.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, May 22, 2013

Cerita pasal Kreativiti dan Innovasi.


Aku perhatikan gelagat satu organisasi besar ini bila diminta meletakkan kreativiti dan innovasi sebagai salah satu strategi utama dalam memperkasakan organisasi mereka. Aku garu kepala. Itulah, bila kita minta sekumpulan intelektual merancang perkara ini, aku rasakan ianya terlalu teoritikal dan penuh dengan retorik.


Bagi aku, bahasa yang digunakan terlalu tinggi sangat. Aku terbayang mereka-mereka yang berada dalam hiraki organisasi ini terutama mereka yang nun berada jauh di bawah sana. Kalau aku jadi mereka, pasti aku tidak paham apa yang dimaksudkan sebagai kreativiti dan innovasi ini. We really have to go back to basic and tekankan hal-hal basic ini dalam perlaksanaannya.

Apa yang basic? Untuk itu, aku terkenangkan satu video yang aku pernah tontoni baru-baru ini dan itulah video yang aku share di bawah ini (perkara basic itu ada dinyatakan dalam video ini bermula dari minit 5.20 sehingga tamat video ini),

video

Cerita video ini mengenai masyarakat Amerika yang mahu mementingkan hal-hal basic bagi mengetengahkan  kreativiti dan innovasi terutamanya dalam era 60an dan awal 70an dahulu. Menarik sangat pendekatan mereka ini kerana apa? Kerana pendekatan mereka ini bukan sahaja menarik dari segi logic saja tetapi memang menyentuh perasaan dan sipiritual. Namun bila ini dilupakan seperti apa yang kita lihat dalam masyarakat Amerika masakini, mereka mula mengeja keruntuhan dalam kemajuan mereka.


Rumusannya, jika kita mahu melaksanakan kreativiti dan innovasi dalam organisasi kita, kita mesti menangani soal-soal basic dahulu dan kaedah kita merlaksanakan itu perlu menyentuh logik, perasaan, spiritual dan praktikal. Fikirkan …


No comments:

Post a Comment