.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, March 3, 2013

Senyum


Dalam satu seminar baru-baru ini, aku dengar begitu hebat diminta agar para peserta seminar itu memakai 'senyum' dalam kerja harian mereka. Terutamanya dalam berdepan dengan pelanggan mereka. Mulanya aku tidak ambil kisah sangat pasal cerita senyum ini sebab dah biasa sangat diperkatakan. Baik dalam buku, kertas kerja dan sebagainya. Tetapi entah mengapa kali ini aku terpandang perkataan 'senyum' ini dari sudut yang berbeza sedikit.

Senyum satu perkara yang percuma. Walau percuma, ramai yang senang sekali dengan satu senyuman. Api yang sedang marak boleh padam angkara satu senyuman yang ikhlas. Maybe perkataan 'percuma' tak kena kot. Perkataan yang sesuai untuk mewakilli 'senyuman' ialah priceless! Sememangnya satu senyuman itu priceless!



Aku teringatkan perkara 'Customer Relationship' dalam 'Business Model Canvas'. Memang mudah untuk membina hubungan dengan pelanggan jika kita mementingkan senyuman bila melayan mereka. Kadang-kadang kita suka memikirkan perkara-perkara yang canggih dan complicated bagi memenuhi tuntutan 'Customer Relationship' ini. Walhal dengan satu senyuman, banyak perkara yang boleh diselesaikan.

Semalam aku terdengar satu lagu ini yang mengesahkan mengenai senyum. Memang lagu ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai 'anchor' bila kita cerita pasal senyum. Aku mahu jadikan lagu ini sebagai support aku bila aku memfasilitator program-program akan datang. Until then, apa kata kita nikmati dan renungi lagu ini ... Ooooppsss ... jangan lupa senyum ya semasa hayati lagu ini! :)

  

No comments:

Post a Comment