.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, March 31, 2013

Sayang


Jumaat lepas, tamat program ‘Vibrant Workforce Productivity Revolution’ (VWPR) untuk anggota kerja Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad. Sebenarnya ini merupakan kumpulan kedua yang menghadiri program VWPR ini. Dijangkakan beberapa kumpulan lagi akan menyertai program ini di masa depan.


Sesuatu yang menarik dalam program kali ini ialah wujudnya beberapa ‘experiential learning’ yang telah dibuat secara spontan.

Aku telah menekankan beberapa kali dalam program ini agar kita sama-sama menumpukan kepada ‘memberi’ berbanding dengan ‘menerima’ sesuai dengan tuntutan ‘Hukum Memberi dan Menerima’ itu. Hukum ini menekankan bahawa untuk ’menerima’ sesuatu kita perlu ’memberi’ dahulu.

Aku juga telah menekankan agar kita didik diri kita agar melihat manusia bukan sebagai objek tetapi manusia sebagai manusia. Yang dimaksudkan melihat manusia sebagai objek ialah kita melihat seseorang manusia itu sebagai kenderaan, halangan atau tidak relevan dalam hidup kita.

Kita melihat manusia sebagai manusia bilamana kita menghargai segala fikiran, perasaan, pilihan dan tindak tanduk seseorang mausia itu walaupun kita tidak menyetujuinya. Perkara ini jadi lebih mudah untuk diamalkan bila kita memahami konsep ’Stick Person’.

Peluang untuk mengamalkan kedua-dua teori di atas tersedia bilamana pada pagi ketiga, semasa sessi renungan diadakan, aku ceritakan bahawa penghulu mereka sedang berhadapan dengan dugaan yang mana isteri beliau sedang menghadapi penyakit barah. (Aku memang melantik seorang penghulu untuk setiap program VWPR ini). Pagi itu, penghulu mereka tidak dapat bersama mereka semua kerana menemani isteri beliau menerima rawatan kimotherapy.

Soal aku kepada para peserta itu adakah mereka semua melihat penghulu mereka hanya sebagai objek atau mampu melihat penghulu mereka sebagai manusia dengan cuba memahami segala fikiran, perasaan, pilihan dan tindak tanduk penghulu mereka yang sedang menghadapi dugaan tersebut? Sudahnya apa yang boleh diberikan atau disumbangkan kepada penghulu mereka?

Dengan spontan aku mengesyorkan dibuat sumbangan ikhlas serta merta. Aku hulurkan kepada mereka sebuah kotak dan aku katakan berikan saja berapa yang terdetik di hati untuk penghulu mereka.

Dapat aku rasakan ’the power of the moment’ semasa sessi sumbangan ikhlas ini dilaksanakan. Sememangnya ini suatu ‘experiential learning’ yang dalam maksudnya dan sukar untuk dilupakan!

Sebagai satu renungan, adakah kita benar-benar menghargai segala fikiran, perasaan, pilihan dan tindak  tanduk orang yang kita sayang? Apa yang kita beri kepada mereka jika kita benar-benar sayang mereka? Untuk itu, apa kata kita nyanyikan lagu "SAYANG' berikut untuk mereka yang kita sayang ...?


No comments:

Post a Comment