.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, February 17, 2013

Sejahtera Bahagia Kaya!


Satu lewat pagi, aku duduk berbual dengan seorang sahabat ini. Seronok dapat bertemu sahabat lama ini. Bertemankan teh kosong dan kek buatan isteri beliau, kami berbual panjang. Aku dah lama kenal beliau tetapi semenjak kami sama-sama tamat pengajian di universiti, jarang sangat kami bersua. Selalunya kami terserempak di airport dan masing-masing berjanji nak pekena teh tarik. Baru sekarang kami dapat berbual panjang.

Pagi itu dalam keadaan sepontan, Alias bagi tahu aku bahawa untuk hidup aman, kita perlu amal tiga perkara ini dalam hidup;



1) Kita mesti sentiasa ingat Tuhan

Ingat Tuhan disini bermaksud kita sentiasa bertanyakan kepada diri sendiri apa hubungan perkara kita lalui dalam satu-satu hari itu dengan Tuhan. Sudahnya kita mampu belajar melihat kebesaran Tuhan lalu membuat kita makin bersemangat untuk memberi terbaik dalam hidup ini kerana Dia.



2) Kita mesti sentiasa sabar dan redha apa yang berlaku.

Mudah untuk kita bersabar tetapi tidak mudah untuk kita bersabar serta redha dengan apa yang berlaku. Kita mampu bersabar dan redha bilamana kita latih diri kita dengan melihat apa yang berlaku kepada kita baik yang positif maupun yang negatif itu datangnya dari Tuhan. Seterusnya kita selalu tanyakan pada diri apakah hikmah perkara ini berlaku. Sekali lagi, kita  akan mampu belajar melihat kebesaran Tuhan lalu membuat kita makin bersemangat untuk memberi terbaik dalam hidup ini kerana Dia.



3) Kita mesti sentiasa rasa cukup dengan apa yang diberi Tuhan.

Ini bukan bermakna kita berhenti berusaha bilamana kita berpegang kepada kenyataan di atas. Hanyanya kita berpandangan, buat ketika ini, inilah yang terbaik pemberian Tuhan kepada kita. Jika kita mahu yang lebih baik, kita sedar kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Sekali lagi, kenyataan ini juga memberi kita kekuatan untuk mampu belajar melihat kebesaran Tuhan lalu membuat kita makin bersemangat untuk memberi terbaik dalam hidup ini kerana Dia.

Bunyinya senangkan? Tapi kalau kita fikirkan sungguh-sungguh memang orang yang semacam ini akan sentiasa aman hidupnya. Tetapi bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha lagi tetapi semestinya bila kita berpegang kepada tiga perkara ini, kita akan makin kuat berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.


Orang yang berpegang kuat kepada tiga perkara ini akan punya ufuk pemikiran yang cukup luas. Pemikiran orang sebegini semestinya tidak tertumpu kepada dunia ini sahaja tetapi mampu melihat kewujudan dunia dan alam seterusnya sebagai satu cerita yang bersambung.

Sudahnya, apa kata kita jadikan 3 perkara ini sebagai ’checklist’ kita semasa kita melalui kehidupan ini. Sentiasa semak diri sendiri dimanakah tahap diri kita berbanding tiga perkara ini. Dengan izin Tuhan, hidup kita akan makin Sejatera Bahagia Kaya.

Semasa pulang tengahari itu, fikiran aku ligat memikirkan apa yang aku bualkan dengan Alias. Sememangnya diri kita amat berharga. After all, kita ni Allah’s greatest creation. Tetiba aku tertanya pada diri ku sendiri, jika diri ini memang berharga, cuba kira berapakah pulangan dalam bentuk ringgit yang boleh aku dapat dari kerja-kerja aku bagi setiap jam? Jika aku bekerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu, berapa nilai ringgit aku per jam? Pergghhh ... memang sangat rendah. Tak setimpal dengan nilai diri aku yang priceless. Terkedu aku dibuatnya.


Ini bukanlah bermakna aku menjadi terlalu materialistic tetapi cara fikir  begini benar-benar membuka minda aku untuk melihat diri aku dari sudut yang berbeza. Aku kongsi idea ini dengan anak aku, Safia, semasa makan malam. Aku lihat muka Safia semacam orang baru sedar. Sememangnya idea ini mengejutkan!

Dua idea yang aku jumpa pada hujung minggu ini memang benar-benar mengujakan aku. Segala puji bagi Tuhan kerana ketemukan dengan idea-idea ini. Aku harap ini beri aku lebih kekuatan untuk bina hidup yang Sejahtera Bahagia Kaya ... dunia dan alam berikutnya. Ameen. 

No comments:

Post a Comment