku rumuskan. Jika kita mahu benar-benar hidup di atas mukabumi ini dengan penuh makna, kita mesti berani melaksanakan apa yang terkandung dalam hati nurani kita. Asalkan perkara tersebut sejajar dengan Perintah Tuhan dengan cara yang ditunjukkan oleh pesuruhNya.

Hidup yang berpaksi kepada kehendak orang lain atau semata-mata menuruti kehendak orang lain akan menimbulkan konflik diri yang bukan sedikit sesalnya. Cuba kita perhatikan apa yang dikatakan oleh mereka yang benar-benar berjaya dalam hidup ini. Rata-rata dari mereka akan mengatakan bahawa … “I follow my heart!” 

Aku terkenangkan slogan satu syarikat GLC di negara ini yang berbunyi, ‘Vibrant Workforce, Productivity Revolution’. Aku perhatikan muka-muka anggota kerja syarikat ini dan aku tertanya samada mereka tahu bagaimana mahu merealisasi hasrat slogan ini?

Bagi aku, untuk merealisasi slogan ini mudah sahaja. Ianya perlu bermula dengan;

1) Menyatakan pada diri sendiri bahawa aku mahu jadi ‘the real me’.
2) Aku mahu capai apa yang aku mahukan dalam kerja aku.
3) Aku tidak akan bertolak ansur dengan apa yang aku mahukan.

Susah sangatkah untuk berpegang kepada cara pandang begini?

Memang bunyinya senang tetapi untuk mengamalnya memerlukan satu tenaga yang cukup kuat. Tenaga yang kuat ini tidak mungkin timbul jika kita tidak memulakannya dengan muhassabah diri yang benar-benar tulus. Tulus dalam mahu memastikan hidup ini tidak disia-siakan. Jika ini mampu dilaksanakan, semestinya semangat seperti apa yang terkandung dalam lagu berikut akan menjadi nyanyian harian kita dalam pengembaraan hebat bernama ‘Kehidupan’. Renungkan dengan teliti kata-kata dalam lagu ini ...

video

Moga kita semua dirahmati Tuhan!

No comments:

Post a Comment