.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, May 24, 2013

Satu Petang bersama Suruhanjaya Tenaga


Semuanya bermula dengan satu perbualan telefon antara Bro Razib dan saya. Petang itu, masih saya ingat, Bro Razib memberitahu saya bahawa setiap pegawai Suruhanjaya Tenaga telah dihadiahkan dua buah buku oleh CEO mereka. Buku-buku tersebut ialah Good to Great oleh Saudara Jim Collins dan 7 Habits of Highly Effective People karangan mendiang Steven Covey. Very interesting.

Kenapa ianya interesting kerana secara peribadi saya memang kenal sangat buku ini. Saya memang teruja dengan kandungan buku ini dan idea kedua-dua buku ini memang ada saya terapkan dalam PPB3K itu. Dan bagi seorang CEO yang sudi menghadiah buku ini (of course dengan harapan untuk implimentasi idea-idea ini) memang kena pada masa dan tempatnya. 

Sedang kami berbual mengenai buku-buku ini, secara spontan Bro Razib mengesyorkan agar saya datang ke Suruhanjaya Tenaga untuk berkongsi idea-idea dalam buku-buku ini dengan pegawai-pegawai Suruhanjaya Tenaga. Ibarat orang mengantuk di sorong bantal, memang saya look forward untuk berkongsi idea-idea ini. Saya tahu dan Bro Razib pun tahu bahawa memang dari dulu saya telah mengkaji isi buku ini dengan mendalam dan menghubungkan cerita buku-buku ini dengan apa yang berlaku dalam kebanyakan organisasi.


Itulah, petang semalam saya telah bersama lebih kurang 20 orang pegawai tinggi dan pegawai Suruhanjaya Tenaga duduk semeja berkongsi idea-idea kedua-dua buku ini dalam suasana yang cukup santai. Saya amat gembira kerana mereka banyak bertanya soalan dan ini benar-benar membantu saya memahami lebih dalam isi kandungan kedua-dua buku ini. Terima kasih kepada mereka semua.


Satu perkara yang menarik di akhir sessi perkongsian idea ini ialah timbul satu soalan bagaimana mahu mengimplimentasi idea-idea dalam kedua-dua buku ini yang sesuai dengan iklim negara ini? Untuk itu, saya katakan kepada mereka agar pertimbangkan PPB3K kerana PPB3K mampu menjadi pembimbing untuk melaksana idea-idea yang ada dalam kedua-dua buku ini secara sistematik dan berterusan.

Saya rasa mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai ini semua kerana di akhir sessi petang itu, saya telah diminta oleh pegawai HR mereka untuk mengadakan perbincangan lanjut untuk melaksanakan PPB3K ini dalam organisasi mereka. Happy? Memang saya happy. Dalam diam saya berjanji akan beri yang terbaik untuk mereka. Ameen.


Tq Bro Razib and May Allah Bless all of us! 

No comments:

Post a Comment