.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, May 26, 2013

Semoga hidup sehat secara holistik


1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


6. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yag tinggal dijalanan.

8. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah memandu, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

9. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran dan orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.

10. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


11. Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu.

12. Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan.

13. Kamu tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau tampan, mereka cantik atau tampan kerana kamu mencintainya!

14. It's true you don't know what you've got until it's gone, but it's also true you don't know what you've been missing until it arrives !!!


Semoga mampu diambil hikmahnya, Ameen.

Friday, May 24, 2013

Satu Petang bersama Suruhanjaya Tenaga


Semuanya bermula dengan satu perbualan telefon antara Bro Razib dan saya. Petang itu, masih saya ingat, Bro Razib memberitahu saya bahawa setiap pegawai Suruhanjaya Tenaga telah dihadiahkan dua buah buku oleh CEO mereka. Buku-buku tersebut ialah Good to Great oleh Saudara Jim Collins dan 7 Habits of Highly Effective People karangan mendiang Steven Covey. Very interesting.

Kenapa ianya interesting kerana secara peribadi saya memang kenal sangat buku ini. Saya memang teruja dengan kandungan buku ini dan idea kedua-dua buku ini memang ada saya terapkan dalam PPB3K itu. Dan bagi seorang CEO yang sudi menghadiah buku ini (of course dengan harapan untuk implimentasi idea-idea ini) memang kena pada masa dan tempatnya. 

Sedang kami berbual mengenai buku-buku ini, secara spontan Bro Razib mengesyorkan agar saya datang ke Suruhanjaya Tenaga untuk berkongsi idea-idea dalam buku-buku ini dengan pegawai-pegawai Suruhanjaya Tenaga. Ibarat orang mengantuk di sorong bantal, memang saya look forward untuk berkongsi idea-idea ini. Saya tahu dan Bro Razib pun tahu bahawa memang dari dulu saya telah mengkaji isi buku ini dengan mendalam dan menghubungkan cerita buku-buku ini dengan apa yang berlaku dalam kebanyakan organisasi.


Itulah, petang semalam saya telah bersama lebih kurang 20 orang pegawai tinggi dan pegawai Suruhanjaya Tenaga duduk semeja berkongsi idea-idea kedua-dua buku ini dalam suasana yang cukup santai. Saya amat gembira kerana mereka banyak bertanya soalan dan ini benar-benar membantu saya memahami lebih dalam isi kandungan kedua-dua buku ini. Terima kasih kepada mereka semua.


Satu perkara yang menarik di akhir sessi perkongsian idea ini ialah timbul satu soalan bagaimana mahu mengimplimentasi idea-idea dalam kedua-dua buku ini yang sesuai dengan iklim negara ini? Untuk itu, saya katakan kepada mereka agar pertimbangkan PPB3K kerana PPB3K mampu menjadi pembimbing untuk melaksana idea-idea yang ada dalam kedua-dua buku ini secara sistematik dan berterusan.

Saya rasa mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai ini semua kerana di akhir sessi petang itu, saya telah diminta oleh pegawai HR mereka untuk mengadakan perbincangan lanjut untuk melaksanakan PPB3K ini dalam organisasi mereka. Happy? Memang saya happy. Dalam diam saya berjanji akan beri yang terbaik untuk mereka. Ameen.


Tq Bro Razib and May Allah Bless all of us! 

Wednesday, May 22, 2013

Cerita pasal Kreativiti dan Innovasi.


Aku perhatikan gelagat satu organisasi besar ini bila diminta meletakkan kreativiti dan innovasi sebagai salah satu strategi utama dalam memperkasakan organisasi mereka. Aku garu kepala. Itulah, bila kita minta sekumpulan intelektual merancang perkara ini, aku rasakan ianya terlalu teoritikal dan penuh dengan retorik.


Bagi aku, bahasa yang digunakan terlalu tinggi sangat. Aku terbayang mereka-mereka yang berada dalam hiraki organisasi ini terutama mereka yang nun berada jauh di bawah sana. Kalau aku jadi mereka, pasti aku tidak paham apa yang dimaksudkan sebagai kreativiti dan innovasi ini. We really have to go back to basic and tekankan hal-hal basic ini dalam perlaksanaannya.

