.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, June 18, 2013

Menghargai Ilmu


Saya teringat kata seorang pakar organisasi Amerika (maaf, namanya saya lupa), jika kita mahu lihat organisasi kita maju, pertama sekali kita perlu menjadi sebuah organisasi yang mementingkan ilmu.  Keduanya, kita perlu memastikan ilmu itu berada dalam genggaman organisasi kita. Cuba semak, organisasi kita begitukah?


Saya tertarik dengan cerita sebuah organisasi ini. Kelihatan pengurusan tertingginya beriya-iya benar mahu memastikan organisasi ini mula dominan bukan saja di dalam negara tetapi menjadi ‘Regional Champion’ di rantau ini. Melalui pengurusan strategik organisasi ini, mereka bijak mengenalpasti bahawa ‘readiness’ anggota kerja organsasi perlu di tahap yang sewajarnya bagi menangani segala cabaran yang mendatang.

Untuk itu, keperluan anggota kerja dari segi ‘hygenic’ dipermantapkan. Segala perancangan mula disusun rapi. Disana sini segala macam makmal ditubuhkan bagi memperkemas segala perancangan. Anggota kerja organisasi ini kelihatan begitu positif untuk menyokong segala apa yang disarankan oleh pengurusan tertinggi organisasi ini. Memang mengujakan!

Dalam diam-diam saya tertanya-tanya. Mungkin masanya belum tiba. Tetapi bisik hati saya, adakah organsasi ini akan memandang serius apa yang dinyatakan dalam perenggan pertama artikel ini? Ini perkara asas, jika terlepas pandang harga yang perlu dibayar di kemudian hari sungguh mahal.

Saya lihat ramai anggota kerjanya masih belum benar-benar mencintai ilmu. Masih ramai yang bertangguh-tangguh dalam menyedut segala ilmu yang ada. Kenapa jadi begini? Kata seorang sahabat, inilah penangan duduk lama dalam ‘comfort  zone’. Dasar ilmu menjadi berkat, perlu ada mujahaddah ilmu (susah payah mencari ilmu). No pain no gain. Takkan lah mereka perlu ‘terjun lubuk’ untuk mendapatkan ilmu? Mungkin itu perlu untuk keluar dari ‘comfort zone’?


Kelihatan anggota kerja organisasi ini ramai yang tinggi ilmu dan pengalamannya. Tetapi masing-masing kelihatan begitu berat untuk berkongsi ilmu. Adakah suasana sedia ada tidak memberangsangkan perkongsian ilmu? Mungkin ada kebenarannya kerana insentif bagi mereka yang berkongsi ilmu tidak seberapa. Insentif sebegitu hanya merendah-rendahkan martabat ilmu itu.

Mungkin ada yang berfikir kenapa perlu fikir dengan insentif kerana masing-masing telah dibayar gaji dan ambil saja apa saja ilmu yang dikongsi itu sebagai sebahagian dari tugas. Mungkin ada benarnya. Tetapi bagi mereka yang berfikir sedemikian, satu persoalan ingin saya utarakan. Tugas berkongsi ilmu (mengajar) ini satu kerja yang terlalu berat. Tak percaya tanya mereka yang pernah mengajar … maksud saya yang benar-benar mengajar.

Kalau orang luar dibayar begitu tinggi, mengapa yang ada di dalam organisasi di bayar sedemikian rendah. Nak cakap nilainya pun malu. Walhal, mereka yang di dalam inilah yang paling tahu mengenai sepak terajang cerita dalam organisasi ini. Ini memng cerita pelik binti ajaib bagi mereka yang benar-benar berfikir.

Bayangkan satu suasana di mana anggota kerja organisasi ini yang saling berlumba berkongsi ilmu dan mempelajari ilmu. Masing-masing nampak nilai ilmu di tangan masing-masing dan masing-masing sedar mereka perlu bekerjasama agar wujud ‘interdependence’ di kalangan mereka. Siapa sudahnya untung? Semesti semua nilai ini akan tertumpah jatuh dalam organisasi ini juga. In no time, ‘readiness’ dan ‘confidence’ dikalangan anggota kerja ini akan mula terbentuk.


Siang tadi saya berkesempatan berbual dengan seorang pemuda dari Bangalore, India yang bernama Saudara Prathaab yang begitu hebat pencapaiannya di peringkat antarabangsa. Bermula sebagai seorang juruterbang pejuang dalam angkatan tentera udara India, beliau sudahnya mencapai penghormatan tertinggi dalam bidang tersebut. Namun akibat satu kecederaan serius beliau terpaksa meninggalkan bidang penerbangan dan membuat keputusan beralih ke bidang perniagaan antarabangsa. Menyertai syarikat dan perunding bertaraf dunia membawa beliau ke satu mercu yang amat membanggakan.

Bila saya bertanya kepada beliau apa yang menyebabkan pencapaiannya begitu hebat, beliau menyatakan bahawa beliau mempunyai tiga pegangan. Pertama: matlamat yang jelas, Kedua: mempunyai kompetensi yang khusus yang sangat-sangat diperlukan oleh orang lain, Ketiga: Dahaga kepada ilmu.  

Saya harap dan berdoa agar anggota kerja organisasi yang dimaksudkan di atas mempunyai sudut pandang seperti apa yang ada pada Saudara Prathaab ini.  Cerita artikel ini mudah tapi adakah ini yang mahu dikotakan? Sama-sama kita fikirkan dan ambil tindakan …

No comments:

Post a Comment