.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, March 1, 2013

Matlamat Satu Anugerah?


Adakah bilamana kita jelas dengan apa yang kita mahu capai dalam hidup ini merupakan satu anugerah?

Memang satu anugerah! Semenjak aku mengendali program pembangunan diri ini, aku benar-benar sedar bahawa ramai orang di mukabumi ini tidak mempunyai matlamat yang benar-benar mereka mahukan walaupun mereka merupakan orang-orang yang bijak.


Mengapa ini terjadi?

Dari pemerhatian aku, ini terjadi kerana ramai di kalangan kita ini tidak benar-benar berhenti seketika dan merekabentuk masa depan mereka. Kemungkinan suasana kehidupan yang laju ibarat pusingan gasing itu menyebabkan mereka tidak punya masa untuk ini semua. Bak kata seorang kawan, “I nak cepat Mior. I tak boleh tunggu. You must understand me!”

Atau pun ramai di antara kita merasa amat tidak selesa untuk komited pada satu-satu perkara itu kerana ianya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Orang sebegini wujud kerana tidak meluangkan masa untuk apa yang dibicara dalam perenggan di atas.

Sudahnya aku rasakan, dalam hidup ini, ramai orang hanya bergerak dari satu ‘event’ ke satu ‘event ‘ lagi hingga tamat hidup mereka. Bila di tanya apa yang mereka mahu capai, mereka akan memberi alasan bahawa mereka sedang sebok mengelola ‘events’ dalam hidup mereka. Kalau beginilah ceritanya, usah harap mereka akan mampu mengenalpasti matlamat hidup mereka.

Hidup amat perlu kepada matlamat. Sebenarnya lagi tua kita, lagi perlu kita kepada matlamat! Kenapa? Sebab masa kita di atas mukabumi ini amat singkat. Lagi lama, lagi singkat masa yang masih ada di tangan kita. Dengan bermatlamat, barulah kita mampu mengoptima penggunaan diri dan masa yang kita ada. Fikirkan ...


Jika anda benar-benar serius dengan apa yang dibicara dalam perenggan di atas dan anda tidak tahu bagaimana untuk merekabentuk matlamat anda, saya syorkan anda attend program ’Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB) itu. Program penuh ADB ini mengambil masa enam hari dengan dibuat 3 hari dahulu sebelum disambung sebulan kemudiannya 3 hari lagi.

3 hari pertama akan membincangkan 3 soalan pokok iaitu

Siapa Saya? (Kenal diri berdasar konsep Stick Person)
Dimana Saya? (Muhasabah diri)
Kemana Saya? (Penetapan matlamat)

3 hari berikutnya pula akan membincangkan persoalan

Bagaimana Saya? (Pelan pencapaian matlamat)

Kenapa panjang sangat program ini? Sebenarnya program ini tak lama. Empat persoalan ini memerlukan sedikit masa untuk disampaikan kerana walaupun soalan ini nampak mudah namun hakikatnya tidak begitu. Itu sebab kita perlukan masa. Seperti contohnya untuk merekabentuk bangunan memerlukan masa, begitu jugalah merekabentuk matlamat kita.

Percayalah, jika kita dapat berkumpul dan membincangkan keempat-empat solalan ini bersama-sama, pasti ianya amat berbaloi untuk kehidupan ini. Bak kata satu kata-kata yang aku dengar baru-baru ini;


When we spend time with our goal, it is much like spending time with a lover – we are passionate and excited. We are driven and energized, up-beat and positive. We do not worry about petty things. On the other hand, when we live without goal, it is like having a toothache. We experience pain and frustration. Lack of goal can be a big impediment causing us to drift aimlessly through life. 

Sememangnya hidup yang bermatlamat itu merupakan satu anugerah!

No comments:

Post a Comment