Apa yang basic? Untuk itu, aku terkenangkan satu video yang aku pernah tontoni baru-baru ini dan itulah video yang aku share di bawah ini (perkara basic itu ada dinyatakan dalam video ini bermula dari minit 5.20 sehingga tamat video ini),

video

Cerita video ini mengenai masyarakat Amerika yang mahu mementingkan hal-hal basic bagi mengetengahkan  kreativiti dan innovasi terutamanya dalam era 60an dan awal 70an dahulu. Menarik sangat pendekatan mereka ini kerana apa? Kerana pendekatan mereka ini bukan sahaja menarik dari segi logic saja tetapi memang menyentuh perasaan dan sipiritual. Namun bila ini dilupakan seperti apa yang kita lihat dalam masyarakat Amerika masakini, mereka mula mengeja keruntuhan dalam kemajuan mereka.


Rumusannya, jika kita mahu melaksanakan kreativiti dan innovasi dalam organisasi kita, kita mesti menangani soal-soal basic dahulu dan kaedah kita merlaksanakan itu perlu menyentuh logik, perasaan, spiritual dan praktikal. Fikirkan …


Saturday, May 18, 2013

Response vs React


While I was in a restaurant, suddenly a cockroach flew from somewhere and sat on a lady standing a little away from me.


She started screaming out of fear. With panic stricken face and trembling voice, she started jumping, with both her hands desperately trying to get rid of the cockroach. Her reaction was contagious, as everyone in her group got cranky to what was happening. The lady finally managed to push the cockroach to another lady in the group.

Now, it was the turn of the other lady in the group to continue the drama. The waiter rushed forward to their rescue. In the relay of throwing, the cockroach next fell upon the waiter. The waiter stood firm, composed himself and observed the behavior of the cockroach on his shirt. When he was confident enough, he grabbed and threw it out with his fingers.

Sipping my coffee and watching the amusement, my mind picked up a few thoughts and started wondering:

- Was the cockroach responsible for the ladies' histrionic behavior?

- If so, then why was the waiter not disturbed? He handled it near to perfection - without any chaos or drama.

- So, it was not the cockroach, but the inability of the ladies to handle the disturbance caused by the cockroach that disturbed them.

I also realized even in my case then, it is not the shouting of my father or scolding of my boss that disturbs me, but it's my own inability to handle the disturbances caused by their shouting that disturb me. Similarly, it's not the traffic jams on the road that disturbs me, but my inability to handle the disturbance caused in my mind by the traffic jam that disturbs me.


The Take-Away:

- The women reacted but the waiter responded.
- We must not react in life; we should always respond.
- Reactions are instinctive; responses are intellectual.

‘If you judge people, you have no time to love them’

Wednesday, May 15, 2013

Visi, Misi dan Nilai


Semasa memfasilitator Pimpinan Berjaya 2 baru-baru ini untuk sekumpulan Risk Coordinator Bahagian Penghantaran, TNB, saya mula jelas betapa pentingnya Visi, Misi dan Nilai sesuatu organisasi itu bagi membina kemajuan.


Dalam PB2 itu, saya katakan Visi diwujudkan bagi menentukan arah yang mahu dituju oleh organisasi tersebut agar organisasi itu masih relevan di mata pelanggan mereka. Misi pula diwujudkan pula sebagai kaedah bagaimana mahu capai Visi. Manakala Nilai pula diwujudkan untuk menekankan apakah amalan yang perlu diamalkan bagi memudah mencapai Visi dan Misi.

Sudahnya kita boleh lihat bagaimana Visi, Misi dan Nilai  sesetengah organisasi besar di dunia ini memacu dalam menghasilkan produk dan servis mereka. Sebagai contoh, Misi Disney ialah ‘to make people happy’. Bukankah sudahnya misi Disney ini telah dizahirkan dalam produk mereka seperti taman hiburan, movies, barangan kanak-kanak dan sebagainya? Menarik bukan?

Satu persoalan. Memang menarik cerita di atas, tetapi ini tidak boleh dicapai sekiranya anggota kerja sesuatu organisasi itu tidak benar-benar menghayati dan mengamalkan Visi, Misi dan Nilai ini dalam ‘business as usual’ mereka. Sudahnya bagaimana sesetengah organisasi berjaya menerapkan dengan jayanya hal ini di kalangan anggota kerja mereka dan sebaliknya banyak organisasi lain gagal mencapai hajat ini?

Ini satu perkara yang sangat kritikal kerana banyak organisasi gagal laksana ini semua dan sudahnya anggota kerja mereka amat lesu dalam menghayati dan mengamalkan Visi, Misi dan Nilai organisasi mereka.


