.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, June 2, 2013

7 Habits


Beberapa minggu lepas, saya telah attend program '7 Habits of Highly Effective People'. Saya teruja untuk hadir dalam program ini kerana telah bertahun saya membaca bukunya even saya pernah mendengar audio CD program ini. Memang saya suka dengan approach Covey dalam menyampaikan program ini kerana beliau pandai dalam influence orang ramai agar serius mengamal 7 Habits ini.

Jadi bila timbul kesempatan untuk mengikuti program 7 Habits ini, memang saya teruja sangat. Saya tahu bila saya attend program ini, pasti dengan izin Tuhan saya akan mendapat banyak menafaat darinya. Dan sememangnya sangkaan awal saya itu tepat sekali. Terima kasih kepada fasilitator program ini, Ms Kim Yeong kerana berjaya membawa program ini dengan begitu santai sekali tetapi amat berkesan.

Dan saya amat jelas, jika selepas program ini, saya tidak mengamalkan amalan 7 Habits, memang rugi sangat-sangat. Saya teringat kata-kat Ms Kim Yeong, "Teaching completes the loop of learning!". Memang tepat kata beliau.

Atas sebab itu, saya mencari peluang dan sebenarnya mendapat peluang itu untuk berkongsi idea-idea 7 Habits dengan sekumpulan anggota kerja dari Jabatan Engineering, Bahagian Penghantaran, TNB minggu depan.

Sebagai meraikan peluang ini, dibawah ini saya wujudkan satu video sinopsis 7 Habits. Harap saya dapat berkongsi idea ini sebaik mungkin dan seterusnya mendapat kekuatan mengamal 7 Habits ini. Ameen!


video


Nota: Penghargaan perlu saya berikan kepada buku '7 Habits of Highly Effective People' dan pengarangnya, Dr Stephen Covey.

No comments:

Post a Comment