.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, May 15, 2013

Visi, Misi dan Nilai


Semasa memfasilitator Pimpinan Berjaya 2 baru-baru ini untuk sekumpulan Risk Coordinator Bahagian Penghantaran, TNB, saya mula jelas betapa pentingnya Visi, Misi dan Nilai sesuatu organisasi itu bagi membina kemajuan.


Dalam PB2 itu, saya katakan Visi diwujudkan bagi menentukan arah yang mahu dituju oleh organisasi tersebut agar organisasi itu masih relevan di mata pelanggan mereka. Misi pula diwujudkan pula sebagai kaedah bagaimana mahu capai Visi. Manakala Nilai pula diwujudkan untuk menekankan apakah amalan yang perlu diamalkan bagi memudah mencapai Visi dan Misi.

Sudahnya kita boleh lihat bagaimana Visi, Misi dan Nilai  sesetengah organisasi besar di dunia ini memacu dalam menghasilkan produk dan servis mereka. Sebagai contoh, Misi Disney ialah ‘to make people happy’. Bukankah sudahnya misi Disney ini telah dizahirkan dalam produk mereka seperti taman hiburan, movies, barangan kanak-kanak dan sebagainya? Menarik bukan?

Satu persoalan. Memang menarik cerita di atas, tetapi ini tidak boleh dicapai sekiranya anggota kerja sesuatu organisasi itu tidak benar-benar menghayati dan mengamalkan Visi, Misi dan Nilai ini dalam ‘business as usual’ mereka. Sudahnya bagaimana sesetengah organisasi berjaya menerapkan dengan jayanya hal ini di kalangan anggota kerja mereka dan sebaliknya banyak organisasi lain gagal mencapai hajat ini?

Ini satu perkara yang sangat kritikal kerana banyak organisasi gagal laksana ini semua dan sudahnya anggota kerja mereka amat lesu dalam menghayati dan mengamalkan Visi, Misi dan Nilai organisasi mereka.


Itulah nak jadi cerita, satu petang itu saya telah berkesempatan menghadiri satu taklimat oleh satu organisasi yang bernama ‘Teach For Malaysia’ (TFM). Jika anda nak tahu lebih lanjut apa yang dilakukan oleh mereka, sila google TFM. TFM dianggotai rata-rata orang muda namun vibes yang ada dalam TFM ini cukup hebat. Saya hairan bagaimana TFM mampu membuat anggota kerja mereka begitu teruja dengan kerja mereka. Saya percaya ini ada hubung kait dengan bagaimana pihak pengurusan TFM ini menerap Visi, Misi dan Nilai kepada anggota kerja mereka.


Semasa makan malam sessi taklimat  itu, saya sengaja duduk bersama salah se orang anggota kerja TFM. Namanya Adam. Selepas bertanya khabar, saya tak sabar bertanya kepada Adam mengenai bagaimana TFM menyerapkan Visi, Misi dan Nilai kepada mereka semua. Saya lihat, Adam agak terpempan dengan soalan saya dan secara ikhlas beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah terfikir mengenai ini semua.

Tapi itulah satu isyarat seperti katanya Jim Collins dalam buku beliau Good to Great, iaitu satu organisasi yang ‘Great’ tidak sedar bahawa mereka telah melaksanakan aktiviti yang hebat sebab aktiviti hebat ini sebenarnya diterapkan secara ikhlas dan bukan dibuat sebagai satu ‘flavour of the month’.     

Melalui Adam, Saya mulai nampak ciri-ciri bagaimana penerapan ini dilaksanakan. Menurut Adam, penerapan Visi dan Misi TFM ini telah dimulakan semenjak temuduga beliau untuk menyertai TFM. Beliau telah ditanya, adakah beliau masih ingat seorang guru yang telah banyak berjasa kepada beliau, apakah yang telah cikgu itu lakukan terhadap beliau dan adakah beliau teringin beri kepada orang lain seperti apa yang telah diberi oleh cikgu tersebut kepada beliau.

Seterusnya sekiranya mereka perlu membuat keputusan dalam tugas mereka, secara spontan mereka akan bertanyakan soalan seperti berikut; keputusan yang mana satukah yang lebih menjimatkan dari segi tenaga, kos dan masa dalam menuju ke arah Visi dan Misi mereka.

Dalam pengamalan nilai pula, dengan nada gurauan, mereka selalu ‘menangkap’ rakan setugas mereka yang mengamalkan nilai-nilai mereka dan bila ini dilakukan saban hari, nilai itu dengan sendirinya mula menjadi tabiat mereka.

Itu antara lain, apa yang dilakukan oleh TFM. Hasilnya? Memang hebat! TFM walau diterajui oleh orang muda tetapi usaha mereka telah mendapat sokongan dan tajaan dari bukan calang-calang organisasi  seperti Khazanah Malaysia, Kementerian Pendidikan dan lain-lain lagi.

 Jika anda merasakan apa yang dicapai oleh TFM itu hanya satu nasib baik, saya cadangkan anda adakan lawatan sambil belajar ke TFM. Saya pasti anda akan berasa beruntung dapat pelajari sesuatu dari mereka. Dan pelajaran utama itu sudah semestinya bagimana mereka menerapkan Visi, Misi dan Nilai di kalangan anggota kerja mereka. 

Santai tapi Happening!

No comments:

Post a Comment