Itulah nak jadi cerita, satu petang itu saya telah berkesempatan menghadiri satu taklimat oleh satu organisasi yang bernama ‘Teach For Malaysia’ (TFM). Jika anda nak tahu lebih lanjut apa yang dilakukan oleh mereka, sila google TFM. TFM dianggotai rata-rata orang muda namun vibes yang ada dalam TFM ini cukup hebat. Saya hairan bagaimana TFM mampu membuat anggota kerja mereka begitu teruja dengan kerja mereka. Saya percaya ini ada hubung kait dengan bagaimana pihak pengurusan TFM ini menerap Visi, Misi dan Nilai kepada anggota kerja mereka.


Semasa makan malam sessi taklimat  itu, saya sengaja duduk bersama salah se orang anggota kerja TFM. Namanya Adam. Selepas bertanya khabar, saya tak sabar bertanya kepada Adam mengenai bagaimana TFM menyerapkan Visi, Misi dan Nilai kepada mereka semua. Saya lihat, Adam agak terpempan dengan soalan saya dan secara ikhlas beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah terfikir mengenai ini semua.

Tapi itulah satu isyarat seperti katanya Jim Collins dalam buku beliau Good to Great, iaitu satu organisasi yang ‘Great’ tidak sedar bahawa mereka telah melaksanakan aktiviti yang hebat sebab aktiviti hebat ini sebenarnya diterapkan secara ikhlas dan bukan dibuat sebagai satu ‘flavour of the month’.     

Melalui Adam, Saya mulai nampak ciri-ciri bagaimana penerapan ini dilaksanakan. Menurut Adam, penerapan Visi dan Misi TFM ini telah dimulakan semenjak temuduga beliau untuk menyertai TFM. Beliau telah ditanya, adakah beliau masih ingat seorang guru yang telah banyak berjasa kepada beliau, apakah yang telah cikgu itu lakukan terhadap beliau dan adakah beliau teringin beri kepada orang lain seperti apa yang telah diberi oleh cikgu tersebut kepada beliau.

Seterusnya sekiranya mereka perlu membuat keputusan dalam tugas mereka, secara spontan mereka akan bertanyakan soalan seperti berikut; keputusan yang mana satukah yang lebih menjimatkan dari segi tenaga, kos dan masa dalam menuju ke arah Visi dan Misi mereka.

Dalam pengamalan nilai pula, dengan nada gurauan, mereka selalu ‘menangkap’ rakan setugas mereka yang mengamalkan nilai-nilai mereka dan bila ini dilakukan saban hari, nilai itu dengan sendirinya mula menjadi tabiat mereka.

Itu antara lain, apa yang dilakukan oleh TFM. Hasilnya? Memang hebat! TFM walau diterajui oleh orang muda tetapi usaha mereka telah mendapat sokongan dan tajaan dari bukan calang-calang organisasi  seperti Khazanah Malaysia, Kementerian Pendidikan dan lain-lain lagi.

 Jika anda merasakan apa yang dicapai oleh TFM itu hanya satu nasib baik, saya cadangkan anda adakan lawatan sambil belajar ke TFM. Saya pasti anda akan berasa beruntung dapat pelajari sesuatu dari mereka. Dan pelajaran utama itu sudah semestinya bagimana mereka menerapkan Visi, Misi dan Nilai di kalangan anggota kerja mereka. 

Santai tapi Happening!

Saturday, May 11, 2013

Cicit Rasullulah S.A.W.


Subhanallah ... comel cicit Rasullulah S.A.W. ini. Rasullulah S.A.W. pernah mengelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan.


Beliau adalah cicit Rasullulah S.A.W., iaitu anak kepada ulamak besar Madinah Al-Munawarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini, keturunan Rasullulah S.A.W. melalui Sayyidina Husain R.A.


Subhanallah, Maha Suci Allah. Cicitnya sungguh comel, apatah lagi datuk-datuknya! Mari kita sama-sama semai cinta dan turuti Rasulullah S.A.W. yang sememangnya cukup hebat dengan nilai-nilai murni.

Wednesday, May 8, 2013

Cerita Makan Buah


Tersebutlah kisah satu masa di zaman dahulu. Ada seorang pemuda bernama Ayas. Nak dijadikan cerita, satu hari tu, Ayas telah pergi mengiringi raja negeri itu pergi berburu didalam sebuah hutan tebal.


Selepas lama memburu, raja itu telah menitahkan agar semua rombongan memburu baginda berhenti berehat di bawah sebatang pokok buah yang sedang lebat berbuah. Raja itu lantas mengambil sebiji buah yang sedang masak ranum. Lantas baginda membelah suku dari buah tersebut.

Raja itu lantas memberi suku bahagian buah itu kepada Ayas. Sebaik sahaja Ayas memakan buah itu, Ayas terus mengatakan betapa manisnya buah itu. Disebabkan raja itu sungguh gembira melihat Ayas menikmati buah tersebut, lantas diberinya suku lagi bahagian buah tersebut kepada Ayas.

