.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, July 10, 2013

Management Retreat - SMOD Transmission


Weekend lepas, SMOD (Strategic Management & Organizational Development) Transmission telah melaksanakan management retreat di TNB Jasin, Melaka. Saya telah diminta menjadi fasilitator retreat ini. Interesting experience. One thing about this retreat ialah makanan dan logistic memang best. Kudos to all the organisers.

Anggota kerja SMOD Transmission ni memang berpotensi tinggi. Rata-rata saya tengok mereka punya kompetensi yang tinggi. Soalnya, adakah mereka sedar? Itulah, bila saya melihat keadaan mereka ini,saya teringatkan satu matriks yang temui baru-baru ini.


Berdasarkan kepada matriks ini, kebanyakan mereka ini tergolong dalam kuadran III – Unconscious Competence. Apa masalah jika mereka berada disini? Antara masalahnya ialah …

      1)   Tidak sedar mengenai nilai dan tujuan diri.
      2)      Senang terperuk dalam Zon Selesa (Comfort Zone).
      3)      Tiada kekuatan untuk mempertingkatkan kompetensi.
      4)      Tidak sedar kekuatan dalam prinsip memberi dan menerima.
      5)      Tidak sedar mengenai kekuatan yang disediakan dalam bekerjasama.
      6)      Tidak vibrant!

Sebenarnya ada banyak lagi masalah selain dari apa yang tertera di atas. Namun cabarannya sekarang (berdasarkan kepada matriks di atas) ialah bagaimana mahu membawa mereka ini masuk ke dalam kuadran I-Conscious Competence.

Fikir punya fikir, beberapa intervention utama telah dilaksanakan dalam retreat ini bagi mencapai maksud di atas. Bermula dengan sessi ‘Berapa Nilai Anda?’, mereka telah diberi kesedaran agar pandang manusia sebagai manusia dan bukan sebagai objek‘.

Setelah ini dilaksanakan, mereka di bawa melalui sessi ‘Teddy Talk’ agar adakah mereka mampu melihat manusia lain itu sebagai manusia. Pada peringkat ini, saya mulai melihat mereka mula terbuka kepada sebarang input.

Seterusnya mereka didedahkan dengan prinsip memberi dan menerima. Ditekankan berdasarkan satu permainan dan analogy, mereka dibawa agar lebih menumpukan kepada memberi dari menerima.
Satu perkara penting dalam ‘memberi’ ini ialah kita ‘memberi’ tenaga dan masa kita dalam menentukan kemanakah tujuan kita.

Dalam program ini, S.W.O.T. telah digunakan untuk  membantu mereka menetapkan apa yang mereka mahu capai berdasarkan latarbelakang dan skop kerja mereka sendiri. Pada peringkat ini, saya mulai nampak bibit-bibit kesedaran di kalangan anggota kerja SMOD Transmission ini mengenai apa yang mereka mahu capai dalam lingkungan kerja mereka. Syukur …

Sememangnya usaha untuk membawa mereka masuk ke kuadran  I-Conscious Competence mulai kelihatan. Namun bagi memastikan usaha ini benar-benar berhasil, itulah saya telah meninggalkan kepada mereka’ kerja rumah sepanjang hayat’ yang perlu mereka laksanakan selepas pulang dari retreat ini nanti.


Akhir kata, I think all of us have a good time and everybody agreed that this session telah mencapai maksudnya. Syukur …

No comments:

Post a Comment