.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, July 12, 2013

Pembinaan Capability


Bagaimana kita boleh mempengaruhi anggota kerja agar benar-benar mahu membina kompetensi masing-masing? Bagaimana kita boleh mempengaruhi mereka agar secara berkumpulan mereka mahu mengumpulkan kompetensi ini dalam satu bentuk himpunan ilmu agar ilmu ini kekal dalam organisasi?

Persoalan ini sebenarnya amat penting kerana keupayaan sesuatu organisasi untuk mencapai segala matlamat strategik mereka banyak bergantung sejauh mana bersedianya anggota kerja mereka terutama dalam soal ilmu dan pengalaman bagi melaksanakan segala perancangan yang telah dibina.


Persoalan inilah yang telah saya tanyakan kepada pengurusan tertinggi TNB semasa sessi dialog sempena penerangan KRA untuk talent pool TNB baru-baru ini. Dari respon mereka, saya dapat lihat ini merupakan satu persoalan yang berat untuk dilaksanakan walaupun berbagai prasarana telah disediakan. Sudahnya saya terdengar mereka melaungkan  konsep ‘wakaf ilmu’ iaitu menggalak semua anggota kerja berkongsi ilmu agar mendapat rahmat Tuhan dalam kehidupan ini.

Soalnya adakah ini mencukupi?

Bertolak dari cabaran di atas, baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk melaksanakan satu eksperimen dengan sekumpulan anggota kerja Engineering Transmission bagi melihat adakah persoalan di atas mampu ditangani. Ini bertepatan juga dengan hasrat Bro Azhar dan Bro Shukri (GM dan Chief Engineer (Civil) Engineering Transmission) untuk menangani isu ini. 

Bertempat di bilik Diamond, ILSAS, saya telah spend masa selama dua hari bagi membina kesedaran agar anggota kerja ini nampak kelebihan dan kepentingan untuk menggarap kompetensi masing-masing serta mengumpulkan ilmu ini ke dalam satu bentuk yang boleh dikekalkan dalam Jabatan mereka.


Bermula dengan berkongsi betapa penting untuk kita kenal diri melalui konsep Stick Person itu bagi memastikan masing-masing menghargai hidup. Para peserta seterusnya disyorkan agar mempunyai matlamat bagi memastikan hidup yang terpimpin. Bagi menetapkan matlamat, mereka telah diperkenalkan dengan S.W.O.T. bagi menetapkan matlamat hidup terutama dalam cabang hidup pekerjaan.

Dalam melakanakan ini semua, penting bagi mereka melihat manusia sebagai manusia dan bukan sebagai objek. Idea ini telah ditekankan melalui satu permainan ‘Berapa Nilai Anda?’ Akhir sekali, satu rangkakerja bagaimana untuk membina ilmu dan mengumpulkan ilmu dalam satu bentuk yang mempunyai nilai telah dikongsikan.

Hasil awal nampak begitu positif. Memang saya puas hati. Dari sessi dialog diakhir sessi ini, rata-rata menyetujui  pendekatan ini. Tapi jauh dalam hati saya, saya berpendapat ini hanya merupakan aktiviti awal kerana aktiviti ini perlu disusuli dengan aktiviti di pejabat secara sistematik dan bertererusan. Perlaksanaan aktiviti di pejabat ini pula mesti mendapat sokongan kuat dari semua peringkat anggota kerja terutama dari para pemimpin.

Walaupun sessi ini singkat, tapi saya memang nampak jalan pencapaian persoalan di peringgan pertama artikel ini jika kita sanggup focus kepada perkara yang telah saya gariskan disini. Apapun, saya happy kerana pengurusan Engineering Transmission ini komited untuk meneruskan program ini agar merangkumi semua anggota kerja dalam Jabatan mereka.



Kudos to Engineering Transmission!

No comments:

Post a Comment