.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, June 9, 2013

Satu lagi perspektif mengapa anda perlu kepada PPB3K.


Jika kita mahu meningkatkan kemajuan sesuatu organisasi itu, satu perkara paling kritikal yang perlu ditekankan ialah soal memperbaiki komunikasi dalam sesuatu organisasi itu. Bunyinya semacam perkara biasakan? Renungi penerangan berikut …

Sesuatu komunikasi yang berlaku dalam sesuatu organisasi itu berlaku pada tiga titik sentuh (touchpoint). Bilamana kita berupaya memperbaiki komunikasi pada ketiga-tiga titik sentuh ini, dengan mudah sebarang usaha membina kemajuan dapat dibuat dengan licin dan laju.Fikirkan …


 Apakah tiga titik sentuh itu?

Pertama ialah komunikasi pada peringkat diri seseorang individu dengan diri beliau sendiri. Komunikasi pada titik sentuh ini ialah berkenaan keupayaan seseorang individu itu berkomunikasi dengan dirinya agar mampu mempengaruhi dirinya sendiri untuk menuju kepada sesuatu matlamat.

Kedua ialah komunikasi pada peringkat diri seseorang individu itu dengan rakan dalam pasukan (team) beliau.  Komunikasi pada titik sentuh ini ialah berkenaan keupayaan seseorang individu itu berkomunikasi dengan ahli pasukannya agar mereka sama-sama mampu mempengaruhi diri mereka untuk menuju kepada sesuatu matlamat.

Ketiga ialah komunikasi pada peringkat organisasi keseluruhannya dimana disini kita bercakap mengenai soal komunikasi kepimpinan seseorang individu itu dengan pimpinannya. Komunikasi pada titik sentuh ini ialah berkenaan keupayaan seseorang individu itu berkomunikasi dengan orang yang dipimpin agar mampu mempengaruhi orang yang dipimpin supaya merekas rela berusaha  untuk mencapai sesuatu matlamat.

Jika kita lihat dalam sesuatu organisasi itu, di ketiga-tiga titik sentuh inilah berlakunya pergeseran (friction) yang menyebabkan pergerakan (mobility) sesuatu organisasi itu terencat. Kita perlu berusaha secara menyeluruh (holistic) bagi menangani cabaran komunikasi yang ada pada setiap titik sentuh ini.

Secara keseluruhan disini bermakna kita tidak boleh hanya menangani cabaran komunikasi pada sebahagian daripada ketiga-tiga titik sentuh ini tetapi melaksanakan satu tindakan yang merangkumi komunikasi pada ketiga-tiga titik sentuh ini.

Dari apa yang diperhatikan, masih banyak organisasi terlepas pandang untuk bertindak secara menyeluruh bagi menangani komunikasi pada ketiga-tiga titik sentuh ini. Kenapa? Mungkin ramai yang tiada kesedaran mengenai hakikat ini. Jika mereka sedar sekalipun, mungkin mereka mereka tidak tahu bagaimana menanganinya. Dan sekiranya mereka tahu melaksanakannya sekalipun, kemungkinan mereka merasakan usaha ini memakan masa dan mereka tiada masa untuk melaksanakannya.


Bagi menangani ketiga-tiga ketidakupayaan di atas, itulah mengapa anda perlukan Program Produktiviti Bersepadu 3K. (Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan) - PPB3K. Setiap K dalam program PPB3K ini telah disediakan sedemikian rupa bagi menangani cabaran komunikasi pada setiap titik sentuh.

Dalam kata lain, Kesedaran Diri digunakan untuk menangani cabaran komunikasi pada peringkat diri individu, Kesedaran Kerja Berpasukan  digunakan untuk menangani cabaran komunikasi pada peringkat pasukan dan Kesedaran Kepimpinan digunakan untuk menangani cabaran komunikasi pada peringkat organsisasi.

Dengan melaksanakan PPB3K ini, diyakini ketiga-tiga sebab mengapa sesuatu organsasi terlepas pandang mengapa tidak menangani cabaran yang ada pada komunikasi pada tiga titik sentuh ini (seperti yang dibincang dalam perenggan sebelum ini) dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berterusan.


Saya yakin inilah yang diperlukan oleh anda!

No comments:

Post a Comment