Ayas terus memakan buah tersebut sambil memuji-muji kemanisan buah tersebut. Raja itu kian gembira dengan reaksi Ayas lalu diberinya lagi suku bahagian buah tersebut. Ayas tidak habis-habis memuji kemanisan buah tersebut sambil memakan buah pemberian raja itu.

Hanya masih tinggal suku bahagian di tangan raja. Tergerak hati raja itu untuk menikmati baki buah yang ada di tangan baginda. Lantas baginda memakan buah tersebut. Hampir sahaja baginda meluahkan semula buah yang dimakan itu kerana buah itu terlalu masam!

Raja itu lantas bertanya kepada Ayas mengapa beliau mengatakan buah itu manis walhal apa yang dirasakan baginda adalah sebaliknya. Ayas hanya tersenyum lantas ini jawapan Ayas kepada raja …

“Tuanku, bukan selalu  orang biasa macam saya ini menerima pemberian dari tuanku. Saya amat bersyukur dan gembira menerima pemberian dari tuanku walaupun saya tahu buah itu terlalu masam.”

Raja itu duduk termenung seketika mendengar jawapan dari Ayas.


Apa yang kita pelajari dari cerita di atas?

Cerita ini telah dikongsi oleh seorang sahabat baik saya pada diri saya ketika saya menghadapi satu dilemma dalam hidup. Pelajaran yang saya terima dari cerita ini ialah kita perlu sedar bahawa apa yang kita terima dalam hidup ini sebenarnya merupakan pemberian Tuhan. Baik perkara yang baik maupun tidak baik di mata kita. Semuanya pemberian Tuhan.

Untuk itu, kita perlu terima dengan hati terbuka dan bersangka baik kepada Tuhan. Kenapa? Kerana Tuhan maha tahu apa yang terbaik untuk kita. Tambah pula Tuhan maha jauh pandangannya dan sangat sayang pada kita semua.

Jika inilah cara pandang kita, mana mungkin kita menjadi seorang yang berfikiran negatif dan sentiasa memberi alasan dalam hidup ini. Fikirkan  …

Monday, May 6, 2013

Shine Your Way


Just before the dawn
When the lights still gone
Shine ... Shine your way
And you may not know
Where to go
Shine ... Shine your way

Open road but its still dark
Build a fire from a spark and
Shine ... Shine your way
Feed the feeling in your heart
Don't conceal it then you'll start to
Find ... Find your way

No one can stop what has begun
You must believe when I say
All of your tears will dry faster in the sun
Starting today
Shine ... shine ... shine ... shine your way

There's an open sky
And a reason why you
Shine ... Shine your way
There's so much to learn
And now its your turn to
Shine ... Shine your way

There's a feeling deep inside you can let it be your guide to
Find ... Find your way
And there's no time for us to wait gotta take a leap of faith and
Fly ... Fly away

Don't have to walk, now you can run
Nothing can get in your way
All of your tears will dry faster in the sun, starting today
Shine ... shine... shine ... shine your way

Morning is breaking
Darkness is fading
We found our way to the light
It's such a beautiful sight

Anytime ... anywhere turn around and
I'll be there if you
Shine ... Shine your way
Like a star burning bright, lighting up your darkest night
I'll shine ... shine your way

Now I can see, you are the one
Sent here to show me the way
All of our tears will dry faster in the sun
Starting today ...
Shine, shine, shine
We're on our way

Shine, shine, shine, that’s when we say
Shine, shine, shine ... shine your way

There's a reason why you
Shine ... Shine your way
All of our tears will dry faster in the sun ...
Shine your way


video

Friday, May 3, 2013

A Crow


An 65 year old man was sitting on the sofa in his house along with his 38 years old highly educated son. Suddenly a crow perched on their window.


The father asked his Son, "What is this?"
The son replied "It is a crow".
After a few minutes, the father asked his Son the 2nd time, "What is this?"
The son said "Father, I have just now told you "It's a crow".
After a little while, the old father again asked his Son the 3rd time, what is this?"
At this time some expression of irritation was felt in the son's tone when he said to his father with a rebuff. "It's a crow, a crow".
A little after, the father again asked his Son the 4th time, "What is this?"
This time the son shouted at his father, "Why do you keep asking me the same question again and again, although I have told you so many times 'IT IS A CROW'. Are you not able to understand this?"

