.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, June 15, 2013

Pelajaran dari Pembinaan Karekter



Semalam telah tamat satu lagi siri program ‘Pembinaan Karekter’ (PK) untuk sebahagian anggota kerja Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad. Rata-rata dari mereka bersyukur dapat hadir program ini dan ramai yang bertanya kepda saya mengapa PK ini tidak dikongsi dengan semua anggota kerja TNB. Untuk itu, saya senyum sahaja. Disamping itu, macam-macam yang saya jumpa. Walau dah banyak kali saya memfasilitator program seumpama ini, tetapi itulah nikmat berkongsi idea, ada saja perkara baru yang saya pelajari.

Pertama sekali, saya belajar mengenai satu pengertian baru mengenai perbezaan pendapat tentang  sesuatu perkara yang menjadi tumpuan. Apa yang saya belajar? Jika dahulu saya mudah rasa tertekan dengan seseorang yang mempunyai pandangan berbeza dengan saya tetapi selepas tamat program ini, satu kesedaran timbul dalam diri saya.

Saya sedar bahawa setiap orang mempunyai sudut pandang tentang sesuatu perkara itu yang berbeza. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh latar belakang kita. Selagi sesuatu sudut pandang itu berlandaskan Hukum-Hukum Tuhan, kita tidak punya hak untuk menunding jari bahawa pihak yang punya pandangan berbeza dari kita itu sebagai salah.

Dalam kata lain tak perlu kita berasa tertekan. Sebaliknya kita boleh cuba pelajari sesuatu dari cara pandang mereka itu untuk meluaskan skop pandangan kita terhadap perkara yang dipertikaikan itu. Sudahnya saya tidak berasa tertekan tetapi sebaliknya saya saya rasa sungguh seronok. Menarik bukan?

Kedua, saya mulai sedar bahawa warga kerja TNB ini walaupun mereka ini menjawat jawatan rendah, tetapi mereka memang brilliant. Mereka punya macam-macam idea yang sungguh menarik. Semasa duduk berbual santai dengan beberapa peserta program PK ini, salah seorang dari mereka telah mengesyorkan agar pihak TNB membuat satu dokumentari pendek dalam TV sekitar 10 minit bagi menerangkan kepada pengguna elektrik bagaimana kiraan bil elektrik dilaksanakan.

Bukankah idea sebegini sungguh brilliant? Simple tapi memang memberi kesan yang mendalam kepada para pengguna. Soalnya bagaimana organisasi mahu ‘tap’ kepada idea-idea sebegini ataupun mengajak anggota kerja sebegini agar mahu menyumbang kepada kemajuan organisasi?

Memang organsisasi telah menyediakan ‘medium’ (seperti peti cadangan, aktiviti ‘Innovative and Creative Circle’ dan aktiviti ‘Friday Learning’) bagi ini semua tetapi sejauh mana keberkesanan ‘medium’ ini? Jika kita benar-benar serius untuk menangani ‘kebocoran’ sumber manusia ini, sudah semestinya kita perlu benar-benar serius mengkaji dan melaksana penambahbaikan terhadap ‘medium’ ini.  

Ketiga, saya mulai sedar bahawa bagi benar-benar mendapat kesan selepas mengikuti program PK ini, kita memang tidak boleh lari untuk melaksanakan segala ‘homework’ yang telah disarankan. Apakah ‘homework’ itu?

Itulah, para peserta diminta sangat-sangat menetapkan matlamat mereka di tempat kerja dengan menggunakan kaedah yang telah dikongsi (S.W.O.T.). Selepas itu, ‘go after their goal’ berdasarkan beberapa petua yang telah dikongsi (tiup belon, wang kertas RM10, Buaya vs Biawak dan lain-lain lagi). Kemudian mengenalpasti dan membina nilai yang boleh diberi oleh matlamat mereka itu kepada pelanggan yang telah dikenalpasti berdasarkan kepada ‘Business Model Canvas’.

Jika inilah yang dilaksanakan, dengan sendirinya para peserta akan mulai menggunakan apa saja yang telah dikongsi dalam PK ini terutamanya dalam menggunapakai konsep ‘Stick Person’ itu. Bukan itu sahaja, saya yakin mereka sendiri akan berasa hairan dengan pencapaian mereka dalam masa sekurang-kurangnya tiga tahun dari sekarang. Kenapa saya yakin? Sebab saya sendiri telah melalui jalan-jalan ini!

Cerita ini mudah tetapi ramai yang tidak sedar atau terlepas pandang. Jika kita benar-benar sayang dan menghargai masa-masa kita di atas mukabumi ini, ayuh apa tunggu lagi? Buang ‘Sandiwara-Ego-Temberang’ (SET) masing-masing dan mari kita sama-sama bina ‘Pengharapan dan Keinginan Membara’ (PKM) terhadap matlamat masing-masing.


Fahamilah, memang ‘Pilihan Di Tangan Saya’!

No comments:

Post a Comment