.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, February 23, 2013

Pembinaan Karekter


Semasa majlis perasmian program ‘Pembinaan Karekter’ (PK) baru-baru ini, aku tertarik dengan ucapan Yang Berbahgia Dato Ir Baharin Din, Naib Presiden Bahagian Pembahagian, Tenga Nasional Berhad. Ucapan beliau nampak simple saja tapi maksudnya cukup dalam.


Beliau telah meminta semua anggota kerja Bahagian Pembahagian yang hadir di waktu itu agar bekerja sebagai satu keluarga besar. Kenapa? Kerana beliau telah menganalogikan organsiasi sebesar Bahagian Pembahagian ini sebagai sebuah keluarga besar.

Kata beliau, cuba kita bayangkan cerita dalam satu keluarga bila menghadapi satu majlis kenduri kawin. Dalam setiap kenduri, pasti ada kekurangan di sana sini tetapi setiap ahli keluarga itu akan berusaha sedaya mungkin bagi menutup sebarang kekurangan itu dengan berusaha bersungguh-sungguh disamping bekerjasama bagi memastikan para hadirin selesa dan tidak nampak kecacatan majlis itu.

Begitulah juga bila kita bekerja dalam Bahagian Pembahagian ini. Tugas harian kita itu ibarat tugas sebuah keluarga sedang menghadapi majlis kenduri kawin. Pasti ada kekurangan dari segi sumber di sana sini. Beliau mengajak agar semua anggota kerja bekerja bersungguh-sungguh serta saling bekerjasama bagi memastikan pelanggan puas hati walupun dalam keadaan serba kekurangan. .

Di samping berusaha memuaskan kehendak pelanggan, beliau juga mengajak seluruh anggota kerja Bahagian Pembahagian berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi melancarkan servis kepada pelanggan.


Menarik sungguh analogi beliau ini. Mudah sangat difahami oleh para hadirin serta ianya betul-betul menyentuh hati para anggota kerja Bahagian Pembahagian ini. Aku betul-betul terharu melihat beliau ‘salam semut’ dengan semua hadirin selepas sessi perasmian program ini. Terdengar kata-kata pujian para peserta program ini terhadap beliau dan dapat aku rasakan mereka begitu bangga punya peminpin seperti beliau.

Sememangnya itulah karekter Dato Baharin yang aku kenali sejak dari dulu lagi. Beliau seorang yang cukup humble namun seorang strategist. Kekuatan lain beliau terletak pada ‘human touch’ beliau. Sebagai contoh, beliau telah memuji GM HR beliau di depan khalayak ramai serta meminta para hadirin memberi tepukan untuk GM HR beliau itu. Dapat aku lihat bagaimana GM HR itu begitu teruja sekali. Memang hebat!

Semasa sessi soal jawab antara Dato Baharin dan para hadirin, beliau telah bertanya apa yang dipelajari oleh para perserta. Aku benar-benar teruja dengan feedback yang diberi oleh para peserta terhadap program PK ini. Mereka menyatakan program PK ini amat berguna untuk kerja mereka dan aku tahu mereka bukan berlakun.

Sememangya adunan idea-idea dalam PK ini seperti ’Stick Person’, cara pandang, SWOT dan lain-lain itu membawa satu tahap kesedaran diri yang jarang ditemui. Inilah yang terkeluar dari mulut para peserta ini.


Akhir cerita, semasa minum petang bersama Dato Baharin, beliau mengucapkan terima kasih pada aku dan memberi thumbs up kepada program PK ini. Aku lihat beliau berbincang serius dengan pegawai-pegawainya bagaimana untuk membawa program PK ini kepada warga Bahagian Pembahagian.

Aku tahu, ini merupakan satu peluang besar bagi PK dan program PPB3K secara keseluruhan. Sudahnya, apa yang aku impikan selama ini hampir tercapai. Segala puji-puji bagi Tuhan dan aku pohon bimbingan dariNya. 

No comments:

Post a Comment