A little later the father went to his room and came back with an old tattered diary, which he had maintained since his son was born. On opening a page, he asked his son to read that page. When the son read it, the following words were written in the diary:-

"Today my little son aged three was sitting with me on the sofa, when a crow was sitting on the window. My son asked me 23 times what it was, and I replied to him all 23 times that it was a Crow. I hugged him lovingly each time he asked me the same question again and again for 23 times. I did not at all feel irritated I rather felt affection for my innocent child".

While the little child asked him 23 times "What is this", the father had felt no irritation in replying to the same question all 23 times and when today the father asked his son the same question just 4 times, the son felt irritated and annoyed.

So, if your parents attain old age, do not repulse them or look at them as a burden, but speak to them a gracious word, be cool, obedient, humble and kind to them. Be considerate to your parents. From today say this aloud, "I want to see my parents happy forever. They have cared for me ever since I was a little child. They have always showered their selfless love on me. They crossed all mountains and valleys without seeing the storm and heat to make me a person presentable in the society today".


Say a prayer to God, "I will serve my old parents in the BEST way. I will say all good and kind words to my dear parents, no matter how they behave."

Wednesday, May 1, 2013

Penambahbaikan Pimpinan Berjaya 2


Hujung minggu kali ini memang saya tak kemana-mana pun kecuali pergi makan dengan family. Sebok? Memang sebok. Hujung minggu yang baru lepas ini memang aku gunakan sebaiknya untuk update Pimpinan Berjaya 2 (PB2).


Update PB2 ini semuanya gara-gara tukar kepada MS Office Version 2010 dari Version 2003. Bila saya cuba pakai file versi 2003 dalam 2010, saya lihat file versi 2003 itu tidak dapat berfungsi dengan baik dalam versi 2010. Serabut juga dibuatnya. Almaklum, banyak yang perlu diperbetulkan. Lama-lama saya redha sahaja.

Saya ambil peluang semasa perbetulkan PB2 ini dengan juga memperkemaskan jalan cerita serta kandungan PB2 ini. Memang saya perlu melihat dalam gambaran besar agar semua kandungan dalam PB2 ini saling menyokong antara satu sama lain serta memastikan perkara baru yang saya tambah dalam PB2 ini relevan kepada gambaran besar yang mahu saya persembahkan.

Hasilnya? Memang saya puas hati.


Sekiranya tuan puan mahu mengetahui bagaimana melaksanakan Pengurusan Strategi, saya syorkan tuan puan hadiri PB2 ini. Melalui PB2, tuan puan akan di bawa mengikuti satu pengembaraan yang menyeronokkan bagaimana untuk melaksanakan Pengurusan Strategi ini. Tuan Puan akan diperkenalkan kepada satu gambaran besar Pengurusan Strategi serta diperkenalkan dengan beberapa tools semasa menyusuri perlaksanaan Pengurusan Strategi ini.

Inilah dia satu program yang cukup asas tetapi praktikal untuk melaksanakan Pengurusan Strategi. Saya yakin ini satu investment yang amat berbaloi untuk tuan puan. Program selama 6 hari ini yang dipecahkan kepada dua program 3 hari ini menjanjikan satu pengalaman baru yang menyeronokkan  mengenai Pengurusan Strategi yang selalunya dianggap membosankan.

Tuan Puan akan diminta menggunakan segala tools dalam PB2 ini untuk melaksanakan satu mock project yang perlu tuan puan persembahkan di akhir program ini. Dengan cara ini, sudah pasti banyak perkara yang boleh diketahui dalam bilik seminar hasil daripada segala masalah yang timbul dalam perlaksanaan mock project ini nanti.

Jika saya lihat apa yang perlu saya bayar untuk PB2 ini dibandingkan dengan apa yang perlu saya bayar untuk program seumpama ini di luar sana, saya kira saya harus bayar tak kurang RM10,000 per pax untuk mendapat ilmu yang disediakan dalam PB2 ini. Namun, tuan puan hanya perlu bayar satu harga yang jauh lebih murah dari harga itu.

Memang saya puas hati. Kalau saya tidak puas hati maknanya saya tak akan bersedia untuk berkongsi idea dengan masyarakat ramai. Saya kira, selepas menghadiri PB2 ini, tuan puan akan bertanya kepada diri sendiri mengapa tuan puan tidak hadir program PB2 ini lebih awal.

Sebagai tanda kejayaan saya update PB2 ini, telah saya hadiahkan kepada keluarga sebuah pencuci hampagas. ;) Walaupun hadiah ini bukanlah satu harga yang mahal tetapi sekurang-kurangnya semasa saya membersih rumah dengan alat ini nanti, saya akan terkenangkan akan kejayaan saya update PB2 ini. ;)


Saya syok sendiri? Sesekali